Berbagai usaha parti lawan dari BN untuk menjatuh dan melemahkan pemerintah dari Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Usaha ini makin dipertingkatkan dengan makin mendekatnya pilihanraya. Satu cara ialah berusaha mewujudkan suasana yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Ini boleh dilakukan dengan mensabotaj atau menyusahkan rakyat mendapat kemudahan bekalan air. Benar atau tidak boleh diselidiki dan dipastikan.
Tetapi demikianlah timbul pendapat atau sekurang-kurangnya sangkaan, misalnya tersekatnya usaha membawa air dari Pahang, kemungkinan timbul usaha menyusah-nyusahkan bekalan air kepada rakyat, agar timbul kemarahan rakyat terhadap pemerintah Pakatan Rakyat di Selangor. Juga sebagai tekanan agar usaha membawa air dari Pahang dibenarkan, meskipun bekalan air pada hakikatnya cukup di Selangor.
Demikianlah hari ini Adun Bangi menerima kunjungan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM bersama Setiausahanya datang membuat aduan dan memohon penjelasan masalah air yang berlaku sekitar kawasan Bandar Baru Bangi sama ada pada peringkat perumahan dan juga pada peringkat institusi-institusi. Mereka terpanggil untuk berjumpa Adun kerana gangguan air di UKM telah beberapa hari berlaku. Mereka menyatakan kerisauan, kerana pada bulan ini kebanyakan mahasiswa/I di UKM sedang menjalanni peperiksaan akhir semester 1 Sesi 2011/2012.
Aduan yang sama Adun terima dari penduduk setempat memaklumkan:
"Saya ingin memaklumkan telah menghadapi gangguan air on-off sejak 5 – 6 hari. Minta bantuan YB untuk membuat susulan di atas gangguan ini, tanpa notis dan makluman awal oleh Syabas amat menyusahkan kehidupan. Saya mahu tahu bila lori bekalan air akan tiba untuk memberikan talian hayat bagi saya dan keluarga. Sampai bila gangguan ini akan berlarutan ? Mohon bantuan segera dari YB."
Sebenarnya kita mempersoalkan pada musim hujan yang hanya beberapa hari tak hujan, maka sepatutnya air adalah banyak. Tetapi jawapan dari Syabas ialah pengeluaran air tidak dapat menampung permintaan bekalan air. Kata Siaran Media Syabas:
"Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) memaklumkan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan (LRA) Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan bekalan air, walaupun loji-loji tersebut telah beroperasi pada tahap maksimum. Akibat dari kejadian ini, beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah."
Nampaknya tiada kerosakan paip, tiada keruntuhan tanah, tiada jalan pecah, tetapi jawapan yang diberi sewenang-wenang seperti pengeluaran tidak dapat menampung permintaan, permintaan air meningkat, turut diberi hujah tentang raya Cina yang belum berlaku yang dikatakan mulai banyak digunakan air? Penukaran paip air besar-besaran dua tahun lepas nampaknya tak memberi kesan pada penyaluran air? Kita berharap pihak berkuasa – Kerajaan dapat memantau dakwaan-dakwaan yang dibuat tentang kebenaran. gangguan berterusan, jangan sampai menyebabkan rakyat marah dan menentang pihak kerajaan. Pastikan kebenaran dakwaan. Adalah amat malang jika jalan mudah diambil dengan menyusahkan bekalan air, agar rakyat marah dan imej kerajaan rosak yang menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat. Kita harap perkara ini tidak benar dan kepentingan rakyat diutamakan. Jika benar ada gangguan pastikan tindakan mengatasinya diambil segera.
Sekian.
Harap tuan dapat selesaikan masalah ini dengan segera.
ReplyDeletesaya juga menyokong pendapat YB, tapi pihak SYABAS juga ada logiknya.. bukannya apa, bila penggunaan byk kapasiti penggunaan air yg diperlukan meningkat. ulasan tersebut mungkin berlandaskan secara teknikal yang mungkin org kebnyakkan seperti saya ini dan jga org lain tidak tahu. tp secara logiknya sebagai cth:
ReplyDeletekita menggunakan lif yg boleh memuatkan 10 org atau 1000kg.. bila 1 org berat 50kg serta membawa brg beratnya hampir 950kg, maka hanya 1 org saja yg boleh masuk dalam lif... org ke 2 akan tunggu la...
apa yg logik di sini.. tidak semestinya kita melihat kpd bilangan org sahaja / kadar hujan yg turun.. kita perlu juga melihat keadaan...
1) mmg la YB kata x ada paip bocor, tapi penggunaannya pula bgaimana?
2) kepadatan penduduk bagaimana?
3) hujan itu adakah hujan dilembah atau dibukit? kerana DAM terletak di atas bukit...
4) jumlah seisi rumah perlu juga diambil kira? dulu kanak2 sekarg sudah dewasa, mesti guna air byk skit....
Saya yakin pasti ada konspirasi. Tiada sebab masuk akal menerangkan krisis air dimusim hujan. Pelik tapi benar. Mungkin Syabas fikir rakyat terlalu bodoh atau cuba diperbodohkan. Alasan tak maduk akal, dan paling teruk tiada jawapan yg munasabah bagi aduan. Siaran Media oleh Rozali Ismail hanya menampakan beliau menunjukkan kebodohannya selaku pengerusi.
ReplyDelete