January 12, 2012

Bersama Masalah Air Ialah Masalah Sampah

BBB, 17 Safar 1433 = 11Januari 2012 (Rabu):

Masalah air dan masalah sampah boleh dikatakan kecil dan mudah, tetapi dia boleh menjadi besar dan payah, khususnya di dalam kehidupan di Bandar, jika pengendaliannya tidak diurus dengan baik. Air adalah sumber hidup dan agen pembersihan. Tiada air atau kekurangannya menggendalakan kegiatan menyebabkan orang ramai membuat aduan, marah, protes dan menentang.

Masalah sampah berkait dengan manusia sebagai pengguna menyebabkan wujudnya lebihan yang antaranya sampah yang perlu dibuang. Dengan banyaknya barang yang dibuang yang diistilahkan sebagai sampah, memerlukan sistem yang teratur bagi pembuangan sampah yang jika di bandar sederhana berjumlah ratusan tan sehari. Bayangkan jika setiap orang menghasilkan setengah kilo sampah sehari, maka kalilah dengan jumlah penduduk, maka banyak itulah jumlah sampah yang dihasil dan perlu diuruskan. Lantaran itu perlunya satu agensi yang mengendalikan sampah – contoh MPKj di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain yang berhubung dengan perbandaran. Perkhidmatan memungut sampah juga menjadi sumber pekerjaan bagi yang bekerja di bawah syarikat yang mengendalikan sampah. Syarikat yang terlibat yang mengendalikan pengurusan sampah ialah Alam Flora.Syarikat ini dengan kontrektor-kontrektor telah lama mendominasi pengurusan sampah dan perjanjian dikatakan berterusan hingga 2015. Di samping syarikat ini berpengalaman menguruskan sampah timbul juga rungutan-rungutan terhadap perjalanan syarikat ini dan timbul desakan-desakan supaya pengurusan sampah tidak hanya dikendalikan oleh Alam Flora, tetapi diagihkan juga kepada syarikat-syarikat yang lain.

Awal tahun 2012 pemecahan monopoli Alam Flora dan kontrektor-kontrektor mau dilakukan, Selain dari aduan-aduan terhadap syarikat berkenaan dan kontrektor di bawahnya, adalah wajar peluang diberi sama kepada syarikat dan kontrektor-kontrektor yang lain. Sebelum pemerintahan Pakatan Rakyat, syarikat dan kontrektor-kontrektor yang diketahui adalah dari Umno dan wakil-wakil rakyat dari Umno memonopoli keuntungan. Sudah 4 tahun Pakatan memerintah, selama ini juga pihak yang berkuasa dari Umno juga menguasai faedah dari kerja-kerja sampah dan mereka nampaknya terus mau memonopolinya yang dilihat begitu tamak sekali.

Perubahan dan peluang yang wajar diberi kepada kontrektor lain, di samping mengekalkan sebahagian dari berpengalaman nampaknya tidak disetujui mereka, bahkan mereka mengambil tindakan membantah MPKj membuka tender luar. 70 kontrektor lama mau tender dibuka hanya kepada mereka, sesuatu yang tidak adil dan bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat yang bersifat telus dan saksama. Tindakan mereka mogok dan tidak memungut sampah memberi kesan yang tidak baik. Setakat ini lima hari sampah tidak dpungut dan pembuangan sampah berlaku di jalan-jalan dan pandangan amat menjijikkan. Adun sendiri menerima aduan-aduan. Seorang menyatakan:

``Jadual kutipan sampah telah terganggu sejak hari Jumaat 6 Januari 2012 di kawasan, khususnya di Jalan 3/38-3/42 dan amnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Seorang pengadu yang lain menyatakan:

``Saya telah mencuba Sistem Aduan On Line MPKj-STARS MPKj, tetapi system Web ini tidak berfungsi atau gagal berfungsi. Berkemungkinan berlaku masalah teknikal. Mohon perkhidmatan YB Dr. Shafie selaku Adun N26 Bangi untuk membantu penduduk tentang permasalahan ini. Terima kasih.

Seorang pengadu datang sendiri ke pejabat, memaklumkan sampah berlonggok sekitar Jalan 1/7 & 1/9 dan meminta Adun mengambil tindakan. Sebenarnya semua tempat tidak diangkat sampah. Tindakan mengambil alih dari monopoli Alam Flora, nampaknya agak lambat. Timing awal Januari 2012 di awal tahun, mungkin baik, tetapi dari satu segi kerana lambat ianya memberi peluang bagi musuh bertindak secara strategic dari segi politik bagi memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya menjelang pilihanraya. Mereka bertindak tidak mengangkat sampah, menyebabkan kegelisahan berlaku di kalangan rakyat. Makin lambat masalah sampah tidak dapat diselesaikan, makin bertambah kemarahan rakyat. Pihak pemerintah dan agensi kerajaan jangan biarkan strategi mereka menekan kita. Usaha menekan mereka, terutama yang terang-terang melawan perlu diambil tindakan. Keadilan dan ketelusan hendaklah diamalkan dan peluang bagi orang baru yang berkelayakan perlu disokong. Nikmat dan peluang ekonomi di negeri Selangor wajar dinikmati bersama, sesuai dengan Selangor Merakyatkan Ekonomi kepada rakyat. Semua pihak hendaklah bekerja dengan jujur dan dedikasi bagi kepentingan rakyat bukannya mensabotaj.

Sekian.

No comments:

Post a Comment