BANNER PROGRAM

PROGRAM AKAN DATANG SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



VIDEO TERKINI ADN BANGI

LAYARI FACEBOOK EN AHMAD AZIZI UNTUK KOLEKSI GAMBAR DAN VIDEO ADN BANGI
VIDEO TERKINI
~BANGI BANDAR SEJAHTERA, AMAN, BERILMU DAN PRIHATIN~

Saturday, January 28, 2012

Bunga-Bunga Budi Bertabur Wangi

Di tanah makmur ini

Semarak bertabur bunga budi

Wanginya menarik kehadiran

Dan aku bermula seusia remaja

Menapak jejak-jejak wangi

Sesayup lebuh cita-cita

Lalu jadilah aku kembara kelkatu

Terbakar oleh hangat cahaya

Menggalas cita di tengah kota.


Dengan penuh kecekalan

Dengan sedikit cemerlang

Ruang membuka diri dengan cabaran

Aku menyahutnya dengan azam

Di sini di Bandar Baru Bangi

Selaku peneroka menghuni

Memberi ruang kami membina tradisi

Di sini kami kembangkan potensi

Yang ada pada anak-anak generasi

Menimba ilmu ke mana jua

Dan pulang mencurah bakti

Memenuhi aspirasi Bangi Bandar Ilmu

Berlanskap kehijauan

Sejahtera, prihatin dan berkebajikan.


Di atas sokongan diberi warga Bangi

Dan amanah pada peringkat negeri

Tanpa mengharapkan apa-apa

Kita terima tugas penuh ikhlas

Memaksimum diri dengan tugas

Mencanai budi memupuk generasi

Melalui gagasan adab & tamadun

Di Bangi menjadi identiti.


Di tanah makmur ini

Semarak wangi bunga budi

Pada diri dan generasi

Tiada selayaknya melunas budi

Kecuali tunduk kesyukuran

Disertai bunga bakti berterusan

Dijejaki generasi mendatang.


Shafie Abu Bakar,

Bandar Baru Bangi,

03 Rabiul Awal 1433

27 Januari 2012.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails