Pada petang awal Tahun Baru Cina ini, jam 4.30 petang hujan dan ribut berlaku, banyak dahan-dahan pokok patah dan ada yang tercabut umbinya berlaku di beberapa tempat di sekitar Bandar Baru Bangi. Hujan lebat dan angin kuat ini terjadi di dalam masa singkat tetapi meninggalkan kesan kerosakan. Antaranya sebuah rumah milik En. Abdul Rahman Haji. Noor I Sungai Ramal Dalam ddihempap pokok kelapa condong yang patah umbinya dan terkilas jatuh ke atas rumah merosakkan anjung rumah – pecah atap dan siling. Menurut En. Abdul Rahman akibat dari keruntuhan dan kerosakan rumahnya digenangi air.
Atas rasa simpati Adun menyampaikan sedikit bantuan kewangan bagi membolehkan Encik Abdul Rahman memebeli bahan-bahan bagi membaiki kerosakan.Sempena dengan lawatan itu, Adun bertanya Encik Lateb tentang rumah yang Adun subsidi bagi membina rumah barunya (Rumah lama uzur dan termasuk dalam tanah orang setelah dibuat persempadanan). Menurut Ketua Kampong itu, ``Belum dapat disiapkan kerana kekurangan dana. Menurutnya, ``Selepas peruntukan Adun sumbangkan sejumlah RM6.000, anak-anak beliau mencari sejumlah yang sama, tetapi dengan jumlah tersebut (RM12,000) masih belum dapat disiapkan.. Kata En. Lateb, sekurang-kurangnya perlu .RM10,000 lagi. Dari situ Adun bergerak bersama-sama ke lokasi rumah berkenaan yang pemiliknya ialah Puan Rubaniah bt. Talib (60). Rumah berkenaan sudah berdinding dan beratap, mempunyai tiga bilik, tetapi lantai belum bersemin dan dinding belum berplaster. Belum dipasang pintu, walaupun pemidangnya sudah dipasang.
Adun berbincang kemungkinan Tok Lateb dapat mencari separuh jumlah yang diperlukan, maka Adun Bangi boleh usaha menyempurkaikn bakinya. Menurut Encik Lateb beliau akan berusaha mencarinya.
Kami mengunjungi Puan Rubainah bt. Talib yang nampak agak uzur dan tinggal dalam keadaan tidak selesa. Beliau keseorangan dan sukar bergerak. Beliau tinggal bersama dengan seorang anak lelakinya yang pada masa kami tiba, sudah keluar. Menurut Puan Rubaniah, beliau sakit darah tinggi serta kencing manis dan terpaksa diinjek duakali sehari dengan pertolongan anaknya. Hati kami tersentuh melihat keadaan rumah di belakang rumah yang baru dibuat, amat tidak selesa yang menjadikan kesihatannya makin terganggu.
Menurut En. Lateb, ``Kita patut menyegerakan pembinaan. Tiga perkara perlu disiapkan, iaitu plaster dinding, membina lantai dan menyiapkan siling. Jika ini dapat disiapkan, insya Allah dapat didiami. Kami akan berusaha.Kami meninggalkan rumah Puan Rubainah setelah menghulurkan sedikit bantuan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment