Shah Alam, 02 Rabiul Awal 1433 = 26 Januari 2012 (Khamis):
Jam 10.00 pagi Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Exco Belia, Sukan dan Adat Melayu dan Warisan serentak tiba bersama Adun Bangi Pengerusi Padat di Anjung Bangunan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (Padat), Persiaran Bandaraya, Shah Alam disambut oleh Puan Azlinda Binti Azman, Ketua Pegawai Eksekutif Padat dan pegawai-pegawai. Adun Bangi diiringi 3 pegawai dari Pejabat Adun, iaitu saudari Nabilah bt. Ahmad sebagai Jurufoto, saudari Nur Sabrina bt. Mohd. Arip selaku Pencatat dan saudara Shahrum, bergerak selepas menghantar kami ke Pejabat SUK kerana menghantar permohonan Grant Selangorku. Kami diiring ke Bilik Mesyuarat, Tingkat Tiga, Bangunan Padat.
Kami dibekalkan dengan sebuah fail dan pamflit-pamflit sebagai panduan bagi taklimat yang disampaikan oleh Puan Azlinda dan diperkenalkan dengan pegawai-pegawai dan warga kerja di Padat. Antara yang diperkenalkan ialah Encik Lutfi (Adat & Warisan), En. Aris (Permuziuman), En.
Y.B. Dr. Ahmad Yunus menyebut tentang tapak-tapak warisan yang terdapat di kawasan beliau di Kuala Langat. Kami dimaklumkan terdapat cawangan-cawangan permuziuman di bawah Padat seperti di Jugra, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Kelang (Gedung Raja Abdullah – Gudang Timah).
Kami dimaklumkan juga pada tahun hadapan akan diadakan seminar pada peringkat nasional dan internasional. Antaranya MOU kerjasama dengan Jabatan Sejarah Universiti Malaya, di samping akan mengadakan sambutan Hari Muzium secara tahunan pada 18 Mei dan dijangka pada tahun ini disambut di Pahang, sempena dengan pembukaan Muzium Negeri Pahang yang diperbaharui dan dipertingkat tarafnya. Pada masa ini Padat sedang menumpukan kerja kepada ketetapan 2011, iaitu membina identiti Selangor, aspek seni bina, muzik, busana dan makanan. Jumlah peruntukan tahunan juga dimaklumkan. Antara aspek yang diberi tumpuan ialah penyelidikan. Apabila Adun bertanya, setakat ini adakah usaha cari gali dilakukan. Menurut Puan Azlinda, ``Memang dilakukan yang membawa kepada pertemuan duit siling Raja Ibrahim. Tapi adakah usaha carigali dilakukan di Kelang di mana pernah ditemui Gendang Dong Song seperti yang pernah ditemui di
Adun menekankan bahawa penerbitan amat penting sebagai rakaman maklumat dan penyimpanan khazanah yang dapat ditatap masyarakat. Adun menyebut banyak level penerbitan yang perlu diterbit dan secara berterusan mulai dari buletin, monograph, jurnal, majalah, risalah, buku dan sebagainya. Ini merupakan kegiatan dan pendokumentasian yang penting bagi Padat dan muzium. Bahan-bahan boleh didapati melalui penyelidikan, seminar, koloqium, carigali dan sebagainya. Adun Bangi juga bertanya mengenai kekerapan mesyuarat dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu melibatkan kehadiran Adun sebagai Pengerusi. Akhirnya Y.B. Dr. Ahmad Yunus menyebut, ``Banyak idea-idea yang tercetus yang baik dan bernas, beliau berharap usaha dapat ditingkatkan Padat dan muzium setaraf dengan Perbadanan Permuziuman terkenal baik pada peringkat nasional dan internasional.
Sekian.
No comments:
Post a Comment