BANNER PROGRAM

PROGRAM AKAN DATANG SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



VIDEO TERKINI ADN BANGI

LAYARI FACEBOOK EN AHMAD AZIZI UNTUK KOLEKSI GAMBAR DAN VIDEO ADN BANGI
VIDEO TERKINI
~BANGI BANDAR SEJAHTERA, AMAN, BERILMU DAN PRIHATIN~

Saturday, January 14, 2012

Kunjungan Kasih Sayang


Kalian warga DUN Bangi

Keluarga besar kami

Atas dasar prihatin

Dari masa ke masa kami kunjungi

Sesuai dengan program dan peristiwa.


Sejak dari awal tahun Masihi

Kami dari warga kerja

Kembali menelusuri kunjungan

Pelayaran membawa kasih sayang

Singgah dari pangkalan ke pangkalan

Memunggah mesra dan ihsan

Sama dibahagi-bahagikan.


Hari ini

Selepas musim beredar

Maka peristiwa bertukar

Ke Selamat Tahun Baru Cina

Petang ini di Taman Jasmin di sini

Di tengah kesibukan kunjungan

Adun Bangi bersama Ahli Parlimen Serdang

Bersama pengiring-pengiring mengedarkan

Keutamaan Limau mandarin keemasan

Kalendar, Selangor Kini dan Buletin Bangi

Ooi !!! Betapa mesra sambutan

Dari warga dewasa tempatan

Anak-anak Sekolah baru pulang

terhadap kami berdua yang datang

Lebih mesra dengan terima kasih dilafazkan

Letih lelah bertukar kegembiraan

Kami puas berada di tengah kalian.



Tiba-tiba sedang elok berakhir bahan edaran

Terdengar azan berkumandang

Dan kami segera mengundur diri bersimpan

Bergerak segera ke surau berdekatan

Menumpah setia dan kesyukuran

Dalam jamaah kekhusyukan.


Dalam pelayaran kembali

Setelah sepetang letih diri

Terasa kita dahaga dan lapar

Lalu mampir kita ke Red Wok Restaurant

Pertama kali ke sini dicadang staf kami

Tapi berdepan dengan aneka hidangan

Mesra Jasmin lebih lekat di hati

Nikmatnya selera hidangan kasih sayang

Tumpah dari rasa kemanusiaan

Ikhlas dan penuh kerelaan

Adalah percikan kebahagiaan.


Shafie Abu Bakar,

Jasmin – Kajang Impian

18 Safar 1433

12 Januari 2012

0 comments:

Related Posts with Thumbnails