Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, pihak Pejabat Adun sengaja mengadakan Jom Shopping Khas bagi warga-warga emas dari kalangan orang Cina. Seramai 60 orang daripada mereka di sekitar Bangi & Kajang dijemput khas ke Econsave di Jalan Reko. Ini merupakan Jom Shopping kali ke 7 dan kali pertama bagi tahun 2012. Sebelum ke Shopping Kompleks mereka datang ke Pejabat Adun terlebih dahulu bagi pendaftaran dan mengambil kad pendaftaran.
Dalam ucapan alu-aluan kepada semua warga emas Adun mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan mengharap semua dalam sihat dan makmur. Adun memaklumkan setakat ini kita telah mendaftar warga emas di Dun Bangi, ialah seramai 1918. Setakat ini jumlah yang dipanggil bagi Jom Shopping ialah seramai 573 orang bagi 7 kali jemputan. Ini bermakna serama 1,345 orang belum lagi dipanggil. Mereka akan dipanggil secara bertahaf mengikut giliran.. Pada kali ini Adun berharap semua rasa gembira dengan suasana tahun baru Cina yang bakal tiba.
Setelah taklimat disampaikan oleh saudara Shahrum tenaga kerja di pejabat mengenai cara bershopping, mereka semua bertolak ke Shopping Kompleks dan tiba jam 10.30 diiring keluarga mereka ke Econsave.. Di Econsave tenaga kerja di pejabat iaitu Nabila, Aisyah dan Nur Sabrina menyambut kesampaian mereka. Turut hadir Tuan Haji Mohd Yusof Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Hasan Basri dan beberapa yang lain. Kami meraikan warga emas dari jam 10.30 hingga 12.30 tengahari. Warga-warga emas berkenaan jelas bergembira dan mengucapkan terima kasih tak terhingga.
Sementara itu pada petang hari ini, kami dari warga kerja Pejabat Adun Bangi dari sdr. Shahrum, Harun, Amir, Nabilah dan Nur Sabrina turun ke Pasar Malam Langat Jaya, di Jalan Reko, Dun Bangi mengedarkan limau dan Selangor Kini kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga di sini. Sebanyak 20 kotak limau dapat diagihkan dengan sejumlah akhbar. Pada peringkat permulaan kami edarkan limau dan bahan maklumat dari satu tempat hentian dan pada akhirnya bergerak dari gerai-ke gerai menemui peniaga-peniaga dan pembeli-pembeli sambil membahagi-bahagi limau dan bahan bacaan. Masyarakat di sini adalah peramah, kerana interaksi sedemikian sering kami lakukan melalui kunjungan-kunjungan yang dibuat.
Sementara itu pasukan dari DAP juga turun, tetapi mereka menangguhkan pembahagian limau dan lain-lain, sehingga YB Teo Nie Ching sampai. Kami berada di Pasar Langat Jaya, Jalan Reko dari jam 6.00 petang hingga jam 7.15. Bila kami pulang tugas diteruskan pula oleh pasukan dari DAP..
Sekian.
No comments:
Post a Comment