January 19, 2012

Apa Yang Diharapkan Dari Pemberian Biasiswa/Pinjaman Negeri Selangor ?

Shah Alam, 23 Safar 1433 = 17 Januari 2012 (Selasa):

Pelaburan berhubung dengan pendidikan adalah merupakan pelaburan jangka panjang. Hasilnya bukan merupakan segera dan bukan dalam bentuk material. Sebaliknya ianya merupakan pembinaan insan itu sendiri dalam nilai kualiti. Bagi negeri maju sudah tentulah memberi penekanan kepada pendidikan. Begitulah juga dengan negeri Selangor. Sebagai sebuah negeri maju dan disifatkan sebagai hub pendidikan ianya tidak saja menyediakan infra-struktur dari segi bangunan bagi pendidikan seperti Sekolah, kolej dan juga universiti, tetapi penyediaan peruntukan kewangan dalam bentuk biasiswa dan pinjaman bagi pelajar-pelajarnya.

Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) pada tahun1987 berpandukan kepada `State of Selangor Enactment No. 4 of 1949 – Enakmen Tabung TKWBNS (Pindaan 2001) berftujuan memberi pinjaman kepada pelajar IPT, IPTS, peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah juga memberi pinjaman kepada tenaga pekerja dan kakitangan awam negeri Selangor bagi meningkatkan keilmuan, kemahiran dan kecekapan.

Modal permulaan bagi tabung berkenaan adalah sebanyak RM80 juta. Hitung panjang peminjam tahunan dalam lingkungan 1000 orang. Dengan perbelanjaan tahunan antara RM20 juta kepada RM25 juta, manakala pembayaran balik antara RM4 juta hingga RM 5.5 juta setahun.

Contoh perbandingan Penajaan Tempoh 3 tahun bagi semua peringkat pengajian 2009, 2010 dan 2011:

Pengajian

2009

2010

2011

Ijazah Perubatan

18

12

14

Ijazah pelbagai

384

489

607

Diploma

337

525

216

Sijil IPTA

11

9

1

Pinjaman TKWBNS mempunyai keistimewaan, kerana dengan pencapaian yang baik boleh berubah dari segi bayaran – termasuk penghapusan:

BIL

PERINGKAT PENGAJIAN

GRED PENCAPAIAN

PERATUSAN BAYARAN BALIK

1.

Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah

-Untuk semua bidang pengajian

PNGK / CGPA

3.75 hingga 4.00


PNGK / CGPA

3.50 hingga 3.74


PNGK / CGPA

3.20 hingga 3.49


PNGK / CGPA

3.19 dan ke bawah

Dilupuskan sebagai biasiswa



50%



75%



100%

2.

Ijazah Perubatan

Lulus MBBS / MD / Pergigian / Veteriner

Dilupuskan sebagai Biasiswa

Setakat ini memang terdapat pelajar-pelajar yang mencapai PNGK yang baik, iaitu seramai 21 orang yang melibatkan pelupusan bayaran sebanyak RM181,451.00. Setakat ini juga terdapat dua kes kematian dan 4 orang yang berpenyakit kritikal yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50,916.49.

Bercakap tentang apakah yang diharapkan dari peminjam-peminjam/biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang jumlahnya sudah puluhan ribu tidak lain dari harapan kejayaan cemerlang dari mereka sehingga keluar berkhidmat kepada negeri Selangor dan Negara juga secara cemerlang. Sebahagian besar dari pelajar-pelajar datang ditemuduga bagi pinjaman/biasiswa adalah pelajar-pelajar dari pengajian tinggi MARA (UITM), dari KUIS dan berbagai-bagai institusi pengajian tinggi yang lain. Untuk mengesan mereka perlu mempunyai maklumat diri yang dapat digunakan bagi berbagai-bagai keperluan.

Selain dari kejayaan di dalam pelbagai bidang yang agak biasa dan normal, YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim mengharapkan ada pelajar-pelajar ijazah lanjutan dalam bidang seni bina yang menyambung pengajian mereka di Isfahan di Iran, di Andalusia dan Maghribi agar kehalusan seni bina di sana mengilhamkan pelajar-pelajar secara kreatif dapat mencurahkan kretiviti bersifat seni pada seni-seni bina di Negara kita. YAB Dato` Menteri Besar juga mengharapkan ada pelajar-pelajar lanjutan ke China mempelajari bidang ekonomi dan pendekatan mereka, juga ada yang mengambil bidang Perancangan Bandar di China yang dapat dimanfaatkan di Negara kita. Sebagai contoh model pelajar berjaya yang menjadi kebanggaan hasil dari biasiswa dari kerajaan negeri Selangor ialah Y.B. Dato` Mohd. Arif bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Demikian pengakuan beliau dengan penuh kebanggaan yang beliau belajar hasil dari biasiswa Kerajaan Negeri Selangor yang sudah tentu beliau dibanggai oleh Negeri Selangor.

Sekian.

6 comments:

  1. assalamualaikum..macam mana ya ingin memohon pinjaman ni???

    ReplyDelete
  2. Norfarah Edayu, pinjaman kerajaan Selangor dibuka 2kali setahun. untuk permohonan seterusnya mungkin akan keluar antara bulan Ogos@Oktober ini.

    Boleh layari laman kerajaan negeri atau terus mengikuti blog ini.

    Kami akan memaparkan iklan sekiranya permohonan dibuka. permohonan adalah secara online.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Dr. Saya nak tanya mengenai pembayaran semula adalah bergantung kepada png keseluruhan. ini bermaksud untuk ketiga tiga tahun pengajian. tapi kalau saya mula meminjam pada tahun kedua png pembayaran semula dikira bermula pada tahun kedua ataupun bermula sejak semester pertama?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi dr :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian berguna Dr :)

    ReplyDelete