January 12, 2010

Berbincang Mengenai Keselamatan Di Taman Saroja

Taman Saroja, Kajang, 24 Muharram = 10 Januari (Ahad):


Pulang dari Shah Alam, singgah di Pejabat Rukun Tetangga yang dihadiri oleh lebih kurang 20 orang penduduk setempat. Turut Hadir Puan Nazilah Ketua Perpaduan bagi Zon Kajang dan En. Muniandy Ketua Perpaduan bagi Zon Balakong. En. Kandasamy Ketua Rukun Tetangga di Taman Saroja menyampaikan ucapan alu-aluan. ADUN di dalam ucapan ringkas berterima kasih kerana dijemput dan berharap dengan aktifnya Rukun Tetangga di sini akan dapat menjaga keselamatan kawasan setempat dan mengawal dari masalah kecurian dan gejala sosial.

ADUN sedia bekerjasama di dalam menyatupadukan penduduk dan memberi bantuan yang diperlukan. Turut bercakap ialah Datuk Latifi Bekas CPO Pahang yang sekarang berpencen dan menetap di Taman Hijau. Beliau bercakap tentang gejala jenayah, tindakan yang perlu diambil bila berlaku dan kaedah-kaedah pencegahan. Ahli-ahli bersetuju peranan Rukun Tetangga di Taman Saroja ini ditambah dan fungsinya diperluaskan ke seluruh Jalan Reko. Sebaiknya taman-taman yang lain di sepanjang Jalan Reko menubuhkan jawatankuasa masing-masing sebagai cawangan dari Rukun Tetangga Taman Saroja.

No comments:

Post a Comment