Dataran Usahawan, Seksyen 1, BBB, 26 Muharram = 12 Januari (Selasa)
Sejumlah 30 kenderaan kereta Kancil Skuad Cakna Sinar Harian berwarna merah bersama 50 tenaga penggerak akhbar berkenaan beruniform juga baju merah berlabuh selama sejam (3.00-4.00 petang) di Dataran Usahawan, Seksyen Satu Bandar Baru Bangi dalam rangka mempromosikan Akhbar Sinar Harian sempena pelancaran halaman khas bagi zon Putrajaya dan Bangi. Mereka diketuai antaranya Editor Selangor Puan Lailatun bersama dengan Editor Berita En Azmi Tarmizi, Pengurus Koperat En. Hashim Anang, Penolong Editor Selangor/KL En. Mohd Hanafiah Hashim dan Sdr. Subkhi Sudarji Pemberita Zon Putrajaya dan Bangi bersama yang lain yang hadir.
Kesampaian tenaga penggerak Sinar Harian yang diiringi beberapa motorsikal Bahagian Traffic Polis disambut oleh ADUN Bangi bersama Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk, AJK ADUN, AJK Penduduk, AJK Surau serta yang lain-lain dan mereka diiring ke Khemah sambutan di Dataran Usahawan. Secara ringkas En. Hashim Anang berucap bagi pihak Skuad menyatakan skuad hari ini turun sepenuhnya dari Ibu Pejabat di Shah Alam melalui Balakong dan Dataran Usahawan adalah destinasi kelima selepas PKNS BBB sebelum ke Beranang. Kehadiran dalam rangka mempromosikan Sinar Harian sempena dengan penambahan khusus lembar akhbar Sinar bagi Putrajaya dan Bangi. Menurut En. Hashim Sinar Harian berkembang kerana mendapat dokongan pembaca. Kini Sinar Harian berusia 3 tahun sejak mula dilancar penerbitan awal di Kota Baru pada 31 Julai 2006 dan usia bagi Selangor sedikit kemudian, kini dua tahun setengah. Dalam tempoh tersebut Syarikat Pemilik Sinar, iaitu Karangkraf juga menerbitkan 30 penerbitan antaranya A I, Nona, Keluarga, Wanita, Ilham, Nur dan dijangka diterbit dalam masa terdekat ialah I Love Islam.
Dari segi pendekatan kata En. Hashim Sinar Harian memberi ruang kepada semua pihak, termasuk kepada ahli politik sama ada kepada pihak pemerintah atau kepada pembangkang. Rakyat boleh menilai dan menentukan. Sinar Harian juga tidak hanya memberi liputan kepada semua golongan, tetapi semua orang diberi ruang sama ada dia pekerja boroh atau orang atasan bila berkenaan.
ADUN Bangi, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan syabas kepada Sinar Harian yang semakin maju dan mendapat sambutan dari semua lapisan rakyat. Beliau mengucapkan terima kasih kerana Sinar Harian mengatur satu kempen khusus dan hadir ke DUN Bangi. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih, kerana pihak Sinar Harian memberi rungan khusus memfokus ke zon Putrajaya dan Bangi bagi setiap keluaran, lebih-lebih lagi ditugaskan pula dengan pemberita zon khas iaitu Saudara Subkhi Sudarja. Beliau berharap dengan adanya ruangan khas dan pemberita zon khas ini lebih banyak berita berhubung dengan DUN Bangi mendapat liputan. ADUN Bangi memuji pendekatan yang diambil oleh Sinar Harian yang agak berbeza dari pendekatan dari akhbar-akhbar perdana yang lain. Sinar Harian selain memuat berita dan peristiwa global, anatarabangsa dan nasional memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di dalam negeri Selangor, bahkan akhbar ini juga menerbitkan edisi-edisi seperti Pantai, Timur, Perak, Pahang dan lain-lain negeri. Adalah difahamkan pihak Sinar Harian akan menerbitkan edisi harian terbaru di Johor.
ADUN Bangi juga memaklumkan fokus utama dari segi kegiatan di DUN Bangi ialah sebagaimana tercermin di dalam slogannya, iaitu Bandar Ilmu, sejahtera dan prehatin. Kegiatan adalah berkisar pada aspek-aspek berkenaan. Banyak kegiatan berhubung dengan Bandar Ilmu seperti seminar, diskusi, pengajaran, penerbitan, penggalakan pelajar-pelajar di dalam pengajian serta bantuan-bantuan, manakala Bangi Sejahtera seperti kempen dari segi kebersihan, memperbaiki rekreasi dan pencegahan dari segi jenayah dan masalah sosial, manakala dari segi prehatin ialah cakna dengan aduan dan membantu glongan miskin, ibu tunggal, warga mas dan menjaga kebajikan semua pihak. ADUN Bangi bersedia bekerjasama dengan pihak Sinar Harian dan berdoa akhbar Sinar Harian terus berkembang maju bersama dengan penerbitan-penerbitan yang lain. Sebelum rombongnan beredar sesi bergambar diadakan dan sedikit minuman disediakan. Kehadiran Skuad Sinar Harian sangat bermakna dan berjaya menceriakan suasana, mengeratkan hubungan di samping terakamnya satu peristiwa sejarah yang menjadi kenangan.

No comments:
Post a Comment