January 15, 2010

Pertemuan Dengan Anak-Anak Dan Ibu Bapa Di Bangi Indah

Bangi Indah, Pekan Bangi, 27 Muharram = 13 Januari (Rabu):


Atas inisiatif JKK yang diketuai Saudara Marzuki Ibrahim pertemuan ramah mesra diadakan di Balai Komuniti, di Kawasan Perumahan Bangi Indah, Pekan Bangi pada malam ini di sini. Majlis dihadiri lebih kurang 100 orang.

Majlis diadakan bagi menyampaikan beg sekolah Kerajaan Negeri kepada 50 orang murid-murid di sini yang dipilih dari beberapa sekolah di sini, termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Sebelum penyampaian Majlis Ramah Mesra berlangsung antara ADUN dan penduduk-penduduk yang hadir. ADUN menerangkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang menyediakan berbagai insentif, bukan sekadar beg, tetapi bantuan kepada anak miskin, anak yang dilahirkan di Selangor sejak 2008, tuisyen percuma, bantuan masuk universiti dan pinjaman/biasiswa ke universiti.




ADUN sendiri menyediakan peruntukan tahunan bagi program-program murid-murid dan pelajar-pelajar seperti penyampaian bantuan 'Kembali Ke Sekolah', bantuan kepada murid dan pelajar miskin, insentif kepada pelajar berjaya pada peringkat UPSR, PMR, SPM dan yang masuk universiti.Majlis diakhiri dengan penyampaian beg-beg kepada murid-murid terpilih.

No comments:

Post a Comment