January 5, 2010

Penyerahan Beg Sekolah pada 3 Januari 2010

Buka Kaunter Pendaftaran Pengundi dan Penyampaian Beg Sekolah

Council Home, 17 Muharram = 3 Januari (Ahad):

Pagi ini Pasukan Pendaftaran Pengundi dari Pejabat ADUN Bangi diketuai Tuan Haji Ahmad Yusof bersama dengan Pasukan Pendaftaran Dari Parlimen Serdang diketuai oleh En. Chan bersatu tenaga turun ke Counsil Home bagi mendaftar pengundi. Menurut Tuan Haji Ahmad,
"Ramai yang datang untuk daftar mengundi di Bangi, tapi sayang mereka masih belum menukarkan kad pengenalan baru beralamat di Bangi," kata Tuan Haji Ahmad Pendaftar sah yang dilantik SPR di DUN Bangi.
"Mana-mana yang mau mengundi di Bangi hendaklah ke Pejabat Pendaftaran, di Kompleks Hentian Bas, Jalan Reko dan menukar kad pengenalan beralamat Bang," terang Tuan Haji Ahmad.
"Walau macam mana pada pagi itu kita dapat mendaftar 6 orang pengundi baru beralamat di Bangi," satu kejayaan, walaupun jumlahnya agak kecil.

Pada pagi ini juga ADUN Bangi menyampaikan agihan beg-beg sekolah kerajaan Negeri Selangor kepada anak-anak sekolah yang berkelayakan. Sebanyak 60 buah beg berlogo Kerajaan Negeri Selangor dan tertera perkataan "Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor".

Sementara itu sedang pendaftaran pengundi berjalan dan pengagihan beg dilakukan anak-anak dari Council Home menunujukkan bakat bernasyid mereka. ADUN mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anak di Council Home memperkembangkan bakat mereka di dalam bidang seni suara dan lakonan terutama di bawah bimbingan Saudara Zaid Akhtar yang memang berbakat dan berminat.














Dialog Dengan Penduduk India Di Kajang Utama

Kajang Utama, 16 Muharram = 3 Januari (Ahad):

Satu majlis dialog diadakan pada petang ini bertempat di Pasti Kajang Utama dihadiri oleh kaum India yang diusahakan Saudara Guna dan Jawatankuasa setempat. Turut hadir Tuan Haji Nik Pa Tuan Haji Abdul Razak, Saudara Abu Bakar, Saudara Azman dan Saudara Azizi. ADUN Bangi menyatakan harapan perlunya masyarakat India bergerak secara berpersatuan bagi memudahkan komunikasi, penyaluran maklumat dan bantuan. Dalam hal ini ADUN mengucapkan terima kasih kepada Saudara Guna dan Saudara Abu Bakar yang berusaha ke arah menubuhkan Kelab Penyokong Pas di Kajang Utama dan ADUN berharap usaha ini akan terlaksana dalam masa terdekat. Berbagai masalah ditimbulkan di dalam dialog seperti bantuan persekolahan, bantuan pelajaran tinggi, bantuan warga mas, bantuan kepada mereka yang miskin dan berbagai lagi. Selepas Majlis Dialog ADUN mengagihkan beg sekolah sejumlah 60 buah kepada anak-anak yang berkelayakan.






No comments:

Post a Comment