Berita pendakian Gunung Nuang di Hulu Langat oleh Unit Amal Serdang rasanya tidak sempurna dan tergantung jika tidak dibuat 'follow up', maka ADUN menghubungi Saudara Anuar selaku Ketua Unit Amal Serdang bagi mendapat maklumat lanjut tentang pendakian yang dibuat pada Sabtu 16 Januari baru-baru ini. Menurut Saudara Anuar, pada keseluruhan ekspedisi pendakian adalah berjaya, walau bagaimanapun tidak semua peserta yang berjumlah 90 orang itu berjaya mendaki ke puncak dan tidak keseluruhan jadual tepat dari segi masa kesampaian kepada kem-kem dan juga ke puncak.
Menurut Saudara Anuar, daripada 4 kem, hanya satu saja tempat perkhemahan, iaitu Kem Lolo. Berdasarkan gambar dalam telefon bimbit saudara Khairil Ketua Pemandu yang ditunjuk kepada ADUN sebelumnya, di Masjid Kajang, sebelum berlepas secara konvoi ke Hulu Langat, Kem Lolo adalah tempat yang menarik, mempunyai alur sungai yang jernih mengalir dari gunung turun ke kawasan-kawasan rekreasi di Hulu Langat yang menjadi daya tarikan pengunjung, terutama pada hujung-hujung minggu. Menurut Saudara Anuar, di kem Lolo inilah mereka memasang khemah, bermandi manda, bersembahyang dan memasak.
~Bergotong-royong bersama memasak dengan penggunaan peralatan yang minima~
~Demi untuk makan~
Pada sebelah petang, lebih kurang jam 4.00 petang, maka pendakian dilakukan ke puncak. Tidak semua mendaki ke puncak. Menurut Saudara Anuar hanya sejumlah 49 orang sahaja bergerak mendaki ke puncak. Bila ditanya,
"Mengapa tidak semua mendaki ke puncak ?" Menurutnya, "Masing-masing membuat penilaian diri, masih rasa 'fit' atau tidak ke atas. Setengahnya merasa releks di tepian pancuran alur yang menarik dan berterusan di situ, sambil membantu persiapan."
"Jadi yang merasa fit itu sajalah bertolak dari base perkhemahan di Kem Lolo menuju ke puncak." tambah Saudara Anuar.
"Sebenarnya tidak ada lagi tempat mendirikan khemah. Kem Pacat, Pengasih adalah tempat hentian sebelum tiba ke Kem Puncak."
~Semasa dalam trek pendakian Gunung Nuang~
~Halangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang trek pendakian~
Menurut Saudara Anuar trek pendakian lebih mencabar dari pendakian ke Gunung Kinabalu yang treknya lebih luas, sedangkan trek ke Puncak Gunung Nuang lebih sempit dan semak. Menurut Saudara Khairil yang diberitahu kepada Saudara Anuar, jumlah 49 pendaki adalah jumlah terbesar pernah dibawanya sebagai pemandu, sebelum ini jumlah terbesar ialah seramai 24 orang.
Menurut Saudara Anuar, jangkaan awal mereka hendak bersolat subuh di puncak Gunung Nuang berubah, kerena halangan dan kelewatan perjalanan. Mereka tiba ke Kem Pacat waktu Subuh. Di sini azan dikumandang dan bersolat berjemaah diikuti tazkirah dan taklimat.
Sepanjang perjalanan, cuaca baik dan tidak berlaku hujan juga kemalangan. Menurut Saudara Anuar,
"Kumpulan awal yang tiba ke Puncak Gunung Nuang ialah berjumlah 15 orang."
Ini bermakna perjalanan dari kaki Gunung ke Puncak Gunung Nuang adalah selama (11 pagi 16 Januari – 8.00 pagi 17 Januari) 21 jam (termasuk masa berkhemah).
ADUN bertanya kepada Saudara Anuar, "Berapa lama berada di Puncak?" jawabnya.
"Lebih kurang 20 minit" Bila ditanya, "Mengapa terlalu sekejap?" Menurut Saudara Anuar, Terlampau sejuk pada puncak Gunung Nuang tu."
"Berapa darjah celcius lebih kurang ?" , "Dalam lingkungan 15, tapi menurutnya suhu boleh menurun di puncak gunung itu kepada 6 celcias. Jadi tak tahan sejuk."
Bila ditanya, "Mengapa tidak memakai baju sejuk atau pakaian tebal ?"
Menurutnya, "Kita memakai baju nipis kerana perjalanan dari bawah berpeluh, kalau bawa pakaian tebal sebagai extra membebankan perjalanan."
"Bila ditanya apakah yang dibuat di puncak dalam masa 20 minit?"
"Mengabadikan masa kesampaian dengan bergambar dan menghayati pandangan ciptaan Allah yang menarik.``
ADUN bertanya,"Adakah jelas pandangan pada jam 8.00 pagi."
"Al-Hamdulillah pandangan jelas dan tidak berkabut. Kemuncak-kemuncak bukit jelas kelihatan dengan hutan tebal menghijau dan menakjubkan pandangan yang mencerminkan kebesaran Allah."
"Adakah ternampak Bandar Kuala Lumpur?"
"Kelihatan seperti
Bila ditanya bila pendakian menurun?"
"Jam 8.30 pagi pasukan yang mula sampai mulai turun. Penurunan memakan masa tiga jam ke Kem Perkhemahan dan menunggu di sini pasukan yang lewat tiba. Pasukan terakhir tiba jam 2.00 petang di Kem Lolo dengan tiga orang crame tidak boleh berjalan sendiri dan terpaksa dipapah dan direhatkan sementara."
~Pengisian tazkirah oleh Ust Hasbullah~
Di Kem Lolo ini mereka berehat, mandi menunaikan sembahyang dan makan minum dan membuat persiapan untuk menuruni perjalanan pulang,"
ADUN bertanya kepada Saudara Anuar, "Jam berapa bertolak turun"
"Jam dua petang dan tiba di kaki gunung jam 4.00 petang."
"Ini bermakna perjalanan turun memakan masa hanya lebih kurang 8 jam (8.00 pagi – 4.00 petang)."
"Bagaimana dengan tiga orang yang crame ?"
"Terpaksa dibawa four wheal drive naik separuh perjalanan yang boleh dinaiki kenderaan, termasuk menebas dan memotong pokok buluh dan semak-semak yang menghalang untuk kenderaan dapat naik separuh perjalanan ke Kem Lolo. Separuh perjalanan bagi tiga yang cedera terpaksa berjalan perlahan hingga ke kenderaan yang datang mengambil mereka dan dibawa ke bawah."
~Kepuasan setelah berjaya mendaki puncak Gunung Nuang~
ADUN bertanya, "Bagaimana dengan makanan yang dibawa adalah tidak mencukupi atau berlebihan?"
"Al-Hamdulillah cukup dan tidak berlebihan, menepati dan mencukupi sebagaimana dianggarkan dan tidak ada pembaziran."
ADUN bertanya, "Apakah ada oleh-oleh dibawa pulang sebarang penemuan herba, tumbuhan menarik atau batu batan?"
"Tidak ada. Sebenarnya kita dilarang mengambil dan membawa turun sebarang tumbuhan atau batu batan dari gunung."
"Adakah diperiksa oleh ranger pengawal?" Tanya ADUN.
"Tidak diperiksa secara langsung, tapi itulah diperingatkan dari awal," jawab saudara Anwar.
``Apa pendapat Saudara Anuar berhubung dengan keseluruhan peserta ?, ``tanya ADUN.
``Al-Hamdulillah, apa yang kita mau tanamkan semangat ukhuwwah dan sepasukan secara berjamaah berlaku. Tidak ada yang mementingkan diri. Tidak ada perebutan ke kemuncak. Mereka sanggup menunggu yang terlewat dan membantu yang bermasalah,`` jawab Saudara Anuar.
"Bagaimana respon peserta secara keseluruhan?" Tanya ADUN sebagai penutup perbualan.
"Mereka berpuashati dan bersedia untuk mendaki, terutama gunung yang lain dan bersedia memberi pertolongan dan kerjasama." jawab Saudara Anuar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment