January 7, 2010

Lawatan Ke Sungai Ramal Luar: Antara Pembangunan Dan Masalah

Sg. Ramal Luar, 19 Muharram = 5 Januari (Selasa):

Pagi ini turun ke Sungai Ramal Luar bagi menyelesaikan beberapa urusan :

Pertama: Ke Sekolah Agama Ar-Rahmaniah:


Dihadiri sama Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampung Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Alias Awang Pengerusi PIBG Sekolah dan Ustaz Azhar bin Ismail, Timbalan Guru Besar serta AJK-AJK Kampung menyampaikan bantuan beg Sekolah Kerajaan Prihatin Negeri kepada murid-murid sekolah Ar-Rahmaniah dan murid-mrid sekolah lain yang berdekatan dibawa ke Dewan Sekolah ini. Sejumlah 50 buah beg diagihkan oleh ADUN kepada murid-murid berkelayakan. Ketua PIBG Tuan Haji Alias juga menimbulkan keperluan sekolah seperti tempat menunggu kenderaan bagi murid-murid sebelum mereka dijemput. Dalam ucapan ADUN sebelum menyampaikan beg kepada murid-murid, permohonan YDP-PIBG akan dipertimbamngkan. Beliau meminta murid-murid belajar bersungguh-sungguh agar berjaya di dalam pelajaran dan menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat..




Kedua: Melawat Ke Balai Raya Sungai Ramal Luar


Balai Raya di sini sebelum ini ditinggal usang, banyak kerosakan berlaku. Selepas kemenangan kita, peruntukan di keluar oleh ADUN untuk membersih kawasan,menebang pokok besar dan tua. Pokok ini jika runtuh atau tumbang membahayakan bangunan Balai Raya dan medan badminton dan sepak takraw. Peruntukan kali kedua dikeluarkan bagi membaiki kerosakan bangunan terutama bahagian dalam dan membaiki atap yang bocor.


Melawat hari ini nampaknya Balai Raya sudah pulih dan kelihatan cantik setelah dicat. Semua bahagian boleh digunakan. Menurut Ketua Kampung Tuan Haji Mohd Yusof,
"Saya akan pindah pejabat dari rumah ke Balai Raya ini dalam masa terdekat."
Menurutnya ruang dalam Balai Raya boleh digunakan untuk mesyuarat, perhimpunan dan berbagai kegiatan penduduk," katanya.
"Manakala court di luar boleh digunakan, terutama belia untuk bermain badminton atau sepak takraw," tambah Haji Yusof.
ADUN berharap Balai Raya ini akan dimanfaat dan digunakan sepenuhnya oleh Ketua Kampung dan JKK, penduduk dan Belia.
Cuma kata Haji Yusof, "Untuk keselamatan barang-barang beliau akan berusaha untuk memasang grill bagi Balai Raya tersebut.


Ketiga: Masalah Jalan Di Hadapan Rumah PKNS


Masalah adalah merupakan kesan sampingan dari pembangunan. Dulu kawasan yang terletak di kawasan rendah dan di tepi sungai, Sungai Ramal ini (tak jauh dari Masjid Mat Saman), sering berlaku banjir. Apabila pembangunan Jalan dari Balakong-Sungai Chua ke Tol Kajang dan Putrajaya dinaiktaraf, perumahan PKNS Sungai Ramal ini menerima kesan sampingan dari pembangunan. Deret perumahan PKNS bahagian hadapan hilang halaman dan ruang parking hadapan rumah, kerana jalan berjejambat tinggi terlampau berdekatan dengan rumah mereka. Sedang bahagian hadapan antara jejambat dan rumah dijadikan jalan untuk pusingan baik dari Sungai Chua atau dari Tol Kajang-Putrajaya, juga jalan keluar ke highway dari kedua-dua arah. Kewujudan kedua-dua jalan ini – Jalan atas bagi hingway dan jalan bawah untuk pusingan dan lencongan selain dari memberi faedah kepada semua, memasalahkan penduduk khususnya penduduk perumahan PKNS, terutama bagi baris hadapan seperti:
  • Kesempitan ruang hadapan rumah. Tiada ruangan parking kereta
  • Membahayakan keselamatan dengan kenderaan menggunakan jalan hadapan rumah
  • Menggangu kesihatan kerana habuk dan gangguan bunyi berterusan
  • Jalan bahagian hadapan bagai cerun menurun dari tanah tinggi dari Sungai Chua dan dari jalan perumahan sebelah.
  • Apabila hujan, jalan ini menjadi seperti saluran sungai dengan air deras turun ke Sungai Ramal, akibatnya berlaku banjir.
  • Banjir lebih teruk apabila air Sungai Ramal memenuh dan menolak air ke belakang.
  • Rumah-rumah ditenggelami banjir.

Akibat dari banjir pemilik rumah buat tembok tepi rumah untuk menghalang air masuk jika banjir tidak begitu besar.
Pembangunan jalan highway tidak menjaga kepentingan penghuni rumah PKNS, jalan di hadapan rumah dibina dengan kedudukan tinggi tepi jalan jejambat dan makin rendah ke bahagian rumah, jadi air mengalir turun ke bahagian rumah yang rendah, sebab itu antara keperluan dibuat benteng hadapan rumah.

Apabila berlaku kesesakan jalan, kenderaan, termasuk lori-lori panjang atau trillar ambil kesempatan melalui jalan bawah sebagai jalan pintas dan segera.
Rumah-rumah retak akibat diguna oleh kenderaan berat.
Saliran air parit dan saluran bawah tanah kecil dan tak dapat menampung larian air jika berlaku hujan yang agak lebat.
Longkang di tepian jejambat terlampau kecil dan tak berfungsi kerana sempit dan berada di bahagian lebih tinggi
Sungai Ramal sendiri kecil tak dapat menampung isipadu dan larian air yang agak banyak bila berlaku hujan lebat.


Menurut Puan Surimah bt. Saru warga mas dan ibu tunggal yang tinggal bahagian permulaan baris perumahan PKN, iaitu No. 3, Jalan PKNS, Sungai Ramal Luar,
"Ibu menghadapi masalah berterusan. Harap dapat dikurangkan masalah."
ADUN bertanya, "Tidakkah Ibu bercadang untuk pindah ?" Jawab beliau,
"Hendak pindah ke mana ?" Tanya beliau.
"Inilah rumah yang ada, makan minum anak yang bantu," tambahnya.
"Tak ada ke pencen, masa kerja dulu ?" Tanya ADUN.
"Ibu tak kerja, arwah suami meninggal tidak berpencen," katanya.
"Rumah ini sajalah harta tinggalan yang ada untuk berteduh sementara hidup dan sebelum meninggal," katanya dengan nada yang agak sedih.


Hadir bersama kami di samping Haji Yusof Ketua Kampung, ialah En. Yusof Bachik Ahli MPKj, Jurutera dari MPKj, beberapa ahli JKK, wakil JPS sepatutnya hadir, tetapi tak dapat hadir. Kami berbincang dan antara perkara yang wajar diambil tindakan ialah:
  • Memperluaskan saluran air, iaitu parit, longkang dan saluran di bawah tanah (sedia ada)
  • Memperluas dan memperdalamkan sungai, Sungai Ramal
  • Memasang papan tanda had berat muatan dan had laju
  • Membuat bumper di tempat-tempat sesuai bagi memperlahankan larian kenderaan.
  • Pihak trafik dan polis perlu buat tinjauan sekali sekala ke jalan bahagian bawah mengawal dan melatih pengguna yang mengguna jalan bawah dan mengambil tindakan saman yang menyalahguna jalan dan ambil tindakan menyaman kenderaan berat, khususnya trillar yang menggunakan jalan bahagian bawah.
PKNS sewajarnya membina rumah gantian dengan pampasan dari pihak lebuhraya di kawasan lain sebagai ganti kepada pemilik-pemilik rumah terbabit. Rumah diroboh dan dijadikan kawasan kosong bagi tepian jalan.

Terima kasih kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment