January 3, 2010

PROGRAM AWAL TAHUN 2010




Kejayaan SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi yang muncul sebagai sekolah terbaik di Malaysia bagi keputusan peperiksaan PMR 2009 kategori sekolah harian menyemarakkan lagi usaha-usaha menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Kejayaan ini wajar diteladani oleh sekolah-sekolah lain di Bangi.

ADUN Bangi Dr. Shafie berkata demikian pada ucapan awal satu program ringkas sempena penyerahan 700 buah beg sekolah kepada wakil-wakil zon dan ketua-ketua kampung di Pusat khidmat Masyarakat ADUN Bangi disini.

“Kerajaan negeri begitu prihatin dalam isu pendidikan dan menjadikannya satu elemen penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Sebagai menghargai kejayaan pelajar-pelajar Bangi yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, kita akan mengumpul mereka bersama pelajar-pelajar yang turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti dalam satu majlis khas untuk meraikan mereka”.

Mengenai sumbangan beg sekolah percuma beliau berharap wakil-wakil zon serta ketua-ketua kampong dapat mengagihkan secara berhemah.

“Sumbangan beg sekolah ini adalah sebagai galakkan anak-anak ke sekolah terutama kepada mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan. Agihan ini perlu merangkumi semua kaum. Orang Melayu, Cina dan India. Tidak tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja”, tegasnya mengakhiri ucapan beliau.

Dalam satu program awal sebelum itu ADUN Bangi dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah ‘turun padang’ berjumpa dengan peniaga dan pengunjung Pasar Basah Kerajaan Seksyen Satu Bandar Baru Bangi. Pasukan yang turut disertai oleh beberapa orang AJK PAS dan DAP kawasan Serdang dilihat membahagikan kalendar tahun 2010, akhbar Suara Selangor dan Suara Roket.

Unit Media.

1 comment:

  1. ADUN bangi rajin...ahli parlimen pon sama rajin..

    harap - harap kekal lagi penggal depan...amin

    ReplyDelete