January 4, 2010

Melawat Negeri-Negeri Di bawah Pemerintahan PAS (PR)

BBB, 15 Muharram 1431 = 01 Januari 2019 (Jumaat):

Seminggu Saudara Azizi Adnan tiada di DUN Bangi, ADUN kehilangan pengiring dalam tempoh tersebut terutama pada hari Sabtu dan Ahad dan bersendirian ke jemputan-jemputan. ADUN terpaksa bertindak menjadi juru gambar dan wartawan tidak rasmi. Saudara Azizi sebenarnya bercuti hujung tahun bersama keluarganya. Beliau menggunakan masa cuti melawat ke negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas (PR) – Kedah dan Kelantan. Paling tinggi hasratnya ialah untuk mengikuti kuliah YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz di Bandar Kota Bharu, pagi ini. Hasratnya tercapai. Program terakhirnya hari ini mendengar pengajaran Tuan Guru pagi ini dan sebaik selesai pengajaran beliau bertolak pulang ke Bangi, kerana ada temujanji dengan pemberita sebuah akhbar yang baru ditugaskan menjaga kawasan Putrajaya dan Bangi.


Pada petangnya ADUN Bangi bertanya dengan saudara Azizi yang baru kembali, "Bagaimana dengan lawatan ?" "Al-hamdulillah tujuan lawatan tercapai. Dapat mendengar kuliah Tuan Guru," jawab saudara Azizi.
"Apa topik yang disampaikan oleh Tuan Guru Pada pagi Tahun Baru Masihi ?" Tanya ADUN.
"Tuan Guru tidak menyentuh tentang tahun baru Masihi, tetapi membicarakan tentang semaraknya Kelantan dengan pengajian keilmuan Islam," kata saudara Azizi.
"Selarilah dengan kita di Bangi yang sering mewar-warkan Bangi Bandar Ilmu," kataku.
"Tapi Tuan Guru membicarakan tentang pentingnya pengajian tradisi seperti pengajian-pengajian pondok yang banyak terdapat di Kelantan."
"Tapi kita di sini sebagai kawasan baru, tak dapat bincangkan berhubung dengan pondok, tempat kita tak ada pengajian pondok. Tapi tempat kita kaya dengan 40 buah surau, 10 buah surau bertaraf masjid (dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat) dan enam buah masjid yang semuanya bergiat dengan pengajaran, kegiatan ilmu dan kemasyarakatan," kataku."Banding dengan Kelantan ?" Tanya Haji Azizi.
"Kelantan juga mempunyai berbagai pusat pengajian Islam, kerana adanya sekolah-sekolah Agama Menengah seperti Sekolah Ma'ahad Muhammadi dan berpuluh sekolah yang setarap dengannya (18) yang menekankan pengajian Islam dan bahasa Arab. Ada sekolah Menengah Ugama (45) di samping Ma'ahad Tahfiz, Tahfiz Sains dan sebuah pengajian tinggi dikenali dengan Kolej Yayasan Islam Kelantan," kataku. "Bagaimana dengan persekolahan agama di negeri Selangor? Tanya saudara Azizi.
"Selangor kaya dengan pengajian agama pada peringkat rendah yang terkenal dengan berbagai-bagai nama seperti Pra-sekolah, SRAI, SRA, MIST, SAM, SAMT yang jumlah semuanya hamper 300 buah dengan guru lebihkurang 3,500 orang dengan pelajar menghampiri 90,000 orang. Selangor kurang pada peringkat menengah. Dulu ada 32 buah, tapi diserah kepada kerajaan Pusat. Tapi Selangor sendiri ada sebuah universiti dan Kolej Universiti. Tapi Bangi sendiri sebagaimana kita ketahui dikelilingi berpuluh universiti, pusat penyelidikan dan latihan." tambahku,



"Walau bagaimana kita bersyukur kedua negeri menekankan pendidikan dan pengajian Islam," kataku lagi.
"Bagaimana dengan kehadiran pendengar mendengar kuliah Tuan Guru ?" Tanyaku, kembali kepada topik asal."
Ramai, melempah Bandar Kota Bharu," jawab Saudara Azizi.
"Tapi menurut seorang pendengar yang saya tanya, kalau ada isu-isu penting, pendengar tiga kali ganda ramai dari kehadiran hari ini," tambah Saudara Azizi.
"Dapatkah mendekati tempat Tuan Guru mengajar ?" tanyaku.
"Dapat, kerana Tuan Guru Mengajar di anjung bahagian bawah bangunan dan dapat merakmkan gambar-gambar."
Aku mengalihkan topik dan bertanya, "Bagaimana dengan Negeri Kedah, semarakkah dengan pengajaran ?``
Dengan sedikit teragak-agak Saudara Azizi mengatakan, "Di Kedah ada pengajian biasa di masjid-surau, tapi tak berapa jelas," katanya.
"Di Kedah tu, saya tak beri tumpuan sangat pada kegiatan keilmuan, sebaliknya saya lebih bersifat menziarah keluarga isteri saya sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan."
"Bagaimana dengan pandangan rakyat sana dengan pemerintahan kerajaan Pas (PR) di Kedah?" Tanyaku.
"Saya kurang pasti," menurut Saudara Azizi, "Tapi menurut mertua saya yang tidak cenderung politik, dia suka dengan suasana pemerintahandi Kedah yang agak aman," tambah Saudara Azizi.
"Sesuailah tu dengan Negeri Kedah yang bergelar Darul Aman itu," Tambahku.


1 comment:

  1. boleh tak liskan anggota kita on standby supaya bila Tn Hj Azizi bercuti ada orang gantikan, rasanya tak kena kalau biarkan YB sendirian tanpa eskot, kita ramai ahli tak kan semuanya tak available. Saya juga sibuk tak boleh buat komitmen iringi YB tapi masukkan nama saya dalam list, kalau jadi macam ni call saya..

    ReplyDelete