October 19, 2010

Dialog Dengan Penduduk Rumah Bertingkat Seri Kenari Serlahkan Masalah

Sungai Ramal Luar, 09 Zulkaedah = 17 Oktober (Ahad):


Permasalahan yang dihadapi penduduk rumah bertingkat Seri Kenari, Sungai Ramal Luar mulai terserlah dengan berlakunya kerosakan engine pum air di Blok A rumah bertingkat di sini beberapa minggu lalu, walaupun kerosakan diperbaiki secara sementara, tapi memerlukan pembaikan sepenuhnya, masalah ini membangkitkan keresahan di kalangan penduduk mengenai cara pentadbiran JMB (Joint Management Bhd.).


Ini membawa kepada pertemuan hari ini yang diusahakan oleh Saudara Abu Bakar dari Pejabat Adun Bangi melalui kerjasama persatuan penduduk di sini. Pertemuan untuk dialog pada pagi ini dihadiri oleh Y.B.Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, En. Lee Learn Eng Ahli MPKj Zon 20, Tuan Haji Mohd.Yusof Abdul Kadir Ketua kampong Sungai Ramal Dalam dan En. Fauzi JMB rumah bertingkat Blok A. dan pemilik-pemilik unit-unit rumah bertingkat Blok A. Sebanyak 300 unit adalah di Blok A, Terdapat Blok B dan C yang setiap satu adalah 50 unit. Kehadiran sekadar 30 orang sahaja. Ada dakwaan sekatan terhadap kehadiran dilakukan dari awal, hanya mereka yang menyelesaikan segala tonggakan sahaja yang boleh hadir. Ramai yang tertonggak, sebab itu kehadiran adalah sedikit.


Majlis bermula dengan percakapan ringkas dari Ahli P{arlimen, Adun dan Ahli MPKj, kemudian dialog dibuka. Konfrontasi berlaku antara penduduk dan JMB yang diketuai oleh En. Fauzi (Beliau dilantik bersama 13 orang). Masalah pentadbiran Blok A adalah disebabkan:


a) Tunggakan bayaran yang kebanyakan penduduk tidak diselesaikan

b) Tiada mesyuarat dilakukan sejak begitu lama

c) Tonggakan api-air keseluruhan mencecah ke jumlah luar jangkaan

d) Tiada pembentangan penyata kira-kira untuk diketahui penduduk

e) Pertanyaan kaedah pengagihan bayaran air berdasarkan bayaran secara pokal

f) Kerosakan lif berterusan. Sekarang satu unit saja berfungsi. Menyusahkan penghuni

g) Dewan Orang Ramai yang rosak. Tiada api dan air. Tiada dinding penutup

h) Tiada majlis atau sambutan yang mengeratkan hubungan penduduk.

i) Tiada perhatian terhadap OKU dan orang miskin

j) Mahu JMB yang baru dilantik.


Keputusan

Oleh kerana pemilikan strata baru diluluskan kepada pemilik-pemilik unit rumah bertingkat, maka pentadbiran JMB akan tamat, maka pentadbiran akan diserah kepada penduduk (pemilik). Mesyuarat pemilihan MC (Management Committee) akan dilakukan pada bulan Disember hampir. Adalah diharapkan AJK yang akan dilantik akan duduk bersama dengan JMB sekarang menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kalau perlu pihak Adun dan Ahli Parlimen akan hadir pada mesyuarat yang akan diadakan. Adun dan Ahli Parlimen akan adakan pertemuan-pertemuan kemasyarakatan dan gotong royong yang akan diadakan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment