Shah Alam, 03 Zulkaedah = 11 Oktober (Isnin):
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Pemerkasaan Ulama` Selangor; Cabaran Dakwah Semasa dibuka dengan rasminya oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibn al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Negeri Selangor.
Ucapan Y.A.Berhormat Tan Sri Dato` Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor walaupun ringkas, tetapi padat. Ucapan merangkumi harapan terhadap Multaqa berkenaan, tetapi adakah harapan ini tercermin di dalam kertas-kertas kerja yang dibentangkan ?
Di dalam ucapannya Menteri Besar itu menggariskan:
• Era globalisasi membawa cabaran yang menggugat akidah, jati diri dan pemikiran. Pendekatan mereka bersifat intelektual dan dituju kepada kalangan intelektual.
• Pemikiran yang bernas perlu diketengahkan bagi menangani cabaran di atas sebaik mungkin
• Ulama` perlu ke depan dengan gagasan-gagasan segar yang dapat menyuntik semangat dan kemajuan umat
• Perlu kepada pendekatan dakwah semasa yang bersifat praktikal
• Pendekatan juga bersifat holistic dan futuristic
• Perlu penekanan pada pembinaan aspek akhlakiah dan insaniah
• Rasulullah menjadi model dalam membina masyarakat bersatu dan berdaya maju.
Kertas-kertas kerja yang dibentang:
Terbetik di dalam hati kita pertanyaan, mengapa tidak dijemput membentang kertas kerja mereka yang pakar dalam dakwah dan sering membuat kajian ilmiah tentang dakwah dari fakulti-fakulti dakwah dari universiti-universiti tempatan ? Mengapa pembentang-pembentang dari kotak yang sama. Tidakkah wajar diberi peluang mereka yang di luar kotak ?
Tidak jelas kertas mana yang memperkatakan tentang pemerkasaan ulama yang menjadi tema seminar.
Kertas Kerja Pertama:
Memperkasa Mekanisme Da`wah Bil-Hal oleh Prof. Dato` Dr. Sidek bin Baba (Ahli MAIS):
Memperkatakan:
• Orientasi dakwah di Malaysia ada yang bersifat haraki, politik, tablighi dan sufi
• Perlu Manhaj Malaysia yang sesuai dengan masyarakatnya yang berbilang kaum
• Dustur Dakwah Rasulullah bersifat Hikmah dan Mauizah Hasanah.
• Dakwah bil-hal perlu peribadi yang unggul, berilmu dan berketrampilan hingga mampu dicontohi dan menjadi ikutan
• Rasulullah setinggi-tinggi contoh pendakwah
• Membicarakan dakwah di Alam Melayu
• Membicara tentang pengisian kemerdekaan dengan Melayu bersifat centric.
Kertas Kedua:
Peranan Generasi Muda Dalam Memartabatkan Agama oleh Dato` `Aidit bin Ghazali – (Ahli MAIS).
• Hendaklah memahami Profil Generasi Muda yang antara ciri-cirinya bersifat ingin tahu, mudah terpengaruh, berani bereksperimen, kritis dan kreatif.
• Pendekatan secara kursus, berpartisipasi. Berkumpulan, berunsur semangat, kemanusiaan dan hiburan.
• Mengambil model & ikon yang berwibawa menjadi contoh ikutan
• Memandu ke arah yang sihat dan beristiqamah
• Menggalakkan kehidupan dan kerja secara berjamaah
• Kawalan dari unsur negatif dengan menanamkan nilai unggul
• Memerlukan pembimbing yang faham dan bersifat murabbi.
Kertas Ketiga:
Peranan Ulama` Midani: Teori Dan Praktis oleh Prof. Madya Dato` Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Shafii. (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor).
• Berdakwah adalah kerja yang mulia
• Pendakwah perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kaedah berdakwah
• Uslub Dakwah – Teori dan Praktis
• Dakwah dengan Lidah dan Penulisan
• Penggunaan teknologi maklumat
• Perlu menguasai kaedah dan alat komunikasi – media cetak dan elektronik
• Cabaran dan tuntutan dakwah
Rumusan
• Kertas satu dan ketiga masih berlegar pada teori dakwah dan sorotan-sorotan bersifat sejarah.
• Kertas kedua lebih bersifat praktikal dan semasa serta tepat dengan realiti kini.
• Malaysia bidang yang subur untuk berdakwah. Tidak ada yang berani memperkatakan bagaimana kaedah terbaik bagi mendakwah mereka yang masih belum Islam kepada Islam.
• Tidak ada yang berani membicarakan persoalan yang lebih berat sebagaimana diharap Menteri Besar seperti Pengaruh Liberalisma dalam pemikiran Moden yang menggugat pemikiran umat dan bagaimana mengatasinya.
• Zaman komunikasi dan teknologi maklumat dengan peralatan canggih, tiada saranan menggunakannya secara praktis dan professional dalam dakwah.
• Ulama` bagaimana yang boleh menjadi ikon dan teladan bagi semua golongan, terutama kalangan intelektual ?
• Disamping lumrah menyorot ke belakang, apakah mekanisme futuristic yang wajar digunakan di dalam dakwah ?
Sekian.

No comments:
Post a Comment