Shah Alam, 13 Zulkaedah = 21 Oktober (Khamis):
Di tengah-tengah suasana meledaknya gejala sosial di tengah masyarakat, usaha yang diadakan oleh JAIS patut dipuji bagi membendung gejala berkenaan. Ibu bapa dianggap faktor utama berjaya atau gagalnya pembentukan keluarga. Konvensyen Keluarga Sakinah (KKS) diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam seharian dari pagi hingga ke petang hari ini adalah berobjektif:
- Untuk memberi semangat dan nafas baru dalam pembinaan institusi keluarga
- Untuk memberi penegasan ke arah mengembalikan kredebiliti institusi keluarga sebagai tonggak keutuhan sesebuah masyarakat
- Untuk mempromosikan beberapa inisiatif dan inovasi kepada program-program kekeluargaan yang lebih bermutu
- Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu-isu relevan berkaitan kekeluargaan dan kemasyarakatan
- Untuk memberi kesedaran mengenai peranan individu dalam unit keluarga dan masyarakat
- Untuk mendidik masyarakat ke arah hidup yang lebih bermakna dan berwawasan.
Untuk tujuan di atas juga konvensyen diisi dengan ceramah yang berjudul : Maqasid Syariah, Rahmat Sekalian Alam disampaikan oleh Yg. Bhg. Dato` Dr. Siddiq Fadzil, Rektor Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang dan sebuah lagi kertas kerja berjudul: Zina: Tragedi Sedih Umat Kini disampaikan oleh Yg. Berbahagia Dr. Azhar Yaakob, Pensyarah Kanan UTM,
Pada sebelah petang diadakan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Turut hadir Y.B. Dato` Dr. Hasan bin Mohd Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra Struktur dan Kemudahan Awam, SS. Dato` Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Pengarah JAIS, SS Dato`Setia Utama Diraja Haji Mohd. Tamyes bin Haji Abd. Wahid Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Exco-Exco dan Adun-Adun, Pegawai-Pegawai JAIS, Nazir-Nazir, Pengerusi-Pengerusi Surau, JKKK dan AJK-AJK. Kehadiran di luar dugaan dengan peserta memenuhi dewan dan dijangka tak kurang daripada 2,500 orang.
Dalam ucapannya Y.A.B. Dato` Menteri Besar menegaskan, ``Islam menyediakan Modul Keluarga Sakinah yang mantap`` berdasarkan ayat-ayat al-Qur`an dan Hadith. Pendidikan keagamaan amatlah penting, tetapi bukan kerana peperiksaan, tetapi seharusnya bersifat penghayatan. Kerajaan negeri memberi perhatian terhadap pendidikan keislaman baik bersifat pengajian tinggi, sekolah, masjid, surau ceramah dan seminar seperti hari ini. Pembangunan keluarga adalah asas bagi pembangunan masyarakat dan Negara. Usaha murni yang dilakukan oleh JAIS patut diperluaskan ke peringkat daerah juga kawasan dan jabatan.
Sementara itu sebelum Y.A.B. Menteri menyampaikan ucapan penutupnya, Pengarah JAIS Dato` Mohammed Khusrin menyatakan,
`Berlakunya gejala sosial akibat dari kekosongan jiwa dan dipengaruhi keseronokan sementara. JAIS berusaha mencegah berkembangnya gejala sosial. Setakat ini JAIS merangka 5 modul bagi pencegahan gejala sosial. Pengarah JAIS itu juga mengemukakan statistic perkahwinan dan perceraian di Selangor:
Menurut Pengarah JAIS itu, usaha akan diteruskan dengan mengambil berbagai pendekatan bagi mendidik warga Selangor dengan pendidikan keagamaan dan berusaha mengurangkan kemungkaran dan gejala sosial.
Sekian.
No comments:
Post a Comment