Sebagaimana dijadualkan persediaan menyambut Hariraya Peringkat Serdang diatur sebaik mungkin. Pengarah sambutan Saudara Shukor Atan, Timbalan Tuan Haji Nik Pa Nik Leh, Setiausaha Saudara Abu Bakar dan AJK bekerja keras sejak semalam memastikan khemah-khemah terpasang, meja dan kerusi diatur. Hingga ke tengah malamnya mereka mengurus persediaan dan pagi ini mempastikan semua tempat menurut sebagaimana dirangka. Adun selaku YDP tidak mempunyai masa sangat untuk mengurus sama kerana sebok menghadiri jemputan – Cuma bertanya melalui wakil meninjau mengenai persediaan. Hingga sebelum jam 12.00 hari ini persediaan beres dan cuaca baik. Menu-menu yang diterima lebih dari 20 jenis makanan. Khabarnya walaupun permulaan menerima tamu sepatutnya bermula jam 12.00 tengahari, tetapi jamuan sudah bermula dari jam 11.00 pagi lagi. Adun juga berkejar pulang dari acara jemputan terakhir melancarkan Dana Surau Al-Amin, Taman Cheras Prima. Setelah bertukar pakaian hadir jam 12.30 tengahari. Pada masa itu tamu yang datang bertali arus. Keadaan sedemikian berterusan dan memuncak jam 2.00 petang.
Majlis tidak sangat bersifat protokol dan formal. Jam satu tengahari majlis menjemput Adun Bangi berucap mengalu-ngalukan para hadirin. Beliau memngucap terima kasih kepada para hadirin yang sudi datang ke jemputan Rumah Terbuka. Beliau berterima kasih kepada AJK dan Cawangan-Cawangan – kepada DAP dan Keadilan kerana sama menjayakan Rumah Terbuka. Beliau juga ke acara melepaskan belon. Kemudian apabila Y.B. Teo Nie Ching tiba – sedikit lewat, beliau juga menyampaikan ucapan alu-aluan dan berterima kasih kepada semua pihak. Beliau membawa oleh-oleh yang baru dialaminya pagi hari ini, iaitu beliau dipanggil ke Balai Polis Kajang pagi ini disoal siasat berhubung dengan Isu Masuk Surau Dan Bertazkirah. Menurut beliau, ``Tidak ada masalah. Isu kecil diperbesar-besarkan. Isu ini bukan pertama kali.`` Menurutnya beliau tidak tau mengapa, bila isu ini dikaitkan dengan dirinya diperbesar-besarkan !
Selain dari berucap, ialah menyambut tamu. Mereka kawan-kawan dari Pas seperti Y.B. Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Saudara Hamidi Ketua Cabang PKR Serdang, Dr. Tajul Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Ahli-Ahli dan teman-teman dari MPKj, En. Zubir Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi, Nazir Masjid Hasanah dan Nazir Masjid Kajang, Ketua-Ketua Kampong dan rakyat dari berbagai-bagai lapisan. Pada tahun ini kehadiran lebih ramai rakyat dari berbagai-bagai kaum – Cina dan India hadir. Di samping menyambut tamu, sekali sekali Adun meninjau tempat persediaan makanan berjalan lancar. Acara diselang seli dengan hiburan – termasuk nasyid yang disampaikan oleh anak Y.B. Dr. Zulkifli Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Acara yang menarik bagi anak-anak ialah pembahagian duit raya. Mereka berbaris panjang dan menerima sampul duit dari Adun Bangi dan Y.B. Teo Ahli Parlimen Serdang. Turut sama menyampaikan duit raya ialah Ahli-Ahli MPKj Ustaz Shafie Ngah dan Haji Mazwan Johar. Beberapa siri penyampaian duit raya dilakukan hingga ke petang. Anak-anak juga tertumpu berbaris menerima belon-belon secara percuma.
Mulai jam 3.00 petang hadirin mulai berkurangan, tetapi kehadiran tetap berterusan hingga melebihi jam 5.00 petang. Jumlah kehadiran dijangka mencapai sepuluh ribu orang. Kebimbangan tidak cukup makanan tidak terjadi. Walau bagaimana setengah makanan yang menarik minat lebih awal habis, tetapi makanan tetap ada hingga ke akhir seperti nasi impit, roti john dan roti canai.
Al-hamdulillah semua berjalan dengan baik dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment