Masjid Al-Hasanah, BBB, 09 Zulkaedah = 17 Oktober (Ahad):
Menurut Nazir Masjid Al-Hasanah, BBB, Tuan Haji Hanafiah, pada asalnya pada hari ini dilancarkan salah satu aktiviti masjid, iaitu Tazkirah di kalangan kakitangan Masjid Al-Hasanah yang terdiri dari Nazir, imam-imam, bilal-bilal, siak-siak, setiausaha dan jawatankuasa Masjid yang bilangan belasan orang. Sememangnya Adun Bangi yang dijemput pagi ini berkesempatan menyertai Majlis Tazkirah di Dewan Masjid, walaupun pada peringkat penghujungan. Namun menurut Tuan Nazir sempena dengan pelancaran Majlis Tazkirah, ada pihak yang ingin berbuat kebajikan dan menghadiahkan 4 ekor kambing sebagai jamuan bagi majlis ilmu berkenaan.
Keputusan diambil oleh AJK Masjid bagi mengadakan Majlis Silaturrahim pada hari ini di kalangan ahli jamaah, memandangkan pada hariraya Idul Fitri yang lepas masjid tidak berkesempatan mengadakan sambiutan. Jadi pada hari ini selain dari berkesempatan menghadiri Majlis Tazkirah, Adun Bangi juga sempat menghadiri Majlis Silaturrahim. Majlis diadakan di anjung masjid yang dihadiri antaranya selain dari Tuan Nazir ialah Ustaz Bong Salleh bin Adnan Pemangku Pegawai Tadbir Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj, Sdr. Yusof Bachik juga Ahli MPKj, Tuan Haji Mohd. Zain Timbalan Nazir, Ustaz Dr. Abdul Wahab Salleh Guru Masjid, Imam Supaat bin Abdul Rahman, Imam, Tuan Syed Imam, Tuan Haji Kamaruddin Yusof Setiausaha masjid dan Timbalannya Ustaz Farid, pengerusi-pengerusi dan AJK surau-surau dan ahli-ahli jamaah.
Acara ringkas sebelum jamuan jamaah diadakan. Tuan Nazir Tuan Haji Hanafiah mengucapkan terima kasih kerana kerjasama dari banyak pihak, bukan saja penderma, tetapi juga pasukan yang memasak jamuan secara sukarela sejak pagi. Menurut Tuan Nazir sehingga kini masjid mempunyai jadual pengajaran yang melibatkan 26 orang guru tetap dan 15 guru jemputan. Masjid kini mempunyai empat orang Imam. Di bawah Masjid Al-Hasanah terdapat 32 surau yang memberi kerjasama erat kepada kegiatan-kegiatan masjid. Masjid juga mempunyai kegiatan seperti sambutan-sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping kegiatan kebajikan.
Adun Bangi yang diberi peluang bercakap, mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan bersyukur kepada Allah kini Masjid Al-Hasanah semakin makmur. Kita dapati majlis-majlis seperti Majlis Ilmu dan Kebajikan sering mendapat sambutan masyarakat. Sesungguhnya memang sepatutnya, Masjid Al-Hasanah sebagai Masjid utama dan terbesar di Bangi memimpin segala kegiatan keilmuan dan kegiatan kemasyarakatan yang bersifat agama. Adun berpendapat pertemuan seperti Majlis Silaturrahim ini wajar diadakan, umpamnya tiga bulan sekali bagi mengeratkan hubungan antara jamaah dan juga wakil-wakil surau yang berjumlah 32 buah itu. Masjid juga seharusnya menjadi `Bank Maklumat` bagi surau-surau bagi mendapat tenaga guru-guru dan penceramah-penceramah untuk surau-surau. Adun Bangi melahirkan dukacita mendapat maklumat sejak akhir-akhir ini ada penceroboh yang mencuri harta masjid dan juga barang-barang kepunyaan ahli-ahli. Beliau berharap perlu difikirkan untuk mendapat khidmat pengawal sepenuh masa bukan saja untuk mencegah dari berlakunya kecurian, tetapi keselamatan masjid itu sendiri.
Jamuan secara rakyat yang diadakan berikutnya di anjung dan pekarangan masjid amat meriah dan disertai oleh berbagai lapaisan masyarakat, termasuklah anak-anak dan musafir yang secara kebetulan singgah untuk berjamaah.
Sekian.

No comments:
Post a Comment