October 7, 2010

Persiapan Menghadapi Peperiksaan SPM 2010

Cheras, 23 Syawal = 02 Oktober (Sabtu):



Pelajar-pelajar SPM akan mulai menghadapi peperiksaan pada 23 November 2010. Dalam tempoh tujuh minggu ini masa masih banyak bagi pelajar-pelajar menyiapkan diri mengulangkaji pelajaran. Dalam tempoh tersebut semangat dan azam serta keyakinan diri perlu dipupuk dan ditanam di dalam jiwa pelajar-pelajar. Kaedah, teknik pembelajaran dan mengulangkaji perlu disarankan kepada pelajar-pelajar.

Dengan tujuan demikian pihak pengurusan Tuisyen Rakyat negeri Selangor – Kawasan Hulu Langat menganjurkan seminar yang berjudul, Pecutan Akhir – Tuisyen Rakyat Negeri Selangor. Tuisyen ini pada asalnya bertempat di Dewan Seminar di KUIS, tetapi pada saat akhir terpaksa diubah kerana Dewan berkenaan dikatakan diguna untuk peperiksaan. Tempat baru ialah di Wisma Puteri Islam di Cheras mulai dari jam 8.00 hingga 5.00 petang. Kawasan-kawasan yang menganjur Tuisyen yang menghantar pelajar-pelajar ialah dari Bangi, Teratai, Cempaka, Semenyih, Dusun Tua dan Dengkil Sepang turut bersama di Hulu Langat. Seramai 300 pelajar hadir mengikuti Seminar.

Seminar dibuka oleh ADUN Bangi, beliau mengucap tahniah kepada penganjur yang berjaya mengadakan seminar ini kepada seluruh pelajar-pelajar yang mengikuti Tuisyen Rakyat Hulu Langat anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Modal Insan.Tuisyen yang dianjurkan menandakan prehatinnya kerajaan negeri Selangor terhadap pelajar miskin negeri Selangor. Ini adalah merupakan pendemokrasian dari segi ilmu. Pelajar-pelajar anak-anak orang berada dapat menggaji guru atau menghadiri kelas-kelas tuisyen berbayar. Keadaan ini tidak dapat dilakukan oleh anak-anak miskin. Jadi usaha dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin turut sama mengikuti tuisyen. Adalah difahamkan berdasarkan peperiksaan yang dihadapi pelajar mengikuti Tuisyen Rakyat pada tahun lepas, prestasi mereka meningkat. Diharap bagi tahun kedua ini prestasi pelajar-pelajar makin lebih baik. ADUN menyarankan dalam tempoh persediaan pelajar-pelajar perlu menjaga kesihatan dan bertenang diri dan jiwa. Cara terbaik ialah mendekati diri dengan Allah seperti bersolat – termasuk solat hajat dan senantiasa berdoa kepada Allah agar diberi hidayat dan ketenangan di dalam menghadapi peperiksaan. Ibu bapa juga disaran memberi galakan dan semangat kepada anak-anak mereka yang menghadapi peperiksaan dan mengelak diri dari perkara-perkara yang membawa tekanan kepada mereka. Ibu bapa perlu mengikuti sama seperti sembahyang hajat dan doa bersama sama ada dianjurkan oleh masjid, surau atau oleh pihak PIBG dan Sekolah, menandakan ibu bapa prehatin terhadap anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Situasi dirumah juga perlu dijaga dan berkeadaan baik dan tenang semasa anak-anak sedang menghadapi peperiksaan. Ada ibu bapa yang berpuasa semasa anak-anak menghadapi peperiksakan menandakan prehatin dan doa terhadap kejayaan anak-anak.


Encik Hamdan yang menjadi juru acara pada majlis pagi ini banyak memberi panduan dan nasihat kepada pelajar-pelajar yang hadir. Pelajar yang hadir pada pagi ini lebih ramai dari kalangan pelajar perempuan. Beliau mau pelajarlelaki turut sama melakarkan kejayaan tidak kurang dari pelajar perempuan. Beliau juga menyentuh tentang kaedah pembelajaran berkesan. Beliau juga memaklumkan pihak penganjur akan adakan:

Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan Perdana pada 10.10. 2010

Solat Hajat Perdana di bawah pimpinan Imam Muda 23.10.2010

Maklumat lanjut akan diberi.

Seminar sepenuhnya pada hari ini disampaikan oleh: En. Othman Affan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment