Setelah berusaha beberapa bulan bagi mengubati penyakit barah ususnya, Prof. Dato` Dr. Nik Anuar Nik Mahmud menemui ajalnya pada jam 7.00 petang kelmarin di HUKM. Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 1/3 di sini pada malam tadi dan pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas Lama pada jam 11.00 pagi ini setelah disembahyangkan di Masjid UKM. Ramai temannya, terutama dari kalangan ahli akademik, penduduk setempat dan kenalan beliau menziarahi jenazahnya baik di rumahnya atau di Masjid UKM.
Pada masa hayatnya beliau dan isterinya – Puan Datin Rahilah bt. Harun adalah pendukung kuat Pas jalan 1/3. Mereka berdua menjadi AJK Cawangan 1/3.
Dari segi profesyennya beliau adalah Profesor dalam bidang sejarah Tradisi. Banyak menghasilkan buku dan artikal dalam bidang berkenaan sehingga berkelayakan dilantik sebagai Profesor di dalam bidang sejarah. Pada masa berlakunya pertikaian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura berhubung dengan Pulau Batu Putih, Profesor Dr. Anuar ditugaskan menghimpun bahan-bahan sejarah dalam hubungannya dengan Kerajaan Johor dan Singapura. Bagi melengkapkan bukti beliau berulang alik dari
Apabila kes Batu Putih diserahkan kepada pengadilan Mahkamah Antarabangsa di The Haige, beliau adalah salah seorang tenaga akademik yang bekerja kuat mengemukakan hujah ilmiah berhubung dengan tuntutan
Mengenang jasanya pada tahun lepas (2009) Profesor Dr. Anuar dikurniai Darjah Kebesaran Kerajaan Kelantan dengan gelaran `Dato`.
Profesor Dato` Dr. Anuar Mahmud menyedari penyakit yang dialami semasa di
Sekian.
No comments:
Post a Comment