October 14, 2010

Tahniah Kepada Pemenang Pertandingan Kejiranan Terbaik MPKj Dari Kawasan Bangi & Serdang

Pejabat Adun Bangi, 04 Zulkaedah = 12 Oktober (Selasa):


Mesyuarat AJK Harian malam ini diberitahu oleh Wakil MPKj Zon 23 Tuan Haji Shafie Ngah, bahawa pada hari Rumah Terbuka MPKj 8 Oktober yang lepas, ketika YDP MPKj menyampaikan Ucapan Perasmian, beliau telah mengumumkan keputusan Pertandingan Kejiranan Terbaik MPKj 2010.


YDP MPKj Y.Bhg Dato Hasan Nawawi Abd Rahman


Sungguhpun Adun Bangi, turut hadir pada hari Rumah Terbuka tersebut, tetapi tidak berkesempatan mendengar ucapan YDP. Kehadiran Adun Bangi agak lewat pada sebelah petang dan tidak berlamaan serta tidak berkesempatan bercakap-cakap panjang dengan pihak Tuan Rumah yang sibuk melayan tetamu. Lagi pula suasana pada petang itu hari di dalam keadaan hendak hujan dan masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa.


Pertandingan Kejiranan Terbaik pada peringkat Hulu Langat itu ialah pertandingan yang menilai hubungan kemasyarakatan yang wujud di satu-satu kawasan perumahan termasuk dari segi hubungan kemanusiaan, keselesaan dan kebersihan.


Terdapat dua kategori pertandingan:

  1. Pertama - Kategori Bertingkat
  2. Kedua - Kategori Teres


Daripada kedua-dua kategori nampaknya dua daripada kategori pada peringkat johan dimenangi kawasan perumahan dari DUN Bangi dan satu tempat ketiga dari kawasan Serdang.


1) Johan Kategori Bertingkat

Taman Sepakat Indah (Apartmen Sri Ros)– Zon 20 termasuk di bawah DUN Bangi

2) Kedua Taman Wawasan Zon 01

3) Pangsapuri Damai Mewah Zon 14

2) Johan Kategori Teres

Taman Damai Impian, Zon 23, Bandar Baru Bangi – DUN Bangi.

2) Taman Tasik Semenyih Zon 18


3) Tempat Ketiga Kategori Teres

Perumahan di Bandar Tun Hussein Onn. Zon 11


Bagi Johan Kategori Bertingkat mendapat geran RM15,000 untuk diguna bagi kegiatan komuniti dan pembaikan setempat. Begitu juga Johan bagi perumahan teres juga mendapat gran bernilai RM15,000 untuk diguna bagi pembangunan dan kepentingan penduduk. Bagi kedua-dua tempat kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.


Jadi bagi perumahan teres di Bandar Tun Hussein Onn di bawah Serdang yang mendapat tempat ketiga diberi peruntukan sebanyak RM5,000 bagi tujuan pembangunan dan kepetingan penduduk setempat.


Tahiah kepada ketiga-tiga pihak yang telah mengharumkan DUN Bangi dan juga kawasan Serdang. Adalah diharapkan melalui hadiah yang ditawarkan seperti ini menggalakkan perumahan dan taman-taman bekerjasama mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyertai kegiatan-kegiatan kemasyarakatan menjadi tempat yang dihuni bermasyarakat harmoni.


Sekian.

No comments:

Post a Comment