November 21, 2011

Pelancaran Program `ABCD` Dan Perasmian Homestay Orchard, Kg. Jawa, Hulu Langat

Kg. Jawa, Hulu Langat, 24 Zulhijjah = 20 November (Ahad):


YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor maukan rakyat negeri Selangor menjadikan sumber berpotensi tempatan bagi menjanakan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan diri dan keluarga. Menurut Dato` Menteri Besar, ``Tidak bermakna kemajuan jika rakyat tidak sama merasa kekayaan negeri Selangor.`` Beliau berkata sedemikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program ABCD Dan Perasmian Homestay Orchard, di Kg. Jawa, Batu 18 Hulu Langat di sini pada pagi ini.

Menurut Tan Sri Khalid, ``Kekayaan Negara berada pada tangan 30% penduduk, sedangkan yang lain sekadar pekerja biasa atau berada di bawah garis kemiskinan. Kita mau kekayaan Negeri dinikmati rakyat secara bersama dan sememangnya kekayaan Negeri kita kembalikan kepada rakyat melalui skim-skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor.

Program `ABCD` ialah bermaksud program berdasarkan `Asset Base Community Development` ialah menyedari potensi yang ada pada sumber tempatan bagi dibangunkan sebagai product setempat yang dapat ditawarkan kepada pengguna-pengguna tempatan atau luar. Ini bermaksud bahawa Kg, Jawa sebagai kampong tradisi mempunyai product dari segi pelancungan. Ini perlu diusaha dan dikembangkan sebagai perusahaan Homestay yang dapat memberi pulangan yang memuaskan.

Majlis pelancaran hari ini disertai penduduk setempat sejak jam 7.30 pagi. Turut hadir ialah YB Dr. Hji Yaakob bin Sapari selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YB Ronnie Liu Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Adun Bangi, Adun Lembah Jaya YB Haji Khasim bin Abdul Aziz, YDP MPKj Dato` Hassan Nawawi, Wakil Pegawai Daerah dan penolong-penolong, Ahli JKK dan penduduk setempat.

Sebelum daripada itu YB Tuan Haji Yaacob Sapari sebagai Exco yang bertanggungjawab dengan program hari ini ketika berucap menyatakan bahawa, ``Konsep ABCD digunakan di Australia, di Chicago, Amerika dan juga di Indonesia. Kini pertama kali kerajaan negeri terlibat melancarkan program sedemikian. Pemilihan Kg Jawa oleh kerana ianya mempunyai sumber-sumber yang berpotensi untuk dimajukan. Di sini ada air terjun, sungai, dusun, perusahaan tempatan, bukit dan sebagainya. Pengunjung boleh menyertai kegiatan seperti menorah getah, jungle Tracking, mendaki bukit dan melawat perusahaan-perusahaan setempat. Menurut Tuan Haji Yaakob terdapat 13 buah rumah yang menyertai skim Homestay. Ianya dikendalikan Ketua Pengusaha Tuan Haji Suyad seorang Nazir yang juga seorang Jurutera. Beliau berharap program ABCD pertama kali dilancarkan di sini akan berjaya dan menjadi contoh program sedemikian di tempat-tempat lain. Menurutnya kejayaan satu-satu perancangan melalui 5 tahap, iaitu discovery, Dream, design, define dan destiny. Inilah yang kita lalui dan kita berharap pengusaha di sini menerus dan memperluaskan perusahaan bagi mencapai kejayaan maksimum.

Acara perasmian dipuncaki dengan YAB Dato` Menteri Besar dijemput memecahkan salji (Ice breaking) dan mengeluarkan dokumen perasmian dengan disertai tetamu-tetamu kehormat sambil letupan-letupan kecil beriringan menjadikan suasana lebih meriah.
Berikut dari itu YAB Dato` Menteri Besar diiringi tamu-tamu jemputan melawat gerai-gerai perusahaan dan produk-produk yang ditawarkan di Homestay Kampung Jawa dan mereka juga boleh menikmati produk pada hari ini secara percuma. Antara produk ialah makanan-makanan, madu lebah tempatan, berbekam, tumbuhan dan pokok herba tempatan.

Puncak dari lawatan ialah merasmikan sebuah `Rumah Tradisi Kampung` dari papan. Lawatan di dalamnya juga dilakukan dari bilik ke bilik hingga ke dapur. Majlis pada hari ini diakhiri dengan jamuan nasi amben. Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah Homestay di sini boleh hubungi Penyelaras DN Dusun Tua – Tel. 03 9021 7219.

Sekian.

3 comments:

  1. Juga Boleh hubungi terus Orchard Homestay di homestayorchard@gmail.com

    Terima kasih atas kehadiran Tuan.

    ReplyDelete
  2. Tapi mcm mana plak terpacak bendera UMNO paling atas skali pd tiap lamp post spnjng2 jln ke Kg Jawa tu ye. Sbb tu la smpai sudah org ramai trutama juak2 UMNO me-war2kan yg prjk hmstay tu prjk UMNO. Minta YB Yaakob lebih prihatin prkara besar mcm ni takut bnda yg dikata kecik leh mnybbkan Pakatan kalah PRU nnnti

    ReplyDelete
  3. Dear anon,

    Biarlah siapa pon yang ingin pacakkan bendera apa sekali pun di Kampung Jawa.

    Projek Orchard Homestay adalah projek Kampung Jawa, diusahakan oleh orang-orang yang tidak ada kepentingan politik. Yang penting, projek ini boleh mendatangkan kebaikan ekonomi kepada orang2 kampung tidak kira apa sekali pun parti yang disokong.

    Walaupun benar projek ini disokong dan dibantu oleh Kerajaan Negeri (sekarang Pakatan Rakyat), ia tidak harus dipolitikkan sebegitu rupa.

    We believe that we are all above politics. We develop the village for the benefit of the people... the villagers. Not for any political parties.

    Salaam.

    ReplyDelete