December 22, 2011

21 Blok Sibertel Terbiar - Rosak: Pemilik Buat Aduan Kepada Adun Bangi

Taman Universiti, Sungai Tangkas, 25 Muharram = 21 Disember (Rabu):

Seramai 17 orang daripada 1,800 pemilik unit Sibertel – Asrama di Taman Universiti, untuk di sewa pelajar datang membuat aduan kepada Adun, bahawa Sibertel berkenaan terbiar dan rosak sebelum mendapat suratan milik dan pembeli-pembeli bukan saja tidak memperolehi pulangan dalam bentuk sewa bulanan, tetapi harta yang dibeli mengalami kerosakan, kerana terbiar, namun mereka terpaksa membayar pinjaman bank sepenuhnya – sebelumnya dari dapatan sewa bulanan dapat menampung bayaran. Blok-Blok Asrama adalah sebanyak 21 blok (mulai dari Blok A – U). Setiap blok mempunyai 54 unit. Keluasan bagi satu unit ialah seluas 300 kaki persegi yang boleh memuatkan 2 katil dan meja seharga pada peringkat awal Fasa Pertama RM33,600.00 & Fasa kedua selepas itu naik kepada RM36,300.

Sibertel asalnya dibina di atas tanah milik Koperasi Belia Malaysia (di bawah ABIM) yang berkesempatan memiliki hartanah di sini pada tahun 1980an. Tanah di sini seluas lebih dari 30 ekar yang antaranya dimiliki pendokong-pendokong ABIM. Dengan trerdirinya banyak pusat-pusat pengajian tinggi, antaranya German Malaysian Institute bersempadan dengan Sibertel, UKM, UNITEN, KL Universiti dan banyak lagi, maka dilihat dari segi komersil, maka didirikan asrama-asrama untuk disewa oleh pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang mau menjalankan kursus pendek atau panjang dengan menggunakan penginapan bertaraf pengajian tinggi di sini.

Sejak 1999 pihak Koperasi Belia Islam pemilik tanah membuat perjanjian jual-beli dengan Pemaju yang dikenali sebagai Bidari Ehsan Sdn.Bhd. memajukan hartanah dengan mendirikan bangunan-bangunan asrama sehingga berjumlah 21 blok (A – U). Tetapi hingga kini belum dilakukan pindah milik tanah tersebut. Bagi mendapat modal, maka pemaju menawarkan unit-unit bagi asrama sebanyak 4,500 unit itu dijual kepada orang ramai. Pada peringkat permulaan pentadbiran berjalan dengan baik. Pembeli mendapat pulangan RM280/= sebulan dan dapat membayar hutang bank yang dipinjam. Perjanjian bayaran dijangka berlangsung selama 10 tahun, tetapi selepas dua tahun, bayaran terhenti. Tempat yang pada masa majunya penuh dengan pelajar yang setengahnya disewa pengajian tinggi secara blok, tidak lagi maju dan pelajar yang tinggal makin berkurangan. Syarikat Bidari yang bankrupt telah menjual kepentingannya sekitar 2006 kepada Syarikat Inai Tropika. Hartanah dikatakan dipecah kepada 8 lot dan dua daripadanya dipindah milik kepada Inai Tropika yang mengandungi banyak kemudahan seperti Dewan, kolam renang, rumah kelab (dirobohkan) dan gelanggang sukan. Pengurusan semua hartanah ini dikendalikan oleh Inai Tropika dan mengutip sewa. Tetapi oleh kerana bebanan hutang yang selama ini tertonggak seperti cukai tanah, cukai pintu, insuran, bil air, bil letrik dan berbagai lagi tidak dapat diselesaikan oleh Syarikat Inai Tropika dan keadaan Sibertel terabai dan tidak diuruskan menyebabkan bukan saja terbiar segala peralatan termasuk wayar letrik, kipas dan berbagai alatan lagi dikopak dan dicuri oleh penceroboh.

Pihak pembeli telah berusaha menemui pihak yang berkaitan seperti MPKj, Pejabat Tanah dan Exco Perumahan, tetapi masih belum dapat diselesaikan. Mereka juga mendapat pandangan dari Shu – tan Consultant dan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam pada 1.6.2010, bahkan antara pemilik membuat laporan-laporan polis, tetapi masalah yang dihadapi mereka adalah berat dan banyak tindakan yang perlu diambil. Kecewa dengan keadaan yang dihadapi mereka, maka hari ini mereka datang membuat aduan kepada Adun Bangi, kerana Sibertel adalah berada di dalam kawasan Dun Bangi. Adun Bangi menerima mereka, bahkan mengadakan mesyuarat dengan mereka di Bilik Mesyuarat Pejabat Adun mulai jam 10.00 pagi. Dari aduan, Adun yang selama ini menjangkakan Sibertel berjalan dengan baik rupanya amat bermasalah sebagaimana diperkatakan di atas.

Dengan rasa prihatin Adun buat cadangan melawat terus ke lokasi jam 11.30 pagi. Tempat yang memang dikawal dan tidak dibenarkan masuk ini, walaupun oleh pembeli diberi kerjasama yang baik oleh pengawal bila Adun dan pembeli-pembeli mengikuti Adun masuk ke kawasan. Alangkah terkejut dan keciwa melihat bangunan-bangunan terbiar, rosak dan hilang peralatan bahkan hingga wayar letrik dikopak dan dirompak. Seorang Penjaga beberapa unit bangunan, iaitu En. Kamal yang tinggal di dalam kawasan tersebut memberitahu, ``Semua bangunan telah rosak, kecuali tiga buah saja yang masih dijaga kerana dihuni oleh penyewa-penyewa, iaitu Blok I, J & K. Blok-blok ini dihuni pekerja-pekerja Sony, Hitachi & lain-lain. Mana-mana unit yang diketahui pemilik dibayar sewa terus kepada pemilik, bagi yang tidak diketahui pemilik dipungut oleh Syarikat Inai (Ada iklan minta pemilik menghubungi pengurus/penyewa bagi pengurusan sewa). Seorang lagi penjaga En. Rau juga beri kerjasama dan memberi maklumat kepada Adun, beberapa bangunan R - U dihuni pekerja-pekerja Bangladish.

Ada satu bangunan baru didirikan untuk Latihan Membuat Roti (Bakery Ria) yang melatih antara 30 – 40 pelajar. Pelajar-pelajarnya tinggal di Blok K. Sebelumnya pelajar-pelajar Kagumas juga guna tempat ini sebagai tempat pengajaran – Kursus Masakan (Culnary) .

Dengan keadaan bangunan-bangunan yang rosak teruk dan terbiar, nampaknya sukar untuk dipulih, bahkan ditambah dengan hutang-hutang tertonggak, walau bagaimana pembeli-pembeli membuat cadangan kepada Adun:

1) Menyatukan balik tanah di bawah satu pengurusan JMB (Joint Management Bhd.). Kini dipecah kepada lapan.

2) Perlu penyiasatan bagaimana dua bidang tanah dijual oleh Bidasari kepada Inai Tropika – sebagai share holder dalam Bidasari).

3) Menyelesaikan masalah cukai tanah, cukai pintu dan berbagai bil perlu diselesaikan.

4) Berusaha untuk mendapat strata title bagi pemilik-pemilik

5) Mendapatkan pengurusan yang berwibawa.

Dalam keadaan sekarang dengan bergantung pada pemilik yang ramai dan pernah diusahakan pertemuan, tetapi gagal, agak sukar untuk diuruskan oleh pemilik-pemilik. Sebagai alternative cadangan Adun:

a) Pihak berkuasa mengambil alih kawasan yang strategik ini dengan membeli hartanah dari pemiliknya – Koperasi Belia Islam dan membayar pampasan kepada pembeli-pembeli. Kawasan ini hendaklah dijadikan pusat pengajian di bawah kerajaan negeri. Misalnya menjadikannya universiti, cawangan universiti atau kolej atau Sekolah Menegah berasrama atau tahfiz.

b) Pihak swasta berwibawa mengambil alih tempat ini dan menjadikannya sebagai pusat pengajian tinggi.

c) Pihak German Malaysian Institut mengambil kawasan berjiran dengannya ini sebagai pembesaran kampus GMI berkenaan dengan bayaran dan pampasan sewajarnya.

d) Mengekalkan tempat ini sebagai asrama berbagai kampus, tetapi diambilalih oleh pihak Kerajaan Negeri atau Persekutuan

e) Membeli tapak ini dengan kerjasama kerajaan Jepun bagi menubuhkan Japanese -Malaysian Institute sebagai pengajian dari Timur bagi mengimbangi pengajian dari Barat (German-Malaysian & French Malaysian Institute) di Bangi.

Sekian.

39 comments:

  1. Thanks to YB ADUN Dr Shafie for his attention on this matter. Hope he can help the Siberian to solve this problem which make all of us suffered and distress for so many years on this matter.

    Rgds,
    Edmund

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pada YB Dr Shafie atas keprihatinan beliau untuk membantu menyelesaikan kemelot ini, semoga dipermudahkan Allah SWT dalam mencapai penyelesaian yang memuaskan semua pihak.

    Roshidah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada rakan2 yg perihatin,ATAS dasar bersama KOBI,saya juga membuat penjaman Bank Islam..dan kini masih kena bayar Rm500.sebulan.Bila bersara amat terasa bebannya.Semoga YB dapat membantu meringankan bebanan kami yang terlibat dengan projek ini yang peringkat awalnya mahu menyokong koperasi Islam.Jazakallah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan2 yg berusaha membantu menyelesaikan masalah ini.Sebagai slah seorang yg melabor dan kini kena bayar rm.500 setiap bulan.

    ReplyDelete
  5. Ucapan berjuta2 terima kasih kepada rakan2 17 org yang berjuang untuk membela nasib pembeli2 yang teraniaya. Semoga YB boleh membantu menyelesaikan kemelut yang sekian lama ini. TQ

    ReplyDelete
  6. Thanks to YB ADUN Dr Shafie and hope to carry on to provide further assistance. Hope owners can be present on 11-Mar-2012 and the liquidator to provide us updates and what to do next. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. May i know the status update?

    ReplyDelete
  8. Just to share with All Sibeterians,Despite that JMB for all the Sibertel blocks have been established since early this year, there has been no really updates or improvement on the issue. Finally an association has been registered and formed under the name of Persatuan Pembeli Sibertel Kuala Lumpur and Selangor on 11th of December 2012. A meeting will be held soon to discuss on the next course of action. We will keep you updated once the date and venue has been finalised.Please send your name,unit and block no,tel no. and email address to benikl99@yahoo.com Please spread the word around. TQ

    ReplyDelete
  9. Salam 1 Malaysia to all Siberians. Please take note that Persatuan pembeli Sibertel will hold a day gathering for all Sibertel buyers as detail:
    DATE : 16 JANUARY 2013
    TIME : FROM 8.00A.M T0 2.00PM
    VENUE : UNIVERSITY KEBANGSAAN BANGI
    AUDITORIUM ANUAR MAHMOOD, SCIENCE & TECHNOLOGY FACULTY.
    Please bring along document to prove u own the units there.Itenary for that day are as follows:
    8.00am - 2.00pm : Registration as members of the persatuan ( all buyer are automatically a member to persatuan but to confirm your membership all buyers must fill in a form )
    9.30 - 12.30 : Taklimat Presatuan & dialogue about latest issues on Sibertel

    Penubuhan JMB tidak diluluskan oleh MPKJ so this Persatuan Pembeli Sibertel is our only hope to be a platform for us to move legally. So ALL SIBERIANS do attend the meeting and please tell others you know. TQ

    ReplyDelete
  10. Good day to all siberians,please note that meeting was held on sunday 6th of january 2013, that is yesterday instead of 16th january 2013 written up here, it could be due to typo error, we would like to apologise for that typo error. Anyway just for your updates, the meeting was held in a very cool and calm environment with more than 100 people attended with agenda went so smmothly.Congratulations to persatuan pembeli Sibertel Kuala Lumpur/Selangor for being able to start something new and quick proteam to counter back for the benefits of all buyers as JMB has been disqualified. Future meeting will be held (to be announced later). So please keep in touch in this forum. TQ

    ReplyDelete
  11. Just found this page, so missed the meeting. What's the way forward?

    ReplyDelete
  12. sila hubungi AJK melalui emel yang diberikan...


    benikl99@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  13. YB, email address benikl99@yahoo.com tu reject hantaran saya.

    ReplyDelete
  14. Saya mencadangkan agar Persatuan dapatkan semua nama pembeli dalam data persatuan.
    Adalah persatuan ini hanya utk mereka yg tinggal di Selangor dan KL je???

    ReplyDelete
  15. apa dah jadi dahhhhhhh, any update????

    ReplyDelete
  16. apa update terbaru? adun buat apa?

    ReplyDelete
  17. salam n salam sejahtera kpd semua yg terlibat. saya zulkifli b. mohd yusuff seorang mangsa pembelian sibertel baru2 ni terima tawaran dr DRAGON TWO PROPERTY CONSULTANCY untuk beli unit2 yg saya miliki. tawaran tersebut untuk RM8,000.00 seunit ada info berkenaan tawaran tersebut?saya blh dihubungi 0196224164 atau zulkifliyusuff@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete
  18. I just saw this blog today. Anymore update on the progress? Thanks

    ReplyDelete
  19. Please update us the latest info. We're waiting for years for a good news. Appreciate if anyone can update the matter.

    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW....
      Such a long waiting for the updates. Looks like nobody knows the updates :(

      Sedih memikirkan semasa proses pembelian sibertel bukan main setiap saat ada update progress.......
      bila ada masalah aje...seluruh pihak berkaitan berdiamkan diri...

      Berharap kami diberi maklumat terkini tentang Sibertel...

      Terima kasih.

      Delete
  20. Still takde progress ke? Dengar cerita tabung haji ambil alih kwsn ni. Betul ke?

    ReplyDelete
  21. Still takde progress ke? Dengar cerita tabung haji ambil alih kwsn ni. Betul ke?

    ReplyDelete
  22. Still takde progress ke? Dengar cerita tabung haji ambil alih kwsn ni. Betul ke?

    ReplyDelete
  23. Ada unit yang telah dilelong oleh Bank dengan harga RM10,000 seunit... sebab tu Property Management nak beli dgn offer RM8,000 sahaja seunit. Fikir fikirkanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelong di sykt lelong pun rm8000...tak taula laku ke tidak

      Delete
  24. ADA OWNER YANG TERIMA /accept OFFER RM8000 DARI MGMT TU KE ?

    APALAH KESUDAHAN KES INI YE ?.....

    SEDIH...

    ReplyDelete
  25. I called agent..... mereka cakap hanya 200++unit nak jual

    ReplyDelete
  26. Saya salah seorang bekas pelajar montevest/sibertek 2003,semasa dlm belajar lg sy dapati ade sesuatu yg mencurigakan didlm pihak pengurusan bidari skill dimana pembayaran yuran belajar tidak sama dgn ape yg kami ade ketika tu,seperti cas2 tersembunyi,elaun yg sepatut kami dapat tapi tidak dapat,bayaran sewa gym,kolam renang,peralatan sukan sedangkan kami tidak gunakan,dan yg paling penting sijil2 dn tesis kami ditahan oleh pihak montevest/sibertek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bekas pelajar di sana tahun 2003,saya setuju , betul tu . nak sijil SKM tahap2 saye kene bayar lagi seribu lebih baru dapat sijil SKM tu.

      Delete
    2. Saya pun bekas pelajar disana dulu tahun 2002. Saya ingat lagi lepas berhenti pinjaman bila lambat bayar makin bertambah. Sijil student yang tamat belajar tak diiktiraf. Elaun sepatutnya dapat tapi sampai ke hari ni satu sen pun tak dapat. Malah duit pinjaman jadi bertambah jika lambat bayar walaupun sebulan. Nasib baik dah settle. Memang apa yang dibayar tak setanding dengan kemudahan yang ada. Bukan semua kemudahan digunakan pun tetap dikira. Pernah sekali kami student nak gunakan kolam renang tapi dihalang oleh guard sebab tak bayar duit sebelum masuk katanya. Padahal masa pendaftaran dinyatakan charge termasuk untuk kegunaan kemudahan disitu macam kolam renang, gym, alatan sukan dll. Pengurusan tak betul agaknya sebab tu sekarang dah jadi usang. Tak ada orang nak belajar disitu.

      Delete
  27. Cari maklumat utk anak buat kerja kursus PT3 tahun ini. Tak sangka dia berminat ttg sibertel kolej. baru faham sedikit mengapa bangunan tersebut terbiar setelah kami pulang dari UK. Seronok dulu lihat ramai pelajar di situ. Harapan nya semoga ada pihak yang akan majukan dan terdiri semula kolej/ tempat pengajian di situ.

    warga Tmn U.

    ReplyDelete
  28. Salam semua. Ada status latest tempat ni?

    ReplyDelete
  29. Inside Tropika buat tawaran Sama ada Jual Pada harga rm10k atau beli rumah yang mereka nak jual pada harga rm180k.
    Maklumat Rumah yang ditawarkan tidak dimaklumkan. Pada 31 Okt 17, Akan diadakan mesyuarat di UKM.

    ReplyDelete
  30. inside tropika atau rising charm yg offer tu?

    ReplyDelete
  31. Salam semua,saya juga salah seorang mangsa pembeli apartment tersebut di harapkan jika ada apa-apa perkembangan atau perjumpaan atau mesyuarat dapatlah saudara-saudara semua menghubungi saya di 019-2673327 (Nazri)

    ReplyDelete
  32. Lps PRU 14, adun baru ada ambil tahu hal sibertel ni? Dr shafie pun mcm dah hilang arah.

    ReplyDelete
  33. hi salam semua kebelakangan ni ada update news ? tq

    ReplyDelete
  34. Salam. Ada lokasi maya lain dimana perkara ni dibincangkan?

    ReplyDelete