December 6, 2011

Jalan-Jalan Utama DI Bandar Baru Bangi Diturap

BBB, 08 Muharram 1433 = 04 Disember 2011 (Ahad):

Setelah jalan-jalan beberapa kampung di DUN Bangi diturap dengan peruntukan RM1 juta di bawah Adun dari peruntukan MARIS sejak sebulan yang lalu, maka kini beberapa jalan utama di Bandar Baru Bangi sedang diturap. Pada tengahari ini Adun memperuntukkan masa bagi melawat kerja-kerja yang dijalankan bagi menurap beberapa jalan penting di sini secara serentak. Ini bererti dengan menggunakan banyak mesin penurap yang banyak dengan sejumlah lori yang berjejar menunggu giliran mencurah batu-batu berturap di jalan-jalan.

Adun sempat bercakap dengan seorang Penyelia Penurapan jalan, iaitu Encik Ruhaizat. Adun bertanya, ``Syarikat manakah mengurus penurapan yang agak banyak tempat dan hampir serentak kerja-kerja yang dijalankan ?`` Encik Ruhaizat menjawab,
``Di bawah pengendalian Kumpulan Perangsang, Negeri Selangor.``
Bila ditanya, tentang jumlah peruntukan, ``Beliau tidak dapat memberi jawapan tepat, menurutnya, ``Ini adalah sebahagian dari projek yang banyak di Bangi,`` Tapi menurutnya, ``Sudah tentulah untuk projek ini saja beberapa juta ringgit.``
Kami melawat jalan yang sedang diturap adalah:

1) Jalan hadapan Shell, memanjang dari Pejabat TNB ke Seksyen 16

2) Jalan masuk ke Seksyen 3 bersebelahan Stesen Petronas
3) Round About ke UKM – BBB

4) Berhadapan Seksyen 2 ke Syeksyen 4
5) Berhadapan Seksyen 4 – Jubli Perak

Kita mengharapkan dengan penurapan jalan-jalan ini lebih memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna, lebih-lebih lagi penduduk BBB.

Sekian.

No comments:

Post a Comment