December 14, 2011

MPKj & PKNS Tidak Peka Dengan Kritikan Di Dewan Negeri, Adun Terpaksa Mengeluarkan Peruntukan Membersih Kawasan Perumahan Jubli Perak, BBB.

BBB, 14 Muharram = 10 Disember (Sabtu):
Perumahan pangsa 8 blok, sekseyen 4, BBB yang dikenali sebagai `Rumah Pangsa Jubli Perak` adalah satu kawasan bermasalah dari segi kebersihan. Keliling kawasan perumahan ini naik tumbuh hutan-hutan, di laman tumbuh lalang dan di merata bersepah dengan sampah dan kotoran. Bangunan-bangunan juga tidak terjaga dari segi kebersihan. Bayaran pengurusan pada asalnya dikendali oleh PKNS, tetapi tugas ini diserah kepada pentadbiran penduduk. Oleh kerana masalah pungutan bayaran untuk pembersihan tidak dilangsai, maka pengurusan pembersihan terbengkalai.

Masalah kebersihan, semak samun dan kotoran di Kawasan Jubli Perak, Seksyen 4 yang berkedudukan di tengah-tengah BBB dan di tepi jalan utama dari Bulatan Fasa 4 (Pesiaran Pekeliling) ke Bulatan Pesiaran Universiti telah pernah dibawa ke PKNS dan mesyuarat-mesyuarat MPKj. Tetapi apa yang dijawab oleh MPKj, bahawa kawasan itu di bawah PKNS yang belum diserahkan kepada MPKj dan apabila perkara ini dibawa ke PKNS, maka dijawabnya pula, kawasan itu di bawah MPKj dan bukan tugas PKNS. Akibatnya kawasan tersebut bertahun-tahun terbiar. Kelilingnya ditumbuhi hutan, kawasan dipenuhi lalang dan laman-laman dipenuhi kotoran. Setiap kali lalu melewati kawasan perumahan ini amat sakit mata memandang. Lebih dari itu keadaan bermasalah menjadi cemuhan dan cacian – Bangi Bandar Bersih ?, tetapi hakikat sebenarnya `Bangi Bandar Kotor !`, semak samun dan hutan.

Pedih dengan cacian dan sindiran, perkara ini dibawa ke dalam Dewan Negeri. Maka dalam ucapan Adun di Dewan Negeri Selangor pada 14 November 2011 (Isnin) bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Kedua Belas Tahun 2011 pada 09 – 18 November 2011 di dalam ucapan Adun membahaskan Enakmen Perbekalan 2012 yang memakan masa lebih kurang setengah jam itu Adun menyinggung tentang masalah kebersihan di Perumahan Jubli Perak, Seksyen 4:

``Telah banyak dibuat aduan berhubung dengan kawasan hutan dan semak samun yang ada pada dia ni di Bandar Baru Bangi, antaranya maaf (minum air – kering tekak), kawasan Jubli Perak ya. Ini disebabkan sebagai satu kawasan tak bertuan. Dikatakan di bawah pengurusan PKNS, aduan dibuat kepada PKNS, PKNS menjawab bukan kawasan dia, ia dikatakan kawasan MPKj, apabila dibuat aduan kepada MPKj, MPKj juga menafikan ia kawasan jagaannya. Yang nyata kawasan Jubli Perak adalah kawasan semak samun dan hutan yang memalukan yang berada di tengah-tengah Bandar Baru Bangi.`` (Dari hanserd).

Apa kesan dari ucapan itu ? Tak ada apa kesan. Dewan yang terhormat tidak dihormati sama ada oleh MPKj atau PKNS. Tiada tindakan dari MPKj kepada ahli ambil tindakan atau dari PKNS kepada pekerja-pekerja. Kadang-kadang kita bertanya apakah faedahnya Adun-Adun membuat penyelidikan dan persediaan, membuat pertanyaan lisan dan tulisan, berucap dan berbahas dalam berbagai-bagai perkara, tetapi dari Dewan Yang Mulia itu tidak diambil perhatian. Apakah faedahnya pegawai-pegawai kerajaan negeri dari yang atas kepada yang di bawah diminta datang ke Dewan Negeri, jika setakat mendengar, tetapi tidak disusuli dengan tindakan. Kedatangan mereka, bahkan semua, jika berbahas di dalam Dewan Negeri sekadar menunjukkan kepetahan bercakap, tetapi Kedatangan semua semata-mata datang sebenarnya menghabiskan masa, tenaga dan kewangan negeri.


Frust dengan situasi sedemikian secara berterusan dan setelah sebulan sidang berlalu, kawasan Perumahan Jubli Perak makin tinggi dengan lalang, makin lebat dengan hutan dan makin bertambah kotoran, maka setelah melalui mesyuarat sebelumnya, maka Adun sanggup mengeluarkan peruntukan Adun yang sepatutnya dilakukan oleh MPKj atau PKNS (duit ini sepatutnya Adun boleh guna untuk kepentingan lain), sejumlah RM4,000 untuk operasi pembersihan hari ini di kawasan Perumahan Jubli Perak. RM900/= untuk membeli sebuah mesen pemotong rumput, RM2,100/= untuk pelancaran gotong royong dan upah pekerja-pekerja yang memotong kayu-kayu hutan sebelum ini. Baki RM1,000/= untuk upah pekerja yang membersih kawasan secara mingguan atau dwi-mingguan pada masa akan datang.

Pagi ini adalah Majlis Pelancaran Gotong Royong dan juga penglahiran rasa tidak puas hati terhadap sama ada MPKj atau PKNS yang mengabaikan kebersihan di kawasan ini. Hadir ke majlis pelancaran pagi ini selain dari Adun, ialah saudara Abu Bakar selaku Penyelaras gotong royong, saudara Agus yang mengetuai penduduk setempat dan sejumlah penduduk lelaki, perempuan, tua muda dan anak-anak lebih kurang 70 orang.

Sebelum gotong royong majlis pelancaran ringkas diadakan. Adun berucap.

Bahawa Adun tidak lagi dapat menunggu tindakan baik dari pihak MPkj atau PKNS, sedang sungutan orang yang lalu dan menyampaikan masalah hutan dan kotoran kepada Adun dan penduduk sendiri tidak lagi tertanggung, maka dengan sebab demikian Adun mengambil keputusan mengeluarkan peruntukan bagi operasi pembersihan sebelum ini dan gotong royong hari ini. Terima kasih kerana penduduk di sini memberi respond yang baik dengan keluar untuk bergotong royong. Jika ada tempat tidak bersih hasrat kita mau menjadikan BBB sebagai Bandar Bersih adalah terjejas. Adun fikir tidak ada siapa yang mau kawasan dan perumahannya semak dan kotor sebab itu saudara saudari sanggup turun untuk bergotong royong pada pagi ini. Untuk makluman operasi bersih kita tidak akan lakukan pada hari ini sahaja, bahkan kita memperuntukkan sebahagian dari kewangan untuk beberapa pekerja bekerja secara upah mingguan atau dwi-mingguan dan sekali sekali diadakan gotong royong. Dengan membersihkan kawasan, laman dan rumah kita memberi kelegaan pada mata dan minda dan meningkatkan kualiti kebersihan dan kesihatan dan ini mebahagiakan kita dan insya Allah dapat mengelak dari penyakit seperti denggi dan sebagainya. Ini bermakna inasya Allah dapat memanjangkan hayat dalam keadaan sihat.

Selepas ucapan Adun Bangi menyerahkan Mesin Pemotong Rumput yang baru dibeli, bahkan selepas minum Adun yang memang biasa menggunakan mesin seperti ini turut ambil bahagian memotong rumput dengan mesin berkenaan. Jamuan untuk peserta disediakan. (Tambahan – Selepas gotong royong keadaan berubah, hutan tebal dapat diranap, semak samun dibersih dan kotoran dapat dibasmikan- Al-Hamdulillah, Terima kasih kepada semua.

Sekian.

2 comments:

  1. Bahu jalan sekolah Ren Jln 4 BBB berhadapan rumah banglo tidak dipotong olih MPKJ kontractor.
    2 kontractor bertelagah siapa yang patut membersih. Kakitangan MPKJ lalu lalang tapi tak ambil tindakan.
    Tolong check kontractor mana yang malas buat kerja.
    Disebabkan minggu persekolahan akan bermula saya yang perhatin 4 hari memotong rumput lalang yang setinggi 5 kaki dan memotong pokok liar juga membakar.

    ReplyDelete
  2. Bahu JLN Sek Ren Jln4, ke section 3 Bandar Baru Bangi tiada kontraktor potong rumput.Kontraktor sedia ada tak nak potong rumput.
    Rumput lalang > 5 kaki terpaksa dipotong sendiri olih ZainalOne dengan ongkos sendiri sampai melecet tangan.
    Kakitangan MPKJ lalu tapi tiada tindakan.
    JANGAN SALAH POKOK, RUMPUT, ULAR,NYAMUK,MASYARAKAT SEKIRA APA TERJADI SEPERTI CONTOH BANJIR DIKAJANG

    ReplyDelete