Banjir terakhir yang agak ketara, ialah pada tahun 2008 dalam mana kawasan lembah di tepi sungai Bangi menenggelamkan kawasan perumahan di belakang Bangi Villa. Selepas itu usaha membersih Sungai Langat dari Kajang ke Pekan Bangi dilakukan, manakala di Kajang, Sungai Jeluk yang melalui Bandar Kajang dibenteng, maka cerita banjir tahunan sepi beberapa tahun baik di Kajang maupun di Pekan Bangi. Beberapa sungai kecil juga diperbaiki. Misalnya Sungai Tangkas yang selalu banjir melempah ke rumah di tepian Sungai Tangkas di atasi dengan membuat benteng bagi mengawal lempahan Sungai Tangkas itu sendiri.
Namun pada petang Jumaat hari ini, hujan agak luar biasa lebat. Adun yang berada di pejabat dengan urusan biasa, pada jam 4.00 petang menerima telefon dari Mak Cik Sa`diah bt. Abidin yang tinggal di lembah pinggiran Sungai Tangkas, memaklumkan air Sungai Tangkas di pinggiran rumahnya mulai lempah ke kawasan rumahnya.Adun meminta beliau bersiap dan selamatkan dokumen-dokumen penting. Dengan maklumat pertama yang Adun anggap sebagai biasa. Adun hanya menyampaikan nasihat dan buat arahan sekadar yang perlu.
Tetapi selepas asar, Adun terima maklumat dari Mak Cik Saadiah yang air mulai masuk ke dalam rumahnya dan memaklumkan juga 2 buah kereta yang menyewa rumah (2 pintu) berhampiran rumahnya tak sempat dibawa keluar dan digenangi air separuh tenggelam. Dengan demikian Adun bertolak bersama dua pengiring semasa hujan masih sedang lebat ke rumah di lembah Sungai Tangkas di kiri jalan menuju ke Surau Al-Hidayah. Tiba orang sederhana ramai sedang memerhati keadaan limpahan sungai. Di dapati rumah Mak Cik Sa`diah yang paling hampir dengan sungai, sudah dimasuki air, sedangkan dua pintu rumah sewa di kanan rumahnya juga ditenggelami air. Kereta yang tak sempat dikeluarkan juga tenggelam banjir. Anak-anak dan cucu Mak Cik Sa`adiah sama-sama mengawasi barangan dalam rumah dan menyelamatkan yang sempat diselamatkan. Selain daripada itu Mak Cik Sa`diah dan penghuni di sebelah rumahnya iaitu, En Hanafi bin Abdul Aziz - anaknya terus mengawasi keadaan. Setelah jam enam, selepas menghulurkan bantuan kepada Mak Cik Sa`diah, dan anaknya En. Hanafi kami pulang ke pejabat.
Jam 6.30 petang Adun menerima maklumat dari Tuan Haji Zakaria yang kawasan lembah kampong Bangi, dibelakang Bangi Villa juga mengalami banjir – termasuk kawasan rumahnya. Adun juga terima maklumat dari Sdr. Ari Krishnan memaklumkan banjir di Pekan Bangi berkenaan. Adun minta Tuan Haji Zakaria mengawasi perkembangan di kawasannya yang juga kawasan rumahnya. Jika banjir membesar dan jika bermasalah, Adun harap hubungi Adun.(Tiada hubungan dibuat selepas itu).
Sementara itu selepas Maghrib, Adun menghubungi sdr. Azizi di Kajang Utama, memaklumkan beberapa tempat telah banjir dan bagaimana dengan keadaan di Kajang. Adun meminta Sdr. Aziz kiranya ada waktu lapang, kemungkinan beliau boleh melihat Kajang, yang maklumat melalui media letronik memaklumkan bahawa Bandar Kajang sendiri mengalami banjir. Sdr. Azizi setuju keluar – Adun terpaksa ke Lapangan terbang menjemput anak pulang dari persidangan mengenai perubatan di
Adalah difahamkan banjir mengejut ini, kerana hujan lebat secara luar biasa, menyebabkan Sungai Jelok, Sungai Tangkas dan Kampong Bangi tidak dapat menampung saliran air secara normal, menyebabkan berlaku banjir kilat, juga banyak berlaku kerosakan harta benda. Kami akan mengambil tindakan lanjut.
Sekian.
No comments:
Post a Comment