December 7, 2011

Jika berumah di tanah lembah, Tidak sunyi dari ancaman bah, Bila berumah pula di atas bukit, Tanah runtuh jatuh menghimpit.

Bukit Mewah, 11 Muharram 1433 = 07 Disember 2011 (Rabu):

Demikianlah masalah yang dihadapi penduduk di Dun Bangi dan aduan yang diterima Adun. Selepas hujan lebat luar biasa pada Jumaat 2 Disember lepas, masalah demi masalah timbul. Berikut dari hujan lebat banjir mengejut berlaku di Kajang dan Bangi menenggelamkan rumah, kenderaan dan barang-barang. Adun dan pembantu-pembantu turun membuat lawatan dan penilaian di Lembah Mewah, di Kajang Baru aduan tembok runtuh diterima pada Isnin 5 Disember dan membuat lawatan dan didapati pembinaan tembok tinggi projek perumahan Ara Asa Sdn. Bhd. didapati merbahaya, kerana berlaku keretakan pada tembok belum pun projek siap. Adalah dibimbangkan berlaku keruntuhan, khususnya apabila perumahan dihuni.

Pada petang semalam (Rabu 6 Disember) menerima maklumat berlaku keretakan dan pergerakan tanah yang serius di Bukit Mewah. Pada petangnya Adun bersama sdr. Azizi mendaki Bukit, bersebelahan Balai Bomba, tapi terus naik ke atas melalui Jalan Sebelah Kelab Kondo Mewah dan membelok ke kanan dan ke atas dan menurun ke bawah dan ke kiri mencari lokasi tempat tanah rekah. , kami sampai ke lokasi kawasan berkenaan iaitu di Jalan 13A, Jalan Mewah, Kajang kami sampai ke lokasi sebenar.

Semasa ketibaan, kami dapati ramai orang menunggu, termasuk pegawai dari MPKj, Ikram, Jabatan Kerjaraya, Polis, Pemberita dan penduduk setempat yang sama datang melihat. Adun melihat jalan dari Kondo Mewah di sekat di bahagian atas dan bahagian bawah dengan tali berbelang yang melarang membuat laluan. Bahagian tengah jalan di atur beg-beg pasir di semin sebelah atas, agar jika berlaku hujan dapat disekat dari mengalir ke bawah memasuki rekah. Untuk mempastikan seriusnya rekahan, Adun mengangkat tudung plastik yang memanjang itu dan kelihatan rekahan hampir sekaki tinggi dari sebelah bawah yang sudah menggelincir turun. Pekerja-pekerja buruh terus membancuh semin untuk menambahkan semin hadangan, manakala di bahagian parit dibersih dan diangkat halangan.

Sebarang rekahan bukan saja boleh mengancam rumah-rumah di kanan menurun jalan dan dua dari penghuni rumah telah berpindah, tetapi boleh mengancam berpuluh rumah d teres di bahagian bawah. Kawasan ini sebenarnya mempunyai kes tanah bergerak dan rumah retak sejak 1990an, usaha membaikpulih dilakukan, tapi tidak sepenuhnya pulih. Selama ini ada didapati saliran air bawah tanah dan menitis berterusan ke tepian rumah di bawah. Retak berlaku dua deret perumahan yang jumlah rumah 20 buah.

Sebahagian besar rumah-rumah berkenaan telah dikosongkan dan usaha memulihkan dilakukan dengan memakan kos yang agak tinggi. Manakala beberapa rumah banglo di atas pernah mengadu berlaku keretakan dan diperbaiki. Dari pemerhatian yang sempat Adun buat didapati ada berlaku keretan tembok, renggang dinding dan penurunan struktur yang menandakan berlaku pergerakan tanah.

Adalah difahamkan sementara keputusan dan tindakan diambil oleh pihak berkuasa, pihak Polis menetapkan sejumlah kakitangannya mengawal tempat berkenaan untuk mempastikan keselamatan dan cuba mengelak dari berlakunya kerosakan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment