BBB, 6 Muharram 1433 = 2 Disember 2011 (Jumaat):
Dalam kehangatan Persidangan Agung Umno kali ini terdengar gesaan agar BN menawan kembali Negeri Selangor yang telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya Mac 2008 yang lepas. Sememangnya kehilangan Selangor dari BN merupakan pukulan yang teruk yang mengganggu kemahuan dan kelicinan pentadbiran Kerajaan BN pada peringkat Persekutuan. Terlepasnya Selangor bererti terlepasnya dinamika ekonomi dan pusat sumber industri penting Persekutuan yang berada di Selangor – termasuklah pelancongan. Banyak kemahuan Kerajaan Persekutuan BN di Selangor terhalang, contoh menggerakkan kemasukan modal luar perlu berbaik dengan Selangor, kerana tiada tempat lain – termasuk koridor-koridor yang diwujudkan tidak semampu Selangor, mahu menggerakkan sektor pelancongan terpaksa berunding dengan Selangor dan mahu membawa masuk air dari Pahang ke Selangor tergantung, kerana Selangor masih tidak perlu, kerana cukup dengan sumber air yang sedia ada, maka terkapai dan rugilah syarikat yang menjangka besar keuntungan akan didapati dengan pengaliran air dari Pahang ke Hulu Langat, Selangor.
Mahu tawan Selangor? Dato' Seri Najib Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor membuat lawatan ke Selangor dan dituruti juga oleh Tan Sri Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri. Apakah tawaran yang dibuat terhadap negeri Selangor? Tiada yang memberi kesan dan impak ketara dari segi lawatan. Tiada pula harapan berkobar-kobar dari rakyat terhadap pemimpin-pemimpin kerana rakyat merasa dinamika pentadbiran dan kemajuan ekonomi yang ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat banyak membawa pembaharuan dan cukup selesa. Mereka seperti tak kisah. Timbalan Perhubungan Umno di negeri Selangor yang agak bengis dan keras itu juga lebih banyak menyerang daripada memberi perancangan bakal mereka laksanakan.
Mampukah mereka mahu tawan Selangor? Mendengar serangan dalam persidangan dan gesaan agar BN kembali berkuasa di negeri terkaya di Malaysia itu sebenarnya lantang di luar gelanggang dan tidak berkemampuan di dalam gelanggang! Gelanggang seorang Ahli Dewan Negeri ialah menjalankan fungsinya sebagai seorang wakil rakyat- bercakap di Dewan membahas, mengkriktik dan menyampaikan buah fikiran yang bernas dan membina. Adakah fungsi ini dijalankan oleh adun-adun dari BN? Tidak sebagaimana diharapkan sebagai ahli Dewan. Sesiapa yang sering mengikuti Sidang Dewan Negeri Selangor dapat melihat betapa ahli-ahli Dewan Negeri dari BN hanya hadir pada sebelah pagi dan berkurang dengan banyaknya pada sebelah petang dan sebahagian dari mereka tidak hadir langsung. Mutu perbahasan dari pihak mereka jauh ketinggalan. Bacalah hanserd sebagai bukti. Kita berani membuat kesimpulan tahap pendidikan dan IQ mereka berbanding dengan kalangan pihak pemerintah jauh ketinggalan. Biasanya untuk menarik perhatian khalayak dan media, mereka bukan mengemukakan hujah dan idea yang bernas, tetapi mencari peluang untuk berbalah dan bertekak dengan Tuan Speaker dengan harapan mereka dihalau dari Dewan dan esoknya mendapat publisiti dari media yang biasanya bersifat berat sebelah!
Adun Bangi yang pernah berada di Dewan Negeri sebagai pembangkang dan berada di pihak Kerajaan mendapati perbezaan yang jelas. Semasa di bawah BN, Sidang Dewan biasanya singkat. Pernah ditamatkan dalam sehari. Peluang untuk bercakap untuk pembangkang amat terhad dan kalau dapat dihadkan masa sekadar antara 5 – 10 minit. Tuan Speaker Kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih bermutu di dalam menyusun dan mengendalikan sidang. Menghadiri sidang bagi pemerhati-pemerhati lebih menarik untuk datang dari semasa di bawah BN dahulu – kerana mutunya.
Pada masa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat bajet tahunan makin bertambah dari tahun ke tahun dan kini meningkat ke RM1.7 bilion satu jumlah yang tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan BN di Selangor. Pada masa Dewan Negeri di bawah BN mana ada dibicarakan hasil pasir sebagai sumber kerajaan negeri yang kini di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat makin bertambah. Tidak pernah ada pada masa BN misalnya Merakyatkan Ekonomi Negeri dan tiada pelbagai skim yang kini diwujudkan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Pemerintahan Pakatan Rakyat menunjukkan keberanian meluluskan pelbagai akta yang selama ini tidak dilakukan oleh BN seperti mementingkan Ketelusan dan Kebebasan Maklumat menggunakan SELCAT dan sebagainya. Kita kira rakyat arif membezakan antara yang kaca dengan yang intan di dalam memilih kerajaan akan datang.
Kembali kepada Persidangan Agung Umno, kita melihat Umno yang berdepan dengan rakyat multirasial, terutama rakyat negeri Selangor, dari tahun ke tahun masih terkongkong dan tidak keluar dari kepompong bercakap kepada khalayak Melayu, membela Melayu, Melayu terancam dan sebagainya – pada hal mereka yang memerintah dan kadang-kadang percakapan melukai hati kaum-kaum lain, lupakan Umno sebagai komponen BN, mereka memerlukan sokongan bukan Melayu. Di manakah kebijaksanaan dan kewarasan yang seharusnya percakapan dan polisi seharusnya melibatkan semua rakyat Negara ini yang berbagai kaum itu? Sebenarnya pisau dan jentera di tangan mereka, apakah yang mereka lakukan lebih dari setengah abad peluang bagi mereka mengadakan perubahan dan kemajuan bagi Negara dan rakyat Malaysia!
Sebenarnya dari masa ke semasa mereka mencari slogan dan retorik baru untuk mengaburi mata rakyat. Dari Satu Malaysia yang sudah kurang mujarabnya, selain dari lambang itu tersemat dibaju dan diusung ke sana sini. Kini kononnya ditemui istilah baru yang sebenarnya tidak baru (Istilah dalam Qur`an, ummatan wasatan) diciplak dan dijaja di tengah masyarakat yang kononnya pendekatan baru BN dan kononnya diangkat ke peringkat antarabangsa – bukan asli dari BN. Mutakhir ini dalam Persidangan Agung kali ini ditonjolkan istilah bukan baru, tetapi baru bagi Umno, khususnya bagi Pemuda – Transformasi masyarakat atau hanya bagi Umno, mengapa baru sekarang baru hendak ditransformkan masyarakat, tidak sebelum ini? Bagaimanakah acuan transformasi dinamikanya?
Kita berpendapat rakyat lebih faham, terutama bagi golongan muda dan mereka yang berpelajaran tentang budaya dan watak pimpinan Umno yang setiap kali sidang berulang-ulang menghangatkan isu lama untuk menarik perhatian perwakilan dan pemerhati agar memberi perhatian. Tetapi dalam sidang kali ini, selain dari menghangat isu lama, dari buih-buih kebasian terserlah kebimbangan yang amat sangat terhadap penentuan yang akan dihadapi di dalam pilihanraya ke-13, lantaran itu terluah dari kepimpinan kata-kata bahawa pilihanraya ke-13 adalah bukan seperti biasa, amat kelainan dan sengit dengan cabaran.
Dari cabaran ini kelihatan apa yang disuarakan mahu tawan Selangor tenggelam di dalam kebimbangan, tetapi mungkin menjadi sebaliknya dalam mana sebahagian dari benteng mereka akan runtuh dan tertawan!
Sekian.

No comments:
Post a Comment