December 20, 2011

Mereka Hargai Kunjungan Walaupun Tak Seberapa Bantuan

Lembah Mewah & Kg. Kelapa, 22 Muharram = 18 Disember (Ahad):

Kunjungan kami bagi siri terakhir bantuan dari Lajnah Kebajikan secara mengejut ke Kg. Kelapa, tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu, menyerlahkan kemesraan mereka terhadap kami. Perumahan di Kg. Kelapa dihuni 13 keluarga yang perumahan mereka berhampiran Lembah Mewah. Kajang. Rumah-rumah di sini paling teruk dilanda banjir. Tempat pertemuan dua muara Sungai (Sungai Jelok & Bukit Mewah). Bahagian bawah beberapa rumah banglo di sini tenggelam, manakala rumah-rumah banglo setingkat dan rumah setingkat bersambung lain teggelam hingga ke cucur atap. Mereka menyelamatkan diri ke pinggir bukit berhampiran. Kami telah datang melawat pada 4 Disember membuat penilaian kerosakan selepas berlaku banjir pada 2 Disember.
Pada jam 11.30 pagi ini kami beberapa orang dari Lajnah Kebajikan termasuk Hj. Rushdi selaku Ketua Lajnah Kebajikan datang secara mengejut, tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Kami menekan loceng dari luar pagar. Seorang India, Lawyer bersama isteri dan anaknya datang menemui kami dipintu pagar. Kami memaklumkan kehadiran untuk menyampaikan bantuan dan tak perlu ke dalam. Mereka secara mesra menerima walaupun sekadar sekampit beras, sesampul duit seratus ringgit dan satu beg bahan makanan & maklumat. Sesungguhnya dengan kerosakan yang teruk tidak sepadan sebagai bantuan. Kata Lawyer, ``Nilainya bukan pada jumlah, tapi penghargaan kerana menziarah.`` Beliau menambah, ``Yang lebih penting ialah memperbaiki longkang dan mendalamkan sungai, supaya masalah banjir dapat di atasi.``. Kami janji perkara berkenaan akan dibawa ke atas. Respond yang sama kami terima bila menziarah rumah keluarga Cina yang agak senang dan beberapa rumah banglo yang lain. Selepas menziarah 5 buah rumah, kami ke rumah teres yang didiami 8 keluarga yang kebanyakan keluarga India, di samping seorang dua Cina. mereka beritahu kepada semua keluarga supaya keluar menemui kami dan kami menyampaikan bantuan kepada mereka seorang demi seorang. Kemudian dengan gembira kami beramai-ramai bergambar.

Sebelum daripada itu Adun bersama Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan dan AJK-AJK yang lain tiba dengan muatan beras dan barang-barang bantuan penuh satu kereta Hilux bagi disampaikan kepada penduduk-penduduk di kawasan perumahan Lembah Mewah. Majlis Penyampaian dilakukan di Pekarangan Surau Al-Hidayah di sini. Hadir bersama ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, saudara Adram Musa Ahli MPKj, Tuan Haji Yusof Ketua Cawangan, Tuan Haji Hanafi Nazir Masjid Kajang Tuan Haji Sabli Pengerusi Surau An-Naim, En. Abdul Aziz Ketua Kampong di sini, AJK-AJK dan penerima-penerima bantuan seramai 50 orang.

Encik Abdul Aziz sebagai Tuan Rumah berucap mengalu-ngalukan para hadirin dan memaklumkan tentang banjir dan pendaftaran. Saudara Adram bila dijemput menyebut bahawa akibat banjir kerosakan berlaku, Beliau berjanji akan membawa persoalan banjir dan kerosakan ke pihak MPKj, supaya tindakan membaiki dilakukan. Adun bercakap bahawa, pada 2 Disember beliau menyaksikan banjir di Sungai Tangkas diikuti dengan ziarah pada 4 Disember ke kawasan Lembah Mewah dan Kg. Kelapa dan kemudian ke Sungai Tangkas pada 9 Disember. Hasil dari penyaksian dan penilaian Adun dapati, mereka perlu dibantu. Kami berusaha mencari peruntukan bagi sejumlah penerima dan pada hari ini turut sama YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Apa yang kami sampaikan menurut Adun Bangi tidak sebanyak kerugian yang dialami oleh penduduk. Bantuan adalah menandakan simpati dan berharap penduduk berpuashati. YB Teo Nie Ching yang tiba sedikit lewat melahirkan dukacita di atas peristiwa banjir, dan berharap penduduk bersabar. Beliau mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap rakyat negeri Selangor. Berbagai-bagai skim diadakan, termasuklah kepada warga Emas, Tawas, air percuma, anak masuk universiti dan berbagai lagi. Menurut YB Teo Skim-skim seperti ini akan diteruskan, kiranya rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian bantuan oleh Adun Bangi, YB Teo Nie Ching dan saudara Adram dan majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment