December 16, 2011

Membentuk Generasi Al-Qur`an

Kajang Utama & Bandar Baru Bangi, 15 Muharram = 11 Disember (Ahad):

Adun masih ingat pada bulan Ramadhan 1431 Adun merasmikan penubuhan Kem Remaja Muhajirin (KaRIM) di Surau Al-Muhajirin dan memakaikan mereka dengan uniform direka khas oleh Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin. Mereka sesama remaja bertadarrus pada bulan Ramadhan, bahkan bagi yang baik membaca al-Qur`an diberi peluang menjadi imam memimpin jamaah samada solat fardu atau tarawih. Kelab KaRIM ini nampaknya terus hidup dan bergiat aktif sejak dari penubuhan hingga kini. Antara objektif KaRIM ialah:


  1. Membantu ibu bapa dan masyarakat di dalam pendidikan anak-anak menurut perspektif Islam.
  2. Menanam rasa cinta dalam kalangan remaja untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.
  3. Membantu menyediakan alternative kepada remaja untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
  4. Memupuk ukhuwwah Islamiah dalam kalangan remaja
  5. Memberi pendedahan dan kefahaman Islam yang syumul ke dalam jiwa remaja

Sepanjang penubuhannya berbagai aktiviti dijalankan oleh KaRIM antaranya:

  1. Mengadakan Qiamullail dan Muhasabah Diri
  2. Mengadakan gotong royong
  3. Bengkel Ilmiah di kalangan pelajar
  4. Seminar motivasi
  5. Kelas al-Qur`an
  6. Perkhemahan
  7. Usrah Remaja
  8. Lawatan dan ziarah
  9. Diskusi Ilmiah
  10. Kem
Remaja menjadikan surau tempat mtelaah pelajaran dan perbincangan, khususnya bila dekat dengan peperiksaan.

Hari ini KaRIM mengadakan aktiviti Khas iaitu `Memahami Dan Menghayati al-Quran`dengan membaca, menterjemah dan merujuk kitab-kitab tafsir bagi memahami kandungan al-Qur`an di bawah bimbingan guru pakar. Program berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Seramai 80 remaja dari sekitar Kajang Utama menyertai KaRIM pada kali ini. Yuran dikenakan sebanyak RM1.00 sahaja bagi setiap peserta. Adun dijemput bagi merasmikan program KaRIM berkenaan. Adun di dalam berucap untuk perasmian memuji Presiden KaRIM Saudara Mohd. Nizam bin Hussain mengadakan aktiviti bagi membentuk generasi al-Qur`an. Aktiviti sedemikian menurut Adun Bangi, ``Menambahkan kemanisan dan kekhusyukan beribadat, kerana dengan membaca atau mendengar bacaan kita dapat memahami maknanya. Adun kagum kalangan remaja sendiri mengadakan kegiatan secara kreatif dan menarik dan mengharapkan kegiatan seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Hadir sama ke dalam Majlis Perasmian ialah Tuan Haji Abdul Razak bin Abdullatif Timbalan Pengerusi Surau al-Muhajirin Kajang Utama, saudara Azman dan beberapa yang lain.

Sementara itu pada tengaharinya Adun ke Council Home - Blok B, Seksyen 16 BBB bagi menghadiri Program Ramah Mesra Kelas Pengajian al-Qur`an. Beberapa orang tenaga membimbing pengajian al-Qur`an di sini seperti saudari Aisyah dan beberapa kawannya. Pengajian dan perasmian berlangsung dibilik bawah dalam mana 30 pelajar sama mengikuti pengajian al-Qur`an menurut kaedah biasa. Sebelum daripada ini pihak Pengurus Kelas Al-Qur`an. Memohon peruntukan kerusi-meja bagi satu kelas dari Adun dan melalui mesyuarat dipersetujui dan hari ini kerusi-meja berkenaan dapat digunakan. Dalam ucapan ringkas bagi merasmikan majlis Adun berharap melalui kelas yang dianjurkan diharap pelajar-pelajar yang mengikutinya dapat membaca al-Qur`an dengan baik dan dapat menghayati dan menyempurnakan ibadat. Turut hadir dalam Majlis Perasmian Puan Zuryati Yasin Ketua Muslimat Pas Serdang. Adun mendoakan berkat dari pengajian al-Qur`an semua mendapat Hidayah dan Berkat dari Allah. Insya Allah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment