December 8, 2011

Pesta Bola Sepak Bawah 12 Tahun Merebut Piala Pusingan Adun

Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB, 8 Muharram = 4 Disember (Ahad):

Pejabat Adun Bangi buat pertama kali menganjurkan Pesta Bola Sepak 7 sebelah Bawah 12 tahun dengan kerjasama Pas & Pemuda Kawasan, Masjid Teras Jernang & Ahli Majlis MPKj. Pertandingan berlangsung di Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB. Pihak Lajnah Sukan Pejabat Adun berjaya menarik penyertaan sebanyak 24 pasukan yang keseluruhannya dari Dun Bangi, kecuali satu pasukan dari Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pertandingan berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berterusan hingga jam 6.00 petang.

Antara daya tarikan bagi pelajar-pelajar yang di dalam cuti Sekolah itu ialah hadiahnya yang agak lumayan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan dan dikehendaki semuanya dimenangi ialah:

1) Johan hadiah berjumlah RM700.00

2) Naib Johan RM500.00

3) Ketiga RM300.00

4) Keempat RM100.00

Pingat disediakan bagi:

a) Penjaring Terbanyak

b) Pemain Terbaik

c) Penjaga Gol Terbaik

d) Pertahanan Terbaik

Antara beranika nama pasukan yang menyertai ialah:

Adi Mega Junior
Baki Har
Real Soccer Kids
Semarak Rovers
Strike Forces Section
Kawasan Didik

Cara pertandingan pada pusingan awal adalah secara liga dan bagi pusingan kedua (Johan dan Naib Johan Kumpulan) secara kalah mati dan Final ialah dua kumpulan yang melayakkan ke peringkat akhir. Pasukan yang menang menjadi Johan dan yang kalah Naib Johan. Pemenang (Johan) menerima Piala Pusingan.

Hadir bersama dalam Majlis Perasmian selain dari Adun Bangi, ialah Saudara Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan Kabinet Mini Adun Bangi yang juga sebagai Penasihat, Pengerusi saudara Salah bin Abdullah, Pengarah saudara Zulkifli Ahmad. Ketua Pengadil (Apex) adalah yang standard dan dijemput dari luar.

Dalam ucapan perasmian Adun mengucap syabas kepada Lajnah Sukan Adun sekali lagi kerana dapat mengadakan kegiatan sukan Pertandingan Bola Sepak 12 Tahun dengan kerjasama berbagai pihak. Adun difahamkan ini adalah pertama kali diadakan. Adun berharap pertandingan bukan setakat untuk memenuhi masa lapang pelajar yang di dalam cuti Sekolah, tetapi bagi melatih dan memilih pelajar yang berbakat di dalam sukan bola sepak. Adun mencadangkan supaya dipantau mereka yang berbakat untuk dikembangkan potensi mereka di dalam bidang bola sepak, khususnya bagi mewakili Bangi ke dalam pertandingan-pertandingan pada peringkat Dun, Kawasan, Daerah dan negeri. Adun juga mencadangkan supaya Lajnah sukan mengadakan pasukan pilihan dan memberi sumbangan bagi perkembangan mereka di dalam bidang bola sepak. Pasukan yang dilatih ini boleh mewakili Adun, kawasan, daerah dan negeri sekiranya berpatutan, berpotensi dan berbakat.Adun juga berharap akan lahir Bintang Bola Sepak Negara dari Bangi. Menurut Adun , ``Ini bukan mustahil, kerana Bintang Bola Sepak Kini saudara Safi Sali adalah berasal dari Sungai Tangkas, dekat dengan kita dan dari kawasan Dun Bangi. Dengan demikian tidak mustahil lahir bintang-bintang bola sepak mapan, kalau tak sekarang satu ketika nanti dari Bangi. Adun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan, termasuk kepada MPKj yang membenar menggunakan padang secara percuma.

Adun difahamkan keputusan dicapai pada sebelah petang, iaitu:

Johan: Semarak Rovers

Naib Johan: Real Soccer Kids Impian Ehsan

Ketiga: Bangi Lama FC

Keempat: Potato FC West Country

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ahli Majlis Kajang Ustaz Shafie Ngah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment