December 12, 2011

Melawat Rumah Kebajikan Kajang: Sampaikan Bantuan Banjir

Kg. Kelapa Kajang, 15 Muharram = 11 Disember (Ahad):

Pada jam 10.00 pagi ini, sebagaimana jadual disusun sepatutnya Adun menya
mpaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan perumahan Lembah Mewah, tetapi masa sudah lewat dan terlambat, kerana menghadiri program-program yang padat, ditambah adanya masalah teknikal, maka dipersetujui program penyampaian bantuan banjir di Lembah Mewah ditangguhkan kepada minggu hadapan. Walau bagaimana Adun hadir juga pada jam 12.00 tengahari ini melawat rumah kebajikan di sini yang memang dijadualkan. Rumah Kebajikan ini terletak dalam Dun Bangi bersempadankan Dun Kajang. Rumah Kebajikan ini dikenali dengan:

SINCERE CARE HOME

Pusat Penjagaan Wanita & Warga Emas, Kajang

Alamatnya:

Lot 18367, Jalan Kelapa, 43000 Kajang

Rumah Kebajikan di sini terdiri dari 3 buah rumah banglo setingkat di dalam pagar berlainan, tetapi mempunyai laluan di belakang dari satu bangunan ke satu bangunan.

Kehadiran kami rombongan Lajnah Kebajikan dan Tuan Haji Yusof Ketua di Bukit Mewah disambut oleh Pengurusnya di sini iaitu Puan Danapakiyam Arumugum.

Kami dimaklumkan oleh Pengurus Rumah Kebajikan di sini sudah beroperasi sejak 8 tahun yang lalu (2002). Operasi Rumah Kebajikan ini dibiayai oleh orang ramai dan NGO dan tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan. Penghuni di sini menurut Puan Dana:

28 India

32 Cina

2 Melayu

Jumlah = 62 orang. Keseluruhan penghuni wanita dan warga emas (lelaki dan perempuan). Rumah Kebajikan ini mempunyai pekerja seramai 8 orang. Ketiga-tiga Rumah Kebajikan ini adalah disewa. Menurut Puan Dana lagi kos sewa dan perbelanjaan bulanan bagi Rumah Kebajikan ini adalah sebanyak RM25,000 sebulan. (Rumah Kebajikan ini mempunyai sebuah lagi cawangan di No. 607 – B, Jalan Aman, 43,3000 Seri Kembangan.

Kami AJK yang datang dibawa melawat dan melihat ruang tempat tinggal yang kelihatan bersih. Melawat sebahagian dari warga emas wanita sedang membersih ikan bilis untuk bahan masakan. Melihat antara mereka yang terlantar sakit. Sebahagian dari mereka ada yang tidak mempunyai keluarga dan terlantar di sini. Antara mereka dihantar di sini oleh pihak hospital selepas pulih dari dirawat antaranya setelah pulih dari accident, tapi tak berdaya dan tinggal di sini. Tapi kebanyakan dari mereka mempunyai keluarga dan anak-anak, tapi sengaja menghantar warga emas ke sini. Setengah ada yang sedang sakit dan melalui pemulihan di sini. Antara mereka terdapat dua orang Melayu-Islam. Seorang bernama Mohd Salleh (50) berasal dari Kedah. Ada Isteri Nurhayati (Kelantan), tak bersama dan ada 9 anak dan terlantar di sini sakit sejak sebulan yang lepas. Seorang lagi bernama Saiful (37) berasal dari Kelantan, lumpuh sekarang demam dan berpenyakit kulit. Masih single. Ada keluarga di Ampang, berasal dari Kg. Sireh, Kelantan. Ibu hantar ke sini.

Semasa banjir, air tidaklah begitu besar, sekadar masuk ke dalam bangunan, kebersihan dapat dipulihkan. Dalam satu upacara ringkas dan rasa simpati kepada penghuni-penghuni di sini dan sokongan terhadap kegigihan pentadbiran mampu menjaga warga emas di sini pihak Adun menyerahkan sejumlah wang dari peruntukan banjir dari Adun sebanyak RM700/= dengan 8 beg beras beserta dengan beberapa beg makanan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment