Jam 8.30 pagi ini Adun menyertai Ahli-Ahli Kelab Berbasikal Kajang Utama dan Keluarga mereka berkelah di Kawasan Rekreasi Wetland Putrajaya. Pada mulanya Adun menjangka mereka ke
Adun diminta bersama menaiki motor boat yang disewakan, tapi memohon maaf, walaupun ingin sama ke
Merasmikan Kursus Menjahit
Desa Surada, Jam 9.30 Pagi
Bertempat di Balai Komuniti Desa Surada Adun merasmikan Kelas Jahitan yang dianjurkan oleh Ketua Muslimat Desa Surada yang diketuai Puan Zaitun. Hadir sama saudara Shukor Atan Imam Surau Al-Muhajirin, En. Azam Abdul Rahman Wakil Pengerusi Persatuan Penduduk. Kursus dihadiri lebih dari 20 orang wanita dari Surada dan juga Sungai Ramal Dalam. Mereka mengikuti beberapa siri kursus. Terdapat 8 mesin jahit digunakan. Berbagai jenis jahitan dan pakaian yang diajar menjahit. En. Azam sendiri mengendalikan perusahaan menjahit seperti membuat sarung tangan, buat tudung, jubah dan sebagainya. Beliau sedia membantu melengkapkan kurus. Adun di dalam ucapan perasmian memuji usaha mengadakan kelas jahitan. Kemahiran menjahit membolehkan peserta membuka perusahaan menjahit atau mengendalikan dari rumah atau sekurang-kurangmenjahit untuk keluarga. Semua orang berpakaian dan memerlukan jahit. Jadi permintaan tinggi. Bergabtung kepada usaha. Adun sedia membantu sebarang keperluan – Insya Allah.
Merasmikan Kursus Pengurusan Jenazah
Surau Al-Umm, 17 Jun, 10.00 pagi:
Kembali ke Jalan 1/3 ke Surau Al-Umm, Seksyen Satu Bandar Baru Bangi merasmikan Kursus Jenazah yang dianjurkan oleh pihak Surau Al-Umm di bawah AJK Kebajikan diketuai Tuan Haji Abdul Rahman Daud. Peruntukan di Taja oleh Adun Bangi. Kursus setengah hari ini dibimbing oleh Tuan Syed Othman Sani Imam Masjid Al-Hasanah dan Puan Haji Zaidah. Adun singgah sekejap dan berterima kasih kepada pihak Penganjur. Di harap kursus dapat memberi kefahaman mengenai pengendalian jenazah dan dapat dipraktikkan bila ada kematian terutama di kawasan sendiri, khusus berlaku kematian di kalangan keluarga. Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah. Dengan adanya yang berkebolehan mengurus jenazah dapat melepaskan tuntutan Fardu Kifayah.
Menyertai Karnival Hijau Peringkat Negeri Di Tasik Cempaka
Tasik Cempaka 10.30 Pagi:
Segera ke Tasik Cempaka, menyertai Karnival Hijau Peringkat Negeri yang diadakan di sini. Tiba majlis sedang berjalan YB Lee Kim Sin sedang berucap mewakili Exco Alam Sekitar YB Elizabeth Wong.
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk di Surau Damai Impian
Surau Damai Impian 11.30 pagi
Ke Surau Damai Impian disambut oleh Tuan Haji Sufi Munassir Ketua Persatuan Penduduk Damai Impian yang juga selaku YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang baru. Turut sama saudara Shamsul Timbalan Ketua Persatuan Penduduk Damai Impian.
Adun diberitahu oleh Tuan Haji Sufi dalam ucapan alu-aluan, sejak surau baru disiapkan dua tahun lalu banyak aktiviti yang dibuat termasuk gotong royong, ceramah dan sambutan-sambutan. Surau menjadi pusat kegiatan ibadat, pendidikan dan kemasyarakatan. Penduduk terditri dari 158 keluarga (600 orang).
Dalam ucapan perasmian Adun memuji Persatuan Penduduk Damai Impian yang banyak mengadakan kegiatan dan berharap akan terus menjalankan khidmat bagi kepentingan pendudukdan kesejahteraan bersama. Adun merasmikan mesyuarat Agung.
Melawat Pertandingan Bola Sepak
Impian Putera Bangi, 12.00 Tengahari
Berada di sini menyaksikan pertandingan bola sepak 9 sebelah.. Menurut Tuan Azmi Abdul Aziz Ketua Persatuan Penduduk di sini. Ini adalah pertandingan kali kedua selepas 2010 yang Adun tajakan termasuk kali kedua ini. Menurut En. Azmi kali ini pertandingan 6 pasukan secara lega. Turut sama En. Mohd. Akhir Timbalan Ketua Persatuan Penduduk. Menurutnya YB Teo Nie Ching telah datang berkunjung pada sebelah pagi. Menurut program Adun akan mengadakan penutupan, tapi oleh kerana pertandingan masih belum berakhir dan dijangka tamat pada sebelah petang, maka upaca gimik sahaja diadakan dengan penyerahan cenderahati.
Karnival Keluarga Penduduk Seksyen 7, BBB
Kawasan Seksyen 7, Jam 12.30 Tengahari
Berada di kawasa Seksyen 7 bersama penduduk yang sedang meriah berhari Keluarga. Turut sama berada Ustaz Shafie Ngah Ketua Persatuan Penduduk di sini yang juga YDP Pas Serdang. Turut sama Puan Halina, Ketua Biro Wanita yang sedang mengendalikan pertandingan-pertandingan yang disertai anak-anak. Menurut Puan Halina, Program Karnival merupakan Acara Tahunan bagi kawasan penduduk yang berjumlah 280 buah rumah dengan 1.000 penduduk. Adun diberi peluang berucap ringkas dan mengucapkan terima kasih di atas jemputan. Adun sukacita melihat kerjasama penduduk. Sesungguhnya melalui kegiatan mesra masyarakat sedemikian merapatkan hubungan antara penduduk. Kegiatan di sini berindukkan Surau D` Wakaf.
Sekian.
No comments:
Post a Comment