Stadium Darul Aman, Alor Star, 11 Rejab 1433 = 01 Jun 2012(Jumaat):
Selepas melepaskan Konvoi Bermotorsikal dan Bas malam tadi(Khamis 31 Mei) ke Kedah, Adun Bangi tidak dapat terus bertolak ke Alor Star,kerana pada pagi Jumaat menyertai Program Terima Kasih Rakyat di Hulu Langat. Turun ke Hulu Langat pagiitu adalah dalam rangka bertolak ke Alor Star. Selepas YAB Dato` Menteri BesarSelangor menyampaikan ucapan di Dewan Dato` Nazir, Batu 14 Hulu Langat danmenyampaikan bantuan, Adun mulai bergerak ke Kedah, melalui Jalan Ampang.Pemergian adalah bersama saudara Azizi, Zul dan Along. Saudara Azizi terusmemandu Hilux. Kami lencong ke jalan lama dan bersolat Jumaat di Batu Tiga,Temoh, Perak. Mau makan tengahari di Hentian Rihat di Sungai Perak, tak dapatterlalu ramai orang dan ketiadaan tempat parking. Singgah di Hentian Bukit Gantang. Dalam perjalanan kamimenjangka, kamilah yang paling lewat, tapi bila singgah di Hentian Gurun untukbersolat Asar didapati ramai yang berbaju hijau sama untuk ke Stadium DarulAman. Adun juga menukar baju batik yang dipakai ke Hulu Langat kepada bajuhijau. Pergerakan dari sini mulai perlahan dan terhalang, kerana banyaknyakenderaan menuju ke destinasi sama ke Stadium Darul Aman. Tiba ke Stadium jam7.00 petang. Oleh kerana tiada air di bilik-bilik air di Stadium buat keputusanuntuk jamak takhir.
Selepas solat Isyak yang diimami Tuan Guru Presiden, stadiumdibanjiri lautan pengunjung berbaju hijau (Maghrib sebelumnya disertai SolatHajat dan Munajat). Adun sengaja tidak mau duduk di bangku Stadium, sebaliknyauntuk bersama orang ramai dan memerhati lebih jelas, Adun duduk di atas hamparan di atas track stadium Darul Aman.
Majlis menjadi hingar apabila bendera kecil diagih, bahkandilempar ke semua tempat dan bila Lagu Tema Lagu Pas dinyanyikan, makaberlakulah kibaran bendera secara ramai-ramai bagai gerakan daun-daun hijaudipukul angin, bahkan semasa menyanyi lagu parti bendera dikibarkan. Stadiumpada masa itu penuh sesak dan sebahagian yang berada di luar tidak dapat masuk.Jumlah peserta berbaju hijau dijangka melebihi 120 ribu.
Perhimpunan adalah merupakan Perang Psikologi terhadap musuh politik. Ianya bermula denganperhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 1.2juta manusia, pihak BN cuba mencounterdengan mengadakan perehimpuna di Bukit Jalil pada Sabtu malam 12 Mei 2012 yangdikatakan dihadiri 120.000 orang, jauh dari untuk menandingi jumlah pesertaBersih 3.0. Sebaliknya Pas pada perhimpunan Hijau di Stadium Darul Aman,Kedahberjaya menarik penyokong lebih dari 120,000 yang datang dari seluruh Negara !Tanpa perlu dibiayai atau dibayar oleh sesiapa.
Perhimpunan pada malam itu dipenuhi dengan program bukansepenuhnya oleh tokoh-tokoh utama parti, mereka bercakap lebih ringkas, tapipada malam ini diberi ruang kepada penyokong-penyokong baru yang terkenal bagimendapat pandangan dari mereka.
Ucapan bermula dengan kata-kata aluan dari Tuan Rumah Dato`Seri Diraja Azizan bin Abdul Razak yang mengucap terima kasih kepada pihakpimpinan yang membuat keputusan memilih Kedah sebagai tempat Himpunan Hijau danbeliau memohon kemaafan sebarang kekurangan. Beliau berharap Himpunan Hijau diKedah membuka ruang ke Putrajaya.
Ucapan pertama diberi kepada saudara Mohd Zaid Rudy bin Tandan yang berketurunan Iban dari Sarawakyang berjanji akan memberi tumpuan pada mengembangkan Pas di Sarawak danmenyeru sempena Hari Gawai ini agar orang-orang Iban memberi sokongan kepadaPas dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 bakal tiba.
Penyanyi Aisyah menyampaikan ucapan yang menarik, teratur, kemas lagi bernas. Beliau menyifatkan dirinya sebagai melukut di tepi gantang dalam arus perjuangan Pas. Tapi menurutnya sungguhpun beliau telah berada selama 25 tahun di atas pentas nyanyian, tapi tidak sama berada di atas pentas seperti malam ini yang menggegarkan semangat perjuangan. Beliau tertarik dengan slogan `Pas For all`. Dengan rendah diri beliau berkata, ``Kiranya saya boleh disifatkan sebagai Wakil Artis, maka kami berharap, tidak dipandang serong, sebaliknya diberi hak yang sama dalam Pas.``
Aisyah menyebut, ``Orang politik bercakap dengan bahasa siasah dan pemikiran, tapi orang seni bercakap melalui muzik dan perasaan. Tapi seni ada peranan di dalam menarik pendengar dan sokongan. Beliau menyebut Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud, Tidak sempurna membaca Al-Quran tanpa ditarannumkan.``
Beliau menyifatkan dirinya mendapat Hidayah dan yang lebih penting beliau berharap dapat menyelamatkan sama golongan artis agar berada di atas landasan yang betul dan menggunakan muzik untuk dakwah dan kebajikan. Aisyah menyebut, ``Sesungguhnya apabila diberi `Hidayah` oleh Allah, walaupun sedikit ia seperti mendapat kurnia seluruh alam, sebab itu kita perlu memohon kepada Allah agar Hidayah ini dapat disampaikan kepada semua. Sesungguhnya Rasulullah diutus sebagai Rahmat ke seluruh alam.
Aisyah berharap bila berada di Putrajaya kelak jangan lupa pada golongan artis. Beliau bersedia menggunakan tenaga, fikitan dan segalakemampuan untuk turun padangmenjelajah seluruh Negara bagi menegakkan kebenaran. Aisyah sesungguhnya aset yang penting bagi perjuangan.
Turut dijemput berucapa ialah Dato` Fauzi Ashari MantanKetua Jabatan Siasat Jenayah Malaysia.Beliau mempercayai Umat Islam adalah umat pilihan di sisi Allah dan beliauberharap dapat sama berada di dalam usaha menegakkan kewibawaan umah. Beliaumempercayai Demokrasi berjalan di Negara ini, tapi banyak ruang yang perludibaiki. Beliau menyeru semua pihak memperbetulkan diri dan berada di ataslandasan istiqamah bagi menuju kepada kejayaan. Slot selepas ini derma jihad dilancarkan.
Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato` A. Samad Saidmenyampaikan puisi panjangnya yang berjudul:
Generasi Yang Gagah
Pembacaan Puisi ini memberi semangat dan keyakinan kepadapendengar, khususnya hadirin Perhimpunan Hijau untuk bergerak gagah dalamperjuangan dan mencapai kemenangan.
Turut berucap ialah Prof. Dato` Dr. Nik Mohd Zain bin YusofMantan Setiausaha Kementerian Tanah Dan Galian yang turut mnenyertai Pas.
Saudara Tuan Haji Mat Sabu Timbalan Presiden Pas berucapmenggalurkan keterlibatan Pas dalam perjuangan politik tanahair. Beliauberharap demokrasi terus dihormati. Menurutnya Pas bersama di dalam Pakatanmenghormati sebarang keputusan secara demokrasi dan tidak berlakupenyelewengan. Kita berpegang teguh kepada demokrasi dan tetap menghormatinyameskipun selepas kita menguasai Putrajaya.
Pada malam ini sebelum ucapan pemimpin Tertinggi peserta HimpunanHijau Berikrar dan Berbaiah Perjuangan dipimpin oleh Dato` Mustafa AliSetiausaha Agung Pas. Tuan Guru Presiden Dato` Seri Haji Abdul Hadi Awang berucapmelahirkan kesyukuran di atas kejayaan himpunan. Beliau memetik ayat Al-Qur`anyang bermaksud tidak ada kerajaan yang kekal termasuk di bawah nabi-nabi. Inimengisyaratkan bahawa Kerajaan BN yang berkuasa lebih setengah abad jugamendepani perubahan. Kemenagan sebenarnya kemenangan bagi menegakkan perintahjAllah.
Majlis diakhiri dengan do`a penutup oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Murshidul Am Pas. Selepas itu Adun bersama pengiring bergerak bersama keluarmencelahi ruang perjalanan yang sesak dengan kenderaan dan singgah dihentianGuru bersolat dan makan. Kali ini kenderaan dipandu secara bergilir-gilir olehtiga pemandu. Hentian terakhir kami ialah di Hentian Bernam untuk bersolatSubuh. Ramai yang berhenti tiada cukup ruang solat di surau. Sebahagianbersolat di jalan laluan dipinggir hentian. Adun sendiri bersolat di atas ruangterbuka Hilux. Kami sampai ke Bangi jam 7.00 pagi. Syukur kapada Allah semuanya selamat.
Sekian.

No comments:
Post a Comment