June 13, 2012

Selangor Mahu Urus Air Bagi Kepentingan Rakyat - YAB Dato` Menteri Besar Selangor

SACC, Shah Alam, 22 Rejab 1433 = 12 Jun 2012 (Selasa):

Demikian ditegaskan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim di dalam Ucapan Perasmian Forum Air Negeri Selangor pada pagi ini bertempat di SACC di Shah Alam. Forum diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang turut dihadiri YB Dato` Teng Chang Khim Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Dato` Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Semua Exco-Exco (kecuali seorang), beberapa Adun, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Pegawai-Pegawai Daerah, YDP-YDP Majlis Tempatan dan para jemputan.

Menurut YAB Dato`Menteri Besar, Forum bersifat jemputan, semacam `A Working Forum and not Public Forum` bagi mendapat pandangan dan `value added` bagi membuat keputusan berhubung dengan industri air bagi kepentingan rakyat Selangor, ``the people of Selangor are the main concern. The people are customers and workers.`` tambahnya, ``Mungkin cadangan berbeza dan dia memberi ruang lebih luas kepada pembaikan.`` katanya.

Menurutnya kerajaan Negeri berdepan dengan Perjanjian Air Kerajaan Persekutuan. Perjanjian sebelum 2006 dianggap berat sebelah yang menguntungkan Syarikat, tetapi lebih membebankan pengguna. Tetapi perjanjian 2006 masih dianggap membebankan misalnya Syabas sebagai syarikat yang mengagihkan air diberi peluang menaikkan takrif air tiga tahun sekali dengan kadar yang dianggap tinggi, iaitu:

Tahun 2009 kenaikan takrif 37%

Tahun 2012 kenaikan takrif 25%

Tahun 2015 kenaikan takrif 20%

Perjanjian 2006 memberi ruang kepada Negeri tidak mematuhi sesuatu yang tidak wajar. Misalnya kerajaan negeri menganggap takrif kenaikan di atas terlampau tinggi. Kewajaran kenaikan menurut negeri antara 12% hingga 15%, tetapi Syabas mahu kenaikan 17%. Komitmen negeri membela rakyat, bukan saja tidak menaikkan takrif air, tetapi memberi air percuma kepada rakyat yang menggunakan air di bawah 20 meter padu sebulan.

Perjanjian 2006 memberi ruang dan peluang bagi kerajaan negeri menyusun semula industri air, selepas kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor 2008, maka kerajaan negeri berpendapat bahawa oleh kerana terdapat berbagai permasalahan di dalam industri air Selangor. Misalnya banyaknya syarikat pengurusan Air seperti Syabas, Splash, Abbas, Luas dan sebagainya, setengah berlaku pertindihan tugas, pemberian aset pada masa BN kepada syarikat-syarikat air secara percuma yang sepatutnya syarikat-syarikat berkenaan membayar nilai-nilai aset berkenaan seperti loji-loji pembersihan air yang didapati dan setengahnya terbiar patut dibaik pulih untuk kegunaan dan mengurangkan perbelanjaan.

Dengan beberapa contoh di atas, maka Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor berpendapat Industri Air negeri Selangor perlu disusun semula secara ekonomik dan dapat memberi faedah kepada rakyat. Namun di atas kertas perkara jelas dan mudah diselesaikan kiranya ada kesepakatan. Tetapi dari segi realiti masalah ini hingga kini belum dapat diselesaikan. Dari satu segi lagi Kerajaan Pusat juga tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan masalah di dalam industri Selangor. Sebaliknya memaksa kerajaan negeri menerima perancangan kerajaan Pusat, misalnya rancangan membawa air dari negeri Pahang ke Hulu Langat dengan menebuk bukit di Banjaran Titiwangsa. Projek ini dilihat lebih memberi peluang kepada kroni mendapat projek dan menaikkan takrif air, bukannya kerana kekurangan air, kerana air di sungai-sungai Selangor lebih dari mencukupi, bahkan melebihi keperluan.

Forum hari ini adalah satu cara bagi menjana idea bagi mengatasi masalah. Sebanyak empat kertas kerja dibentang dan sidang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment