BBB, Sabtu, 17 Rejab 1433 = 09 Jun 2012 (Sabtu):
Kepada penduduk di alamat di atas Adun Bangi mengucapkan Selamat Berhari Keluarga.
Sebenarnya Adun menerima surat jemputan bertarikh 21 Mei 2012 dari Pengerusi Penganjur untuk datang ke Hari Keluarga di atas berserta permohonan peruntukan. Permohonan kewangan tersebut dijangka dibawa ke Mesyuarat Kewangan Adun pada Khamis 7 Jun, tetapi sehari sebelum hari mesyuarat, iaitu pada Rabu 6 Jun Pengerusi sambutan datang ke Pejabat Adun mengadu rumput panjang di Padang Jalan Dua tempat bakal diadakan Sambutan Hari Keluarga. Beliau juga memaklumkan bahawa Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat dijemput untuk merasmikan Hari Keluarga, tetapi beliau menyatakan tidak dapat hadir. Beliau akan mencuba menjemput Timbalan Pegawai Daerah dan jika tidak dapat, Cikgu Yunus Ketua Umno dan Veteran di kawasan itu akan diminta merasmikan Hari Keluarga berkenaan.(Pada masa beliau masih bersama Adun, Adun meminta Pegawai di Pejabat Adun menghubungi Kontraktor Memotong Rumput untuk memotong rumput di Padang Jalan Dua. Pemotongan dilakukan pada petang itu juga).
Kenyataan Pengerusi Sambutan ini menyentuh hati dan maruah Adun, Mengapa Adun dijemput dan minta peruntukan darinya, tetapi diperlakukan sedemikian di dalam Majlis? Menurut Ketua Penganjur tersebut, dia tidak mahu libatkan Hari Keluarga dengan politik. Kalau demikian mengapa dijemput Adun Bangi orang politik dan meminta juga peruntukan darinya?
Pada hari Mesyuarat kewangan, sengaja permohonan Pengerusi Hari Keluarga berkenaan tidak dibawa ke pertimbangan, berasaskan pendirian Pengerusi tersebut yang tidak mahu libatkan orang politik. Sebenarnya Adun menyelidik dengan menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Dua. Beliau menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak akan hadir, kerana mempunyai urusan di tempat lain. Wakil-wakil kita di kawasan itu juga dihubungi, mereka menyatakan tidak diajak berunding. Menjangkakan suasana tidak menyenangkan, maka Adun mengambil keputusan tidak akan hadir.
Tetapi pada petang Jumaat semalam (8 Jun), Pengerusi berkenaan datang ke Pejabat Adun berhujah dengan Adun atas pendiriannya tidak mahu libatkan Hari Keluarga yang dipengerusinya dengan politik. Adun menyatakan tidak akan hadir. Namun anehnya Pengerusi ini tetap mahu peruntukan. Oleh kerana permohonan tidak dibawa ke dalam mesyuarat dan Pengerusi ini berkata, kalau tidak ada sumber kewangan dia sedia mengeluarkan wangnya sendiri RM1,000, maka Adun keluarkan peruntukan cek peribadi bernilai RM500/= untuk Hari Keluarga. Beliau berterima kasih dan pulang.
Maaf Penduduk Jalan 2/3 & 2/4 kerana tidak dapat hadir.
Sekian.

No comments:
Post a Comment