June 2, 2012

Risau Dengan Aduan Sampah: Turun Ke Lokasi Pastikan Tindakan Diambil

BBB, 10 Rejab 1433 = 31 Mei 2012 (Khamis):

Pulang dari pejabat pada tengahari untuk rehat, terima aduan dari isteri, bahawa kenalannya (Puan Azura) yang juga seorang penyokong kuat, menyampaikan aduan, bahawa, ``Kawasan Lembah Valley – Seksyen tiga berhadapan Surau As-Sobah, rumput dan lalang panjang. Anak-anak tak dapat bermain, takut ular bermukim di dalam semak berkenaan.`` Menurut maklumat itu,
``Mereka yang `atas pagar` mungkin tidak beri sokongan, jika keadaan berterusan.``
Mendapat maklumat ini Adun tidak senang duduk. Walaupun ada Ahli MPKj yang bertanggungjawab bagi kawasan ini, tetapi jika tindakan tidak diambil, Adunlah dipersalahkan.

Photobucket

Selepas menunaikan solat zohor Adun ke Pejabat dan mengajak Pegawai di Pejabat Adun – saudara Shahrum keluar ke lokasi aduan. Adun bersama pengiring mengelilingi kawasan aduan dan memang ada sampah pukal yang tak diangkat, rumput dan lalang tidak berpotong. Perkhidmatan sampah biasa berjalan sebagaimana biasa.

Photobucket

Adun menemui seorang penduduk – Encik Zainol, beliau menyatakan. Beliau akan mengadakan kenduri kahwin pada Sabtu hampir dan membeli mesin rumput untuk bersih sekitar kawasan perumahan bagi keselisaan tempat jamuan dan para jemputan datang, tapi menurutnya, jika pihak kontrektor sampah dapat potong, dia dapat tumpukan pada kerja yang lain.

Photobucket

Adun meminta saudara Shahrum hubungi terus kepada pihak MPKj mempastikan tentang kontrektor membersih sampah pukal dan potong rumput. Dari hubungan yang dibuat, bahawa kontrektor yang bertanggungjawab bagi kawasan ini adalah dari pimpinan Umno di Serdang ini. Sub kontrektor telah tiga kali diberi amaran, tetapi tidak mengambil tindakan membersih dan kontraknya sudah determinate.
Adun dimaklumi bahawa kontrektor baru sudah dilantik. Saudara Shahrum menghubungi kontrektor baru itu dan beliau berjanji, pekerja-pekerjanya akan turun pada petang ini membuat pembersihan.
Pagi 4 Jun (Jumaat) Adun secara kebetulan bertemu pihak kontrektor yang dilantik semasa satu majlis di Hulu Langat. Dia memberitahu, ``Janji mahu potong rumput, petang semalam tak sempat. Pagi ini pekerjanya akan potong.``

Photobucket

Pagi 5 Jun (Sabtu), Adun meninjau kawasan yang diminta dipotong. Ada kerja-kerja dibuat, khususnya bahagian luar, tetapi bahagian dalam seperti sekitar Lembah Valley, Section Tiga, masih belum dipotong. Mungkin semalam masih juga belum sempat. Kita harap kerja-kerja disambung kembali. Kami akan turun lagi meninjau dalam masa terdekat. Harap kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna,termasuk mengangkat sampah pukal. Kalau tidak tindakan akan diambil.

Sekian.

No comments:

Post a Comment