June 6, 2012

Khianat Dan Tidak Bertanggungjawab !

BBB, 14 Rejab 1433 = 04 Jun 2012 (Isnin):

Adalah diakui bahawa perjalanan pengurusan sampah di bawah MPKj belum sepenuhnya berjalan lancar. Pihak pentadbiran terpaksa menghadapi karenah demi karenah. Pihak yang sebelum ini memonopoli perkhidmatan sampah mahu terus memonopoli, tetapi peluang perkhidmatan perlu diagihkan kepada orang lain yang wajar diberi peluang. Atas tindakan yang diambil, maka berlaku pemogokan dan ugutan supaya monopoli dikembalikan kepada mereka. Alangkah tidak adil dan tidak demokratik.

Photobucket

Apabila kontrak mengangkat sampah diagih-agih kepada kontraktor yang berkhidmat secara langsung – tidak disub-kontrak sebagaimana sebelumnya, maka sekatan dan ugutan dilakukan terhadap mereka, menyebabkan perkhidmatan terganggu. Masalah juga dihadapi kontraktor baru yang tidak mempunyai modal dan tidak dapat menyediakan peralatan secukupnya bagi menjalankan tugas secara sempurna, perkhidmatan terganggu dan jadual mengangkat sampah tidak dapat dipatuhi dan kecoh sampah tidak diangkat. Namun keadaan semakin baik dan jadual mengangkat sampah hampir kembali kepada normal. Sistem angkat sampah secara back up dilakukan bagi tempat yang terganggu.

Photobucket

Walau bagaimana masalah sampah pokal dan pemotongan rumput dan lalang masih menjadi aduan. Pihak MPKj perlu memastikan perkhidmatan berkenaan berjalan lancar. Pihak Ahli MPKj yang dilantik perlu mempastikan zon masing-masing ada perkhidmatan memotong rumput menurut jadual. Tindakan diambil terhadap kontraktor yang tidak mematuhi jadual memotong rumput. Ada antara mereka determinate dari kontrak.

Photobucket

Kini kita menerima aduan ada pengkhianatan dilakukan dengan melonggokkan pecahan batu-batu semin bahan-bahan binaan di tepi jalan. Kita turun padang dan mendapati antaranya di tepi jalan sebelah kiri berhadapan dengan perumahan Jubli Perak dan tepi jalan berdekatan rumah kediaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat. Tindakan sedemikian adalah merupakan khianat dan tidak bertanggungjawab. Mereka yang melakukan mungkin dari pihak yang peluang monopoli mereka disekat dan diagihkan kepada orang lain yang juga berkelayakan, atau mungkin juga dilakukan oleh pihak kontraktor yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik dan terpaksa diterminatekan sebagaimna disyaratkan di dalam perjanjian.

Kita berharap pihak MPKj dan Ahli-Ahli MPKj berusaha mengatasi tindakan khianat, tidak bertanggungjawab lagi menyusahkan orang ramai. Longgokan bahan binaan berdekatan rumah Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat melempah hingga ke jalan tar. Ini membahayakan pengguna jalan raya, terutama motorsikal, khususnya di waktu malam.

Photobucket

Orang ramai diharap menjadi mata dan telinga serta bertindak melarang, bertanya dan sekurang-kurang mengambil gambar jika terlihat perbuatan khianat berlaku. Adun sedia mengeluarkan ganjaran sewajarnya kepada sesiapa yang dapat mengambil tindakan, bertanya dan mengambil foto pihak yang melakukan pengkhianatan dan sila hubungi Adun bila dapat mengenalpasti pihak yang mengkhianat dan tidak bertanggungjawab ini.

Photobucket

Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kita.

Sekian.

No comments:

Post a Comment