BBB, 14 Rejab 1433 = 04 Jun 2012 (Isnin):
Pada tengahari hari ini Adun didatangai Setiausaha Masjid Al-Hasanah Tuan Haji Kamarudin Yusof menghantar surat bantahan bertarikh 04 Jun 2012 dari Nazir Masjid Al-Hasanah Tuan Haji Mohd Napiah Sahrani terhadap Mendirikan Bill Board di hadapan Masjid Al-Hasanah. Surat yang kandungan sama juga ditujukan kepada YDP, MPKj dan Pegawai Daerah Hulu Langat dengan salinan kepada Ahli Majlis MPP Zon 21 & 23 dengan salinan juga kepada Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Adun tidak mendapati adanya salinan surat kebenaran dari pihak MPKj, tetapi terdapat surat Permohonan Tapak Bagi Pemasangan Paparan Iklan Luar Oleh Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur dan daripada 14 Tapak yang dipohon tidak ada yang mencatat kawasan Kajang-Bangi, khususnya di hadapan Masjid Al-Hasanah, bahkan syarat-syarat yang dikenakan (5 syarat) semuanya merujuk kepada Dewan Bandaraya KL (DBKL). Bagaimana Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur melangkaui batas kawasan hingga menggunakan tapak dihadapan Masjid Al-Hasanah yang menyekat pejalan kaki ke masjid, mengganggu pandangan dan melindungi Tembok Nama Masjid Al-Hasanah?
Seingat Adun perkara ini tidak ada dibawa ke dalam Mesyuarat Penuh MPKj dan tiada juga dibawa di dalam Mesyuarat Penyelarasan Pejabat Daerah.
Dari salinan gambar yang disertakan menunjukkan lobang-lobang tapak telah digali dan diseminkan beserta dengan ceracak besi. Sesungguhnya ia menghalang pejalan kaki untuk ke masjid. Dengan terdirinya Bill Board berkenaan akan menghalang dari dilihat nama masjid ditembok, bahkan merosakkan pandangan. Pihak masjid sendiri peka dan tidak mendirikan papan iklan di luar kawasan yang menggangu pandangan, sebaliknya didirikan di dalam kawasan masjid.
Bagi memastikan perkara dan kedudukan sebenar, jam 3.00 petang Adun ke lokasi di tepi kawasan Masjid Al-Hasanah, pada jangkaan Adun kiawasan yang terlibat kecil, tetapi besar lebar dan luas dan memakan ruangan sebuah bangunan rumah. Ia benar-benar menghalang dan merosak pandangan. Kalau dalam gambar yang disertakan Setiausaha masih pada peringkat persediaan tapak, kini tiang-tiang telah didirikan. Amat tidak wajar dan menyakitkan pandangan.
Adun menyokong sepenuh melarang dari mendirikan bill board berkenaan, bahawa rangka dan tiang yang telah dipasang hendaklah dicabut dan tapak hendaklah digali dan dibuang dan tapak hendaklah dikembalikan sebagaimana asal – tanpa pemasangan, halangan dan gangguan. Jika diteruskan akan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mereka akan terus memprotes. Elak dari menjadi isu yang mebangkitkan kemarahan mereka.
Jika hendak didirikan juga Bill Board berkenaan dapatkan keizinan, pilih tempat lain yang tidak ada kaitan dengan masjid.
Sekian.

No comments:
Post a Comment