HuluLangat, 11 Rejab 1433 = 01 Jun 2012 (Jumaat):
Program yang perlu dihadiri sama Adun Bangi, kerana sebelumnya Adun dan Wakil menghadiri Mesyuarat Persediaan bagi Program tersebut. Pagi ini Adun keluar bersama pengiring-pengiring bagi memenuhi dua program. Isteri Adun Bangi bersama Isteri Ahli Parlimen Hulu Langat bertolak dalam kenderaan berlainan kerana mengiringi Puan Seri Salbiah Isteri YAB Dato` Menteri Besar Selangor melawat Kilang Chocolate dan Baulu di Hulu Langat. Manakala Adun dan saudara Azizi bersama 2 pengiring ke Dewan Orang Ramai Batu 14 Hulu Langat menyertai Program Terima Kasih Rakyat di Dewan Dato` Nazir, Pekan Batu 14. Tiba jam 9.00 pagi turut sama menyambut ketibaan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim ke Dewan Orang Ramai Batu14. Sementara majlis bermula sempat berbincang dengan Dato` Menteri Besar dan tamu-tamu ketika minum pagi.
Majlis berlangsung di Dewan Dato` Nazir. Bersama dengan YAB Dato` Menteri Besar di atas pentas ialah YB. Dato` Tuan Teng Chang Khim Speaker Dewan Negeri Selangor, Exco-Exco YB Dr. Yaakob Sapari, YB. Dr Xavier Jayakumar, YB Puan Rodziah bt. Ismail, YB. Ronnie Liu Tian Khiew. YB. Wong Keat Ping, dan YB. Ean Yong Hian Wah, Adun Bangi YB. Dr. Shafie Abu Bakar, YB, Tuan Lee Kim Sin Adun Kajang dan Ahli Parlimen YB. Dr. Che Rusli Che Mat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Ybhg. Dato` Tarmedi bin Haji Omar, Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat En. Haris bin Kasim, YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi dan MPAJ Dato` Mohamad bin Yacob, Ahli-Ahli PBT, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong, para jemputan dan orang ramai
Majlis bermula dengan alu-aluan Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat yang berterima kasih di atas kunjungan Mesra Rakyat oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor. Beliau menggalurkan tentang peruntukan yang diterima Hulu Langat dan projek-projek yang dijalankan. Beliau juga berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap mangsa-mangsa banjir yang berlaku pada 8 Mac 2012 lepas
YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim dalam ucapannya berharap pegawai-pegawai yang berkenaan perlu turun padang menyelami masalah rakyat dan menyelesaikannya. Beliau mengulangi perlunya mengaplikasi konsep Pejabat Bergerak turun kepada rakyat dengan maklumat yang kini dapat dikompak dan dapat merujuk masalah dan keperluan rakyat dapat diselesaikan dengan segera. Beliau juga mengingatkan perbelanjaan seharusnya menurut jumlah yang munasabah dan jimat dari segi perbelanjaan. Dengan lebihan perbelanjaan dapat digunakan bagi pembangunan bagi sector yang lain.
Selepas dari ucapan, YAB Dato` Menteri Besar menyerahkan Sumbangan Mangsa Banjir dan Penyerahan Sijil Skim Pinjaman ASB Negeri Selangor. Kemudian diikuti dengan Sesi Aduan Rakyat Bersama YAB Dato` Menteri Besar Selangor ialah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Pada tengahari ini YAB menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat, tidak jauh dari Dewan Dato` Nazir tempat majlis dijalankan.
Manakala pada sebelah petangnya ialah Sesi Penerangan Geran Selangorku Dan Pertandingan Futsal bertempat di Gelanggang Futsal, Kampong Sesapan Kelubi, Beranang. YAB menyampaikan Hadiah Pengajian IPT dan Penyerahan Bantuan kepada SRA dan SRJ© di samping Perasmian Gelanggang Futsal Kampong Sesapan Kelubi dan menyertai pertandingan Futsal dan diakhiri penyampaian hadiah dan jamuan. Selepas jam 8.00 malam YAB melawat Beranang bertempat di Masjid Beranang diakhiri dengan jamuan dan Pertujukan Kebudayaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment