June 10, 2012

Perasmian Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya & Pelancaran Hari Ilmu Hulu Langat

Pandan Jaya, 19 Rejab 1433 = 09 Jun 2012 (Sabtu):

Berasal dari Pusat Komuniti yang digunakan oleh Adun BN sebelum 2008, kini bangunan ini bertukar menjadi Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya. Bangunan ini setelah diubahsuai berkeluasan 5,500 kaki persegi. Perbelanjaan ubahsuai sebanyak RM400,00 dan jumlah buku setakat ini ialah 20,000 buah. Pihak Perangsang turut sama membiayai peruntukan. Perpustakaan berada di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah kawasan kediaman yang berjumlah 56 flat, 80% daripada bangunan dari jenis kos rendah berkeluasan 400 kaki persegi yang mempunyai 2 & 3 bilik. Jumlah penduduk di sini 20.000 orang yang 58% Melayu, 38% Cina dan 4% India.

Adun Bangi tiba jam 10.00 pagi sebagaimana masa dijemput diikuti kehadiran YB Iskandar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan yang juga merupakan Adun Cempaka selaku Tuan Rumah diikuti kehadiran YB Dr. Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang juga selaku Pengerusi Lembaga Perpustakaan Negeri Selangor. Mereka disambut oleh Puan Mastura Muhammad Pengarah PPAS, Ahli-Ahli Majlis Ampang Jaya, Pegawai-pegawai Perpustakaan dan orang ramai.. Tujuan utama kehadiran YB Dr. Halimah datang ialah merasmikan Perpustakaan yang telah diguna sejak dua bulan yang lepas disamping melancarkan Hari Ilmu dengan `15 minit Reading Break.``.

Dalam ucapan perasmiannya YB Dr. Halimah menyatakan ``Perpustakaan adalah salah satu keperluan bagi menjadikan Selangor hub ilmu. Menurutnya, ``Kita berusaha membanyakkan Perpustakaan di negeri Selangor yang kini berjumlah 90 buah – kecil besar. Beliau berharap kepada pelajar-pelajar menjadikan Perpustakaan Rumah Kedua,` katanya Di Perpustakaan terdapat berbagai buku dalam berbagai bidang ilmu dan peralatan canggih. Seperti computer, internet dan perkhidmatan broadband.. Beliau berpendapat pengisian penting Selangor Negeri Idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan ialah dengan ilmu. Menurutnya, `Ini tidak dapat dicapai melainkan dengan membaca.`` Tambahnya, ``Kita menyediakan perpustakaan bagi pelajar menimba ilmu.``

Sebelumnya YB Iskandar sebagai Tuan Rumah mengalu-ngalu Dr. Halimah dan yang lain. Beliau bersyukur hasrat untuk mendapat Perpustakaan akhirnya tercapai dan beliau berharap banyak lagi perpustakaan yang akan dibina. Perpustakaan bukan saja setakat menyediakan buku, tetapi juga kemudahan-kemudahan yang terdapat di Perpustakaan. Beliau juga menggalakkan agar setiap rumah menyediakan ruang untuk anak-anak membaca dan ibu bapa menjadi role model bagi pembacaan.`

Terawal dari itu Puan Mastura selaku Pengarah berterima kasih di atas kehadiran YB Dr. Halimah, YB Iskandar dan lain-lain. Beliau menceritakan pada 2008 YB Iskandar meminta supaya didirikan perpustakaan di kawasannya dan Al-Hamduliullah dapat diadakan. Beliau mengucapkan terima kasih di atas bantuan terutama Perangsang dan juga YB Iskandar. Menurutnya sejak perpustakaan dibuka setiap hari tak kurang dari 1,000 anak-anak datang membaca. Paling ramai menurutnya selepas jam 3.00 petang. Anak-anak menurutnya merasa lebih selesa di perpustakaan dari dirumah. Bahkan ibu bapa rasa lebih selamat anak-anak berada di perpustakaan dari berada di tempat yang tidak pasti dari segi keselamatan.`` Menurut Puan Mastura, ``Setakat ini perpustakaan Pandan Jaya dikendalikan oleh hanya dua kakitangan, iaitu Siti Aminah dan Nor Azliza. Dengan dua tenaga ini tentulah tidak mencukupi. Perpustakaan memerlukan tenaga sukarela. Beliau yakin ramai mereka yang bersedia bekerjasama memberi tenaga sukarela. Perpustakaan dibuka setiap hari, kecuali satu dari hari Ahad ditutup dalam sebulan.

Sementara itu dalam majlis itu juga dilancar dan dimulakan Hari Ilmu pada peringkat Hulu Langat dengan 15 minit Reading Break dengan semua yang hadir mengambil bahagian dan diharap ianya menjadi budaya bagi semua untuk membaca. Selepas dari acara pembukaan dan penyampaian hadiah dan sumbangan – termasuk hadiah pertandingan mewarna dan Tokoh Membaca Hulu Langat YB. Dr. Halimah diiringi tamu-tamu melawat perpustakaan dan bertemu anak-anak yang ramai dalam perpustakaan. Satu sesi Majlis Interaksi Matematik dengan Adik Adi Putera – Anak Pintar matematik juga diadakan.

Majlis berakhir selepas jamuan tengahari jam 1.30 tengahari.

Sekian.

No comments:

Post a Comment