Program pagi ini bermula dengan menghadiri Ceramah Sempena Isra` Mi`raj bertempat di Pasar Basah, Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi. Hari Sabtu memang merupakan hari paling ramai Pasar Bandar Baru Bangi dikunjungi penduduk bagi membeli barang-barang keperluan. Lantaran itu tempat parking di hadapan Pasar dan kawasan parking di Jalan ¼ dipenuhi, bahkan tidak cukup tempat.
Tradisi menyampaikan ceramah di pasar sudah lama diamalkan oleh Pejabat Adun Bangi dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Hari ini adalah penerusan dari tradisi sedemikian. Kali ini adalah ceramah sempena Isra` Mi`raj Rasulullah s.a.w. Ceramah yang dianjur Persatuan Penduduk ini mendapat kerjasama Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Bandar Baru Bangi dan juga pihak Adun Bangi. Penceramah yang dijemput pada hari ini ialah Ustaz Mohd Asraf Suari. Hadir sama YB Dr. Shafie Abu Bakar, Tuan Haji Ahmad Sufi Munassir YDP Persatuan Penduduk BBB yang baru dilantik, Tuan Haji Ghazali Abbas Pengerusi Biro Dakwah Persatuan Penduduk, Dr. Tajul Ariffin Noordin Mantan YDP Persatuan Penduduk BBB, Puan Khadijah bintiMuhammad Ketua Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar BBB. Tuan Haji Sufi menyebut tentang
tradisi ceramah di Pasar dan ceramah hari ini juga bertujuan menambahkan dana Sekolah Agama yang masih memerlukan derma. Persatuan Penduduk menurutnya akan meneruskan tradisi yang telah dijalankan selama ini seperti Tadarrus Bulanan, kegiatan agama dan kemasyarakatan. Manakala Adun berharap Ceramah Isra` Mi`raj yang menekankan tentang penerimaan solat menggerakkan diri kita lebih meningkatkan Ibadat solat yang kelak akan lebih dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ramadhan. Adun juga melahirkan harapan ruang pasar yang telah kelihatan sempit dapat diperluaskan ke bahagian atas untuk meramaikan peniaga dan membanyakkan lagi barang-barang yang dapat ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung.
Majlis dipuncaki dengan Ceramah Isra` Mi`raj oleh Penceramah Jemputan Ustaz Mohd. Suari.
Sementara itu sebelum jam 10.00 pagi Adun memohon diri untuk bergerak ke Masjid Al-Hasanah BBB, bagi menutup Kursus Haji Asas yang dijalankan di
Tuan Haji Norhaizat dalam ucapannya menyebut bahawa tawaran kepada para bakal haji di Hulu Langat telah dikeluarkan, iaitu berjumlah 991 orang. Kursus intensif akan dijalankan selama 2 hari bertempat di UNIKL – Malaysia-France Institut, Teras Jernang BBB, iaitu pada 18 dan 19 Jun. Peserta terpilih sahaja dijemput, manakala peperiksaan kesihatan selama dua hari di Klinik Kesihatan BBB pada 23 & 24 Jun 2012.
Adun Bangi mengucap tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Kursus Haji Asas di Masjid Al-Hasanah. Beliau percaya mereka yang datang mengikuti kursus memang menyedari bahawa sebahagian daripada mereka saja yang ditawarkan menunaikan Haji, tapi ramai yang datang atas kesedaran pentingnya ilmu di samping persediaan tawaran masa hadapan. Adun Bangi bersyukur kesedaran tentang ilmu dan pelajaran begitu tinggi di Bangi, pengajian bukan saja di instiitusi formal seperti di universiti, kolej dan pusat-pusat pengajian, tetapi pesat berkembang `Pengajian Rakyat` seperti surau dan masjid. Adun Bangi berharap oleh kerana ramainya yang
mendaftar untuk menunaikan Haji hingga meningkat kepada angka menghampiri satu juta dan quota Malaysia 28,000 setahun dan waktu menunggu begitu lama dan amat sukar untuk mendapat peluang menunaikan Haji kali kedua, sebab itu berusahalah belajar bagi menyempurnakan haji yang mungkin sekali saja dapat ditunaikan. Adun juga berharap dengan pemergian ke Makkah insya Allah menambahkan keimanan dan keyakinan dengan melihat Makkah-Madinah tempat mula tersebarnya Islam, tempat perjuangan Rasulullah, tempat turunnya Al-Qur`an dan tempat di mana terdirinya Negara Islam (Madinah) dan dari Makkah-Madinah berkembangnya peradan dan Tamadun Islam.
Sebelum daripada itu Tuan Haji Kamaruddin Muhammad membentangkan pungutan wang yang dibuat bagi mengendalikan perjalanan kursus selama 19 minggu. Perbelanjaan dan baki yang diserahkan kepada Tabung Haji bagi membuka akaun pelajar-pelajar menjadi Ahli Tabung Haji.
Sekian.
No comments:
Post a Comment