June 21, 2012

Rundingan Menyelesaikan Bantahan Persatuan Peniaga Kompleks PKNS BBB Terhadap PKNS: Cabaran-Cabaran

BBB, 30 Rejab 1433 = 20 April 2012 (Rabu):

Pada Jumaat 15 Jun 2012 lepas , Adun menerima surat Bantahan, Rayuan, Cadangan Rasmi Untuk Tindakan segera Pentadbiran PKNS. Surat adalah dari Persatuan Peniaga di Kompleks PKNS yang dituju kepada Kontroler Pembangunan Wilayah Selatan. Persatuan Peniaga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa pengurusan PKNS yang dianggap merugikan ahli-ahli. Adun Bangi mengarahkan Setiausaha Kerja di Pejabat Adun menetapkan tarikh yang dipersetujui oleh Kontroler PKNS dan Persatuan Peniaga Kompleks PKNS untuk bertemu dan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi peniaga-peniaga dan cari mengatasinya. Kedua pihak bersetuju dengan tarikh pertemuan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat PKNS BBB Tingkat Lima.

Hadir pada pagi ini Adun bersama dua pengiring, Persatuan Peniaga seramai empat orang diketuai Pengerusinya, Tuan Haji Bukhari dan pihak PKNS seramai dua orang diketuai Kontroler Tuan Haji Lokman yang berjumlah semua 9 orang. Adun mempengerusikan pertemuan dengan penerangan peringkat awal berhubung dengan bantahan-bantahan. Pengerusi Persatuan Peniaga Tuan Haji Bukhari mohon beri pertimbangan mengenai perkara-perkara berikut::

1) Eskalator yang telah rosak sejak 5 – 6 bulan yang lepas perlu dibaiki. Oleh kerana kerosakan, tiada pengunjung naik ke atas (tingkat dua dan tiga). Peniaga-peniaga di atas mengalami kekurangan pengunjung antara 40-50 %.

2) Oleh kerana kerugian serius berlaku, Persatuan Peniaga mohon dikecuali dari bayaran selama dua bulan.

3) Pembangunan di belakang PKNS yang dulu adalah tempat parking ditangguh dari pembinaan sehingga selapas hari raya Idul Fitri. Pagar zen perlu dibuka kembali sebahagian untuk ruang parking. Ketiadaan tempat parking mengurangkan pengunjung.


4) Sewa ruang perniagaan, setuju dinaikkan, tapi tidak terlampau tinggi sehingga 60 hingga 80 peratus dan ada yang 100%.

5) Meminta PKNS memperuntukkan ruang sementara di bawah bagi mempromosi peniaga-peniaga dalaman (PKNS).

6) Tidak dibenarkan peniaga luar membuka perniagaan jenis yang sama dijual oleh peniaga-peniaga PKNS.

7) Dukacita dulu PKNS berjanji bila projek kedai mahu dibina akan dimaklumkan kepada peniaga-peniaga untuk mendapat peluang untuk dibeli. Malangnya 90 lot yang dibina tanpa pelancaran habis dijual. Ada unsur monopoli di dalam pembelian. Mengapa terjadi? Adun sendiri banyak menerima aduan sedemikian.

Pihak PKNS diketuai oleh Kontroler Tuan Haji Lokman menjawab dan menerangkan bahawa..

1) Eskalator yang baru sudah siap dipasang dan sudah boleh diguna sejak dua hari lepas, walaupun pemasangan lengkap masih sedang berjalan (Ini dilakukan selepas desakan, khususnya selepas surat aduan dihantar kepada pihak Adun. Kos pemasangan yang baru lebih kurang RM100,000).

2) Permohonan bagi no. 2 akan dinilai dan dipertimbangkan

3) Pembangunan sudah diluluskan – 4 projek dalam pembangunan yang bersifat usaha sama dengan PKNS. Tempat parking alternative akan disediakan segera bersebelahan KFC. Tapi tak sampai jumlah asal 200 parking.

4) Permohonan diturunkan nilai sewa akan dipertimbangkan

5) Mungkin akan dipertimbangkan dari segi kewajaran

6) Boleh dipertimbang, tapi bagi pembeli lebih banyak tawaran dari pelbagai penjual lebih baik dan lebih banyak pilihan.


7) Pihak Kontroler tidak dapat memberi jawapan memuaskan. Ketelusan juga dipersoalkan. Mengapa kuasa PKNS tidak digunakan dalam memberi peluang lebih ramai pembeli tempatan memiliki rumah kedai. Mengapa monopoli membeli kedai secara blok dibenarkan. Dipersoalkan dari segi quota 60% bumiputera dilaksanakan. Pengerusi Persatuan Peniaga mau pihak PKNS mengeluarkan senarai pembeli-pembeli kedai sebagai pembuktian. Kontroler menyebut, biasa ada penolakan tawaran oleh kerana ketiadaan wang dan sebab-sebab yang lain, jika berlaku akan dimaklum dan ditawarkan kepada pihak yang berminat

Dalam masa berbincang antara kedua pihak hingga menghasilkan rumusan di atas. Ada beberapa perkara ditimbulkan. Antaranya:

a) Permohonan dari Adun, Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat dan Persatuan Penduduk BBB supaya didirikan Dewan Convention Centre dimaklumkan dewan dalam bangunan akan menjadi sebahagian dari projek yang didirikan, bukan berasingan. PKNS memegang 60% pemilikan bangunan. Ini bererti tiada dewan berasingan sebagaimana dituntut.

b) Peniaga bimbang perniagaan akan merosot apabila Kompleks Bangi Gateway berhampiran tol jalan masuk ke Bangi yang empat kali lebih besar dari kompleks PKNS akan lebih menarik pengunjung ke sana dan memalapkan perniagaan di Kompleks PKNS. Peniaga-peniaga perlu agresif dari segi iklan dan pemasaran secara competatif.

c) PKNS akan memindahkan Pusat Pentadbiran PKNS di BBB ke Cyber Jaya. Ini akan menjejaskan kompleks perniagaan di sini. Bangunan akan disewakan, kecuali sebahagian untuk menetapkan pegawai-pegawai bahagian operasi dan maintenance. Pemindahan pasti berlaku. Peniaga-peniaga perlu kreatif untuk menarik pengunjung-pengunjung. Barangan yang ditawarkan hendaklah bermutu dengan harga berpatutan.

Rumusan keputusan diminta dibuat oleh pihak PKNS untuk menjadi rujukan semua pihak. Pertemuan berakhir jam 11.30 pagi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment