June 14, 2012

Masalah Kesihatan Di Hulu Langat

Pejabat Daerah Hulu Langat, 23 Rejab 1433 = 13 Jun 2012 (Rabu):

Ahli Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Hulu Langat pagi ini diberitahu oleh Pegawai Kesihatan Daerah bahawa Hulu Langat kini adalah tertinggi dengan penyakit Malaria. Tempat utama diserang penyakit malaria ialah di kawasan-kawasan kauri. Mereka yang terlibat dengan penyakit ini ialah pekerja pendatang asing yang terdiri dari pekerja Indonesia, Bangladish dan Myanmar. Sejumlah 68 orang daripada mereka diserang penyakit tersebut yang diakibatkan oleh nyamuk. Untuk mengelak dari merebak Kerajaan merawat mereka secara percuma. Berikutan daripada itu tempat kerja dan kediaman mereka diperiksa dan dipastikan tidak merebak dan mengancam penduduk-penduduk tempatan. Punca penyakit malaria ialah lopak-lopak air yang bertakung dan tidak mementingkan kebersihan.

Sementara itu kedudukan Hulu Langat beberapa tahun dulu sebagai tempat yang paling banyak mengalami kes denggi, kini menurun kepada tempat ketiga. Kini Hulu Langat berada pada tempat ketiga selepas Petaling dan Kelang. Kes denggi yang berlaku di Hulu Langat, menurut Pegawai Kesihatan berkenaan adalah berjumlah 1,090 kes. Ianya tidak sampai kepada tahap wabak dan dalam keadaan terkawal. Antara tempat yang mengalami denggi ialah Bandar Mahkota, Cheras, Taman Impian Indah, Kampong Baru Semenyih dan Ampang. Penyakit ada kaitan dengan tahap kesihatan kawasan kediaman. Menurut Pegawai Kesihatan berkenaan, ``Kempen anti denggi yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan membersih kawasan dan dalam rumah memberi kesan dalam mana tempat-tempat dulu terkenal sebagai tempat kes denggi dapat ditiada atau dikurangkan. Beliau meminta penduduk terus memberi perhatian kepada kebersihan dengan mempastikan tidak ada tempat yang bertakung air yang memberi peluang bagi nyamauk aedes bertelur. Jadikan amalan bersih sebagai amalan harian atau sekurang-kurangnya setiap minggu diadakan operasi membersih rumah dan pastikan tiada ruang dan peluang bagi nyamuk aedes membiak.

Sementara itu pihak Jabatan Kesihatan Hulu Langat juga bersetuju dengan larangan mandi dalam kolam takungan asli seperti di resort-resort dan kawasan-kawasan rekreasi. Air dalam takungan, kolam dan lopak adalah tidak bersih, tidak berlari dan tidak bertukar menyebabkan penyakit Leptoperasis atau `Kencing Tikus` yang amat bahaya dan sukar dipulih dan membawa kepada kematian. Penyakit ini juga berjangkit.

Penyakit kencing tikus melalui air, membawa kepada pengidapnya demam yang tinggi dan boleh membawa kepada kematian. Kuman Kencing Tikus ini adalah wujud di dalam air takungan dan alur dan kolam. Mungkin sedikit dan mungkin banyak dan terkena kepada yang mandi dan sebagainya. Pegawai Kesihatan itu menasihati mereka yang ke resort-resort yang menggunakan takungan atau kawasan mandi asli seperti anak sungai, alor dan pancur mengelak diri dari tempat-tempat mandi sedemikian untuk mempastikan diri dari penyakit Kencing Tikus berkenaan.

Sebagai ganti tempat resort dan pusat-pusat latihan membina takungan air atau kolam mandi buatan yang airnya boleh ditukarganti dan tidak sampai kepada tahap pencemaran. Ianya perlu dikawal dan perlu dijaga dari segi tahap kebersihan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment