November 11, 2012

Ihtifal Dan Kecemerlangan

Cheras, 23 Zulhijjah 1433 = 08 November 2012 (Khamis):


Hari ini Adun Bangi menerima dua jemputan merasmikan dua Ihtifal dan Hari Kecemerlangan yang kedua-duanya bertempat di Cheras. Pertama ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras dan sebuah lagi ialah Kafa Integrasi Manba`il Ulum, Taman Cheras Jaya. Ke SRA Batu 10, Adun dikehendaki hadir jam 10.30 pagi, manakala ke Kafa Integrasi ialah jam 8.30 malam. Kedua-dua Sekolah mengadakan Ihtifal dan Hari Kecemerlangan.


Ihtifal bagi SRA Batu 10 diisi dengan Khatam al-Qur`an. Adun bercakap-cakap dengan Pengerusi PIBG En. Rasmi bin Abdullah dan Guru Besar Puan Normaizah Ambari dan En. Zahari Timbalan YDP PIBG, bahawa Adun dapati Sekolah ini adalah Sekolah yang besar dan maju, Muridnya berjumlah 928 orang dengan guru seramai 33 orang. Sekolah ini didirikan pada 1982 dengan bangunan tambahan pada 1998.


Pada Hari Ihtifal ini seramai 79 orang khatam Qur`an dari Darjah 6 yang akan menamatkan pengajian dari Sekolah ini mulai esok. Secara kebetulan pada hari ini juga dikeluarkan keputusan peperiksaan Darjah 6. Kemajuan Sekolah ini dapat dilihat dari keputusan peperiksaan akhir yang diumum hari ini berbanding dengan tahun yang lalu:




TAHUN
BILANGAN
GRED
PERATUS (%)
2012
23
Mumtaz
89.10
2011
21
Mumtaz
86




Dalam Majlis Hari Ihtifal dengan Khatam Al-Qur`an didapati begitu banyak gubahan bunga telur yang dihiasai atas pentas. Murid-murid Khatam Qur`an dengan membaca Surah Ad-Duha hingga l-Fatihah disamping ada juga dihiasai dengan Nasyid.

Guru Besar dalam ucapannya mengucap terima kasih kepada hadirin. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama ibu bapa yang menjayakan Majlis YDP PIBG menyatakan hasrat Sekolah untuk menaiktaraf bangunan lama dan mengharapkan pihak Adun dapat bawa ke atas. Dalam ucapan Adun, beliau mengucap terima kasih kerana dijemput ke Sekolah dan mengucap tahniah di atas pencapaian Sekolah dalam bidang akademik. Kemajuan Sekolah ini banyak mendapat sokongan dari PIBG dan ibu bapa yang begitu ramai datang pada hari ini. Berhubung dengan cadangan untuk menaik taraf bangunan lama untuk dibina bangunan bertingkat, Adun Bangi menyokong. Namun di samping memohon bantuan dari JAIS, Adun mencadangkan PIBG menubuhkan Tabung Dana Membina Bangunan. Adun percaya kerana masyarakat di sini dan ibu bapa terdiri dari kalangan yang amat mementingkan pelajaran – khususnya agama, dan mereka terdiri dari kalangan yang berada adalah tidak sukar untuk mendapat sejumlah yang diperlukan bagi mendirikan bangunan baru. Adun berharap PIBG dapat menubuhkan Tabung berkenaan.


Selepas Adun merasmikan Ihtifal Khatam Qur`an Adun menyampaikan sijil dan penghargaan kepada murid-murid berjaya, termasuklah 23 orang yang mencapai Mumtaz. Adun juga menyampaikan sijil dan cenderamata kepada dua Tokoh Pelajar 2012, iaitu:

Lelaki: Abdul Hamim bin bin Mohd. Shahabudin
Perempuan: Farah Aida Bt. A. Zairol Azwan.
Setelah bergambar, Adun memohon diri untuk ke Majlis yang lain.


Manakala Sekolah Kafa Integrasi Manba`il Ulum adalah ditadbir oleh PIBG yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Ustaz Mat Zin Hussain dengan Timbalan Tuan Haji Asana Ali, manakala Guru Besar ialah Ustaz Ibrahim. Sekolah ini mempunyai murid seramai 475 orang dengan 21 orang guru. Sekolah ini pada hari ini juga menerima keputusan peperiksaan Darjah 6 akhir tahun. Kalau pada tahun 2011 tidak ada yang mencapai mumtaz, maka pada tahun 2012 ini yang keputusan sampai hari ini, maka didapati 3 orang mencapai mumtaz. Tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar Ustaz Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada yang datang. Secara detail beliau menerangkan tentang keputusan yang diterima hari ini, iaitu:


TAHUN 2012
BILANGAN
Pelajar yang mengambil peperiksaan
63
Pelajar Lulus
52
Pelajar Gagal
11
PECAHAN LULUS
Mumtaz
3
Jayyid Jiddan
8
Jayyid
22
Maqbul
19
Rasib (gagal)
11

Pengerusi PIBG menimbulkan rancangan bagi memperbaiki tapak masjid lama di tepi sekolah bagi kegunaan Sekolah. Adun mengucapkan terima kasih kerana dijemput dan sukacita melihat kepada kemajuan Sekolah. Syabas kepada semua yang berjaya.


Berhubung dengan cadangan pihak Sekolah untuk memperbaiki masjid lama bersebelahan Sekolah Adun dapati masalah ini telah ditimbulkan pada tahun lepas dan keadaan masih seperti sediakala. Sebagaimana Adun mencadangkan kepada SRA Batu 10, agar ditubuhkan Tabung untuk Dana Pembaikan (Pembangunan), demikianlah juga bagi Sekolah ini. Sekiranya Tabung ini berjalan dari tahun lepas, barangkali lebih dari pemulihan dapat dilakukan. Permohonan boleh dipohon kepada JAIS, tetapi jika serentak itu juga dapat ditubuhkan Tabung, maka jika tidak dapat atau dapat sedikit, ianya dapat menampung pembiayaan pembinaan. Berhubung dengan permohonan dari peruntukan untuk Sekolah rakyat di bawah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Modal Insan, tempoh sudah berlalu bagi tahun 2012 dan terpaksa menunggu pertimbangan pada tahun hadapan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment