November 17, 2012

Kekerapan Banjir Di Jalan Reko Diakibat Oleh Projek Perumahan Di Kajang Dua ?

Kajang Utama, Kajang Dua, 02 Muharram 1434 = 16 November 2012 (Jumaat):


Hujan, walaupun sedikit, kini banjir mudah berlaku di Jalan Reko, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Banjir terbaru di jalan Reko yang agak teruk berlaku pada 4 November yang mnenyebabkan terhalangnya lalu lintas. Adapun secara kecil-kecilan bila hujan sedikit lebat, maka jalan dilimpahi air. Contoh hujan pada 13 November baru lalu. Adalah dijangkakan banjir yang sering berlaku ini diakibatkan oleh projek pembangunan perumahan di Kajang 2 berdekatan Kajang Utama. Ini menyebabkan Adun minta saudara Azizi menghubungi saudara Abu Bakar bagi menghubungi pihak pemaju bagi mendapat penjelasan dan kepastian berhubung dengan kekerapan banjir di Jalan Reko.


Jam 3.00 petang ini Adun turun ke Kajang Dua bersama saudara Abu Bakar dan saudara Amir Udin. Berada di bahagian tengah pembangunan Kajang Dua, kelihatan sebelah kanan tanah rendah bagai saluran sungai yang jika hujan lebat dari segi lojiknya turun ke bawah melempah dan melalui terowong keretapi air melempah keluar ke Jalan Reko yang menghubungkan Kajang dengan UKM-Bandar Baru Bangi-Pekan Bangi. Kekerapan banjir walaupun kecil mengakibatkan kerosakan jalan – pecah.

Selepas tiba di kawasan pembangunan perumahan di bawah Pemaju Metro Kajang Holding (MKH) di Kajang Dua, pihak MKH menghantar pegawainya menemui Adun dilokasi. Mereka ialah Mr. Teo Pengurus Perancangan Perumahan, En. Chia Jurutera Perunding, En. Law Sebagai Pengurus Projek dengan beberapa pekerja.


Encik Teo bersama Jurutera Perunding dan Pengurus Projek meyakinkan kami - setelah Adun mengeluarkan pendapat bahawa banjir di Jalan Reko disebabkan penggondolan bukit dan tiada saliran yang sempurna menahan air dari melempah keluar ke jalan Reko. Menurut mereka, ``Kawasan pembangunan perumahan mereka yang seluas 270 ekar disusunatur secara rapi dan mempunyai kolam-kolam tadahan sementara dan 3 kolam kekal yang dapat menahan dari berlakunya banjir`` Kami ditunjuk petalakar pembangunan, jalan-jalan, saluran-saluran air dan tiga kolam takungan utama. Tiga kolam kekal ini ialah untuk pembangunan fasa pertama seluas 200 ekar, manakala 70 ekar lagi untuk pembangunan bagi fasa kedua yang juga mempunyai kolam takungan sendiri.


Kawasan lembah tempat turun saliran air, berhampiran Terowong keluar ke Jalan Reko, menurut saudara Teo, adalah tanah rezeb Keretapi yang akan membina stesyen di sini di atas tanah seluas 13 ekar dan akan menyediakan 2,000 tempat parking kereta. Manakala tiga tiang cable letrik di tengah kawasan perumahan akan dialih ke kiri bagi memberi laluan jalan flyover ke Bandar Baru Bangi, ke Kajang dan ke Hentian Kajang yang akan menelan belanja sekitar RM50 juta. Pihak Metro Kajang Holding dan syarikat-syarikat perumahan yang lain di Kajang Dua seperti Sim Swee Wan, Nadayu dan Dijaya dikehendaki menanggung bersama kos bagi poembinaan flyover berkenaan. Pihak Metro Kajang Holding sedia menanggung 50% cost, tapi syarikat-syarikat yang lain yang agak kecil kurang bersedia untuk menanggung kos berkenaan. Sebab itu projek flyover dari Kajang Dua merentasi Jalan Reko ini masih dalam perancangan dan belum menjadi kenyataan.


Bagi membuktikan bahawa Metro Kajang Holding sebagai Pemaju Perumahan mempunyai pendekatan sistematik bagi mengawal banjir, maka saudara Teo dan pegawai-pegawai membawa kami (bergerak dengan 3 kereta pacuan 4 roda wd) melihat ketiga-tiga kolam tadahan, bermula dengan tadahan air bahagian tengah yang sederhana besar, iaitu seluas tiga ekar. Kemudian dengan berkonvoi tiga buah Hilux pergi melihat kolam tadahan air kedua pada bahagian atas projek yang luasnya 2.5 ekar berdekatan dengan Persekolahan swasta yang sedang rancak dibangunkan. Kemudian kami berkonvoi turun kepada bahagian paling bawah dan melihat kolam tadahan paling besar, iaitu seluas 5.36 ekar. Kawasan-kawasan tadahan ini menurut saudara Teo, mengambil 5% dari keseluruhan tanah projek.


Kami berpuashati dengan penerangan, kami berpendapat tadahan-tadahan berkenaan mampu menyekat dari berlaku banjir dalam keadaan biasa, tetapi tidak dapat menolak bahawa air yang melalui terowong ke Jalan Reko dari bahagian bawah yang dikatakan milik KTM seluas 13 ekar dan jalan pintas ke Bandar Teknologi memberi sumbangan kepada banjir kilat yang sedang berlaku. Sebab itu usaha perlu dilakukan, bagaimana menakung air pada bahagian bawah dari kawasan perumahan yang sedang dimajukan oleh Metro Kajang Holding berkenaan. Tugas ini seharusnya dipikul oleh pihak JKR dan juga MPKj bagi memastikan air dengan mudah keluar dari terowong ke Jalan Reko. Dari pemerhatian dibuat perparitan di Jalan Reko ini tidak diselenggarakan dengan baik. Jalan mulai pecah. Ini mengganggu kelicinan lalu lintas yang melalui jalan utama ini. Adalah difahamkan dari pihak JKR, Jalan Reko ke UKM akan dinaik taraf kepada jalan dua hala dan setiap hala 2 lane. Kita berharap penaikan taraf yang difahamkan melibatkan peruntukan RM50 juta ini dapat dijalankan segera, agar pengguna-pengguna, terutama yang bekerja di UKM dari Kajang dan Bangi dapat menggunakan jalanraya yang lebih selesa dengan saliran yang lebih sempurna. Adalah difahamkan Jalan MRT dari Sungai Buluh yang sepatutnya sampai ke Hentian Bas Jalan Reko tidak sampai ke Jalan Reko, sebaliknya setakat Kajang sahaja. Jadi jalan yang lebih sempurna diperlukan bagi pemindahan passengers dari MRT Kajang ke Hentian Bas di Jalan Reko. Berhubung dengan kekerapan banjir kita tidak menerima bulat-bulat penerangan oleh pihak Pemaju, tetapi kita akan turun dan terus memantau bagi memastikan punca sebenar dan pihak mana yang seharusnya bertanggungjawab.

Sekian.

No comments:

Post a Comment