23 Zulhijjah 1433 = 09 November 2012 (Jumaat):
Tahun ini banjir berlaku berubah tempat bermula dengan banjir di Hulu Langat, kemudian berubah ke Serdang – Seri Serdang membawa ke Sungai Ramal Luar dan Dalam dan pada awal minggu ini (Isnin 5 November 2012) banjir bergerak ke Sepang. Tempat yang paling teruk mengalami banjir ialah di Bukit Changgang dan Rancangan Tanah Belia (RTB), Sepang.
Pagi ini Adun mengeluarkan peruntukan bagi membantu mangsa banjir dan bergerak dengan dua kenderaan hilux ke Bukit Changgang. Satu kenderaan Adun yang turut sama Adun, saudara Azizi dan Amir Udin membawa 40 beg beras dan sebuah lagi lagi hilux yang membawa Ustaz Shafie Ngah YDP Pas Serdang dengan pengiring - saudara Fahmi yang membawa 30 kotak air mineral dan pakaian. Bertolak jam 9.30 pagi melalui Dengkel dan sampai ke Bukit Changgang jam 10.30. Destinasi pertama kami tuju ialah di Balairaya Bukit Changgang tempat perpindahan mangsa banjir. Kami diberi taklimat oleh saudara Munaji Ahli Jawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor yang juga AJK Kebajikan di Sepang.
Menurut saudara Munaji, ``Sebanyak 1047 orang mangsa banjir di Bukit Changgang, 1,500 di Dengkel dan lebih 1,000 di Rancangan Tanah Belia (RTB). Sebahagian besar dari mereka yang telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai sudah pulang. Seramai 57 tenaga sukarelawan berkhidmat menguruskan kebajikan mangsa banjir. Mereka terdiri dari pihak Polis, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam, Malaysia, Rela, TNB, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), KKM, Bomba, Majlis Daerah, Unit Amal, JKK, Pejabat Daerah dan JKR. Kami juga melawat tempat operasi memasak dan menurunkan beg-beg beras di sini.
Daripada Dewan Orang Ramai Bukit Changgang kami bergerak ke lokasi banjir di Bukit Changgang. Kawasan perumahan kiri kanan jalan masih digenangi air, walaupun sudah lima hari banjir. Air tidak berlari. Kami mengharung air dan melawat dua buah rumah yang masih dalam banjir dan menemui penghuni seperti En. Mohd Sufri Sukarman dan keluarganya, Kami disertai ramai penduduk setempat. Selepas membuat lawatan kedua rumah berkenaan, kami bergerak dan mengharungi air dengan kenderaan hilux dan menyaksikan rumah Ketua Kampong – Tuan Haji Suraji yang teruk mengalamai banjir - Semasa kami masuk dengan kenderaan Tuan Haji Suraji mengharung air di halaman rumahnya. Oleh kerana terendam air sudah hampir seminggu ada pokok-pokok yang layu – rosak seperti pokok papaya dan pokok-pokok renek yang lain.
Setelah setengah jam mengharungi air dengan kenderaan kami mengucap teriima kasih kepada penduduk dan kami bergerak ke Rancangan Tanah Belia – Lokasinya tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang KLIA, Sepang. Kami menuju ke penempatan mangsa banjir dan tempat operasi kedua, iaitu di Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah), Bukit Changgang. Kelihatan beberapa motorboat yang diguna dalam operasi banjir tersadai tepi jalan – selepas banjir surut. Di sini terdapat 10 tenaga berkhidmat di bahagian operasi. Makanan tidak di masak di sini, tetapi dimasak tempat lain secara kontrek dan menghantar ke sini. Kami tidak dapat menemui mangsa banjir di sini, kerana sebahagian daripada mereka telah keluar –pulang dan sebahagian bekerja. Ustaz Shafie menurunkan sebahagian dari air mineral, pakaian dan keperluan wanita.
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami tidak dapat berlama. Jam 11.30 selepas makan biskut marie dan karipap banjir dengan ar mineral kami memohon diri. Adalah difahamkan mulai esok – Hari tak bekerja, ramai dari sukarelawan akan datang, terutama dari Unit Amal untuk operasi bersih dari rumah ke rumah.
Adalah disifatkan banjir kali ini adalah kali ketiga dalam masa terdekat, iaitu pada 1996, 2009 dan kali ini adalah disifatkan paling teruk. Masalah utama air tidak berlari – tetap tergenang. Sebab itu masalah saliran dan perparitan perlu diberi perhatian - pembaikan dan perluasan untuk air berlari bagi mengelak banjir atau sekurang-kurangnya mengurangkan banjir.
Sekian.
Salam YB. Menjelang waktu maghrib semalam (9/11/12) rumah2 di jln 4/12M sek 4tmbhn BBB dilanda banjir kilat lagi. Kami pernah mngemukakan aduan melalui eaduan MPKJ utk membesarkan longkang disepanajng jln 4/12m. Tp masih tiada tindakan.
ReplyDeleteKetika hujan lebat, air yg turun dr jln 4/12n & 4/12q terlalu deras. Longkang yg sedia ada tdk mampu utk menampung jumlah air yg begitu banyak. Ini menyebabkan air melimpah hingga masuk ke dlm rumah2 di sepanjang jln 4/12m.
Di harap masalah kami ini mendapat perhatian yg sewajarnya.
Sekian, terima kasih.